15 Ribu tu dua tahun kumpul, berpanas berhujan. Nak nikah 20 Julai ni, lelaki ini frust jumpa adegan video tunang.

Kehidupan Percintaan Perhubungan

Jika hubungan sudah dibina atas dasar cinta dan kasih sayang, siapa sahaja yang tidak mahu ia berakhir dengan perkahwinan. Namun, kadang-kala dugaan datang melanda, kesetiaan yang diharapkan dari pasangan rupanya dibalas dengan keselingkuhan. Seperti perkongsian oleh seorang lelaki ini yang menyentuh emosi ramai. Bayangkan, lagi 10 hari untuk disatukan dengan insan yang dicintai, dia menerima satu tamparan hebat apabila gadis yang ingin dikahwininya bukanlah seperti yang disangka. Lebih meruntun hati, segalanya telah dikorbankan dalam usaha menghalalkan gadis tersebut. Hantaran yang dminta bukan sedikit malah melebihi kemampuannya yang hanya bekerja biasa. Terkelu lidah kami, ikuti perkongsiannya seperti di bawah.

Kenal dari zaman sekolah. Aku kenal awek dari zaman sekolah. Dua tahun dah bertunang dan kami rancang berkahwin 20.7.2019.. Duit hantaran 15k semua dah serah pada pihak perempuan. Baju pelamin semua dah tempah.. Ada orang kirim ‘video’. Aku memang jenis tak sentuh perempuan kecuali halal. Dan baru-baru ni. Ada seseorang kirim video tunang aku melakukan hubungan tak senonoh dengan seorang lelaki yang aku kenal. Dan aku tak boleh kawal perasaan min. Aku rasa nak bahayakan nyawa sendiri. Sebab video tu adalah video baru. Dalam mereka melakukan benda tu. Kami sudah pun bertunang.

Hati aku hancur berkeping-keping. Sekarang tunang aku buat selamba je bila jumpa aku. Dia buat seperti tiada apa-apa berlaku. Dia layan aku manja seperti biasa.. Aku tak tahu nak buat apa. Hati aku bagaikan hancur berkeping-keping. Aku rasa baik aku menghadap illahi je min. Aku dah tak sanggup hidup dalam dunia yang penuh dusta macam ni.. Pergi kerja naik motor, tahan lapar makan biskut kering. 15k tu dua tahun aku kumpul. Aku sanggup kerja pakai motor sebab nak jimat minyak. Berpanas berhujan, aku tahan lapar. Di tempat kerja aku bawa biskut kering je. Biskut tu lah lauk tengah hari aku dan aku bertahan dengan biskut tu sampai malam aku balik kerja..

Salah aku terlalu sibuk cari duit. Aku tak mampu nak marah tunang aku. Sebab salah aku juga sebab terlalu sibuk cari duit sampai abaikan dia. Bila dia whatsapp kadang-kadang berjam baru aku reply sebab aku kerja kuli bangunan. Aku tak boleh fokus bila terlalu main hp. Menangis di setiap sujud. Ya Allah aku rasa lemah. Aku menangis di setiap sujudku.. layak kah aku diperlakukan seperti ini? Memang inikah nasibku ya Allah? Maaf sambil menaip ni tangan aku terketar-ketar. Tak sedar air mata mengalir..

Kad kahwin sudar diedar. Kalau aku tak teruskan perkahwinan ni.. keluarga aku mesti malu. Kad kawin pun sudah di edar. Allah Allah.. Sementara itu, rata-rata netizen mengutarakan pendapat yang sama agar lelaki berkenaan menarik diri daripada berkahwin dengan gadis tersebut. Malah, seorang peguam turut tampil memberi cadangan untuk membawa kes ini ke mahkamah syariah supaya lelaki berkenaan dapat menuntut ganti rugi pertunangan. Apa pun, diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik untuk kebaikan semua pihak.

Kes ini boleh bawah ke mahkamah syariah – Peguam

Lagi Komen:

“Klu teruskan, mkn hati berulam jantung, kerana xmau tanggung malu teruskan perkahwinan tp derita hingga akhirnya.. sebaiknya berterus terang dgn family sbb melibatkan maruah keluarga..”

“Kesian bro… Baik berjumpa dengan keluarga perempuan berbincang dengan lepa n keluarga sendiri.. Cari jalan penyelesaian… Minta nasihat ustaz @ iman masjid… N last sekali report polis… Jika tiada jln penyelesaian…. Bab jodoh telah ditentukan… Sabar bro”

“duit hantaran yg kau dh bg x kira apa pn kau pegi mintak balik semua kat keluarga tunang kau,majlis kau batalkan semua untk elakkan malu keluarga kau bincng ngan keluarga kau ngan keluarga tunang kau psal video tu.kalau kau kawin jugak ngan dia mmg sia2 la hidup kau.sbelum kawin dah main jantan lain lepas kawin pn mcm tu la.silap2 kau tgh kerja bini kau tengah menyedap ngan jantan lain.jangan bro”

“Sabar bro… Kalo btunang pn awek tu crk lain apatah lagi dh jd isteri kau bro… Bgus kau pikir masak2 bro… coba solat istikarah mana tau da ptunjuk nya…. Boleh slamber pula awek tu… Nanti2 jd bini kau xtau nk ckp pe… Mohon pada Allah je bro…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Luahan Orang Bujang

Kredit:kotakmedia dan siakapkeli