Artis Pekerjaan

28 tahun berkhidmat tapi hanya kerana lambat seminit hantar bungkusan, posmen ini terus dipecat.

Seorang posmen dari Royal Mail telah dipecat setelah 28 tahun berkhidmat hanya kerana lewat 1 minit untuk menghantar pesanan khas. Robert Lockyer sebenarnya ditugaskan untuk menghantar satu bungkusan ke sebuah bank di High Street, United Kingdom pada jam 1 petang.

Robert sempat tiba beberapa minit awal di bank berkenaan iaitu pada jam 12.56 tengahari, namun Robert terpaksa beratur bersama pelanggan lain untuk mendapatkan pengesahan penghantaran. Nasib tidak baik, ketika sampai gilirannya untuk mendapatkan pengesahan, jam telah menganjak ke 1.01 petang.

Sepanjang perkhidmatannya, Robert telah berjaya menghantar lebih 1500 pesanan khas yang dijamin tiba tepat pada 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Berikutan kejadian itu, Robert dikenakan tindakan disiplin dan dituduh oleh Pengurusnya atas kesalahan tingkah laku iaitu kegagalan untuk mematuhi prosedur kerja yang betul. Bagaimanapun, Robert menafikan dakwaan tersebut dan membuat rayuan kepada tribunal pekerja.

Sumber: Mirror.co.uk & News.com.au

Mesti Korang Labelkan Orang Datang Lambat Ni Pemalas Kan? Sebenarnya Mereka Jauh Lebih Bagus Sebab….

Bangun awal jam 6:30 pagi, tengok jam “alah, awal lagi nak siap pergi kerja.” Duduk-duduk baca buku dulu, kemudian mandi dan gunakan masa sepenuhnya sampai lah 30 minit lagi nak masuk kerja baru lah bergerak. Pernah tak buat macam ni?

Bangun awal 3 jam sekalipun, tak pernah nak sampai awal ke office. Memang dah jadi kebiasaan akan lambat 10 minit. Mengapa jadi macam ni? Sebabnya walaupun sudah bangun awal, tapi setiap saat itu diisi dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat (atau tidak pun) seperti baca buku, bersenam, masak breakfast, baca surat khabar dahulu,

atau pun mengelamun masa pakai kasut. Hehe macam selalu buat je? Dah jadi tabiat bila tengok jam mesti akan fikir, “Oh banyak lagi masa ni.” Sampai lah tinggal 30 minit je lagi sebelum kena punch card baru nak ambil kunci kereta dan bergerak. Setiap hari akan buat perkara yang sama je, lambat ke kerja bukannya sebab terbangun lambat sampaikan baju tak sempat nak seterika dan sebagainya, cuma sudah menjadi tabiat.

Kalau ada mesyuarat pun ini lah muka yang akan selalu lambat termasuklah colleagues yang lain juga. Seorang perngurus perunding Diana DeLonzor meberitahu bahawa majoriti mereka yang lambat memang akan sentiasa lambat dalam kehidupan mereka, dan mereka akan lambat dalam segala aktiviti tak kira lah baik atau buruk.

Menariknya, satu kajian saintifik yang telah dilakukan atas tabiat lambat ini, menunjukkan yang sesetengah individu memang sudah secara tetap terikat dengan tabiat lambat ni kerana telah tertanam dalam otak. Jadi kalau korang ni memang lambat yang parah betul, bersabarlah dengan segala kritikan dan tohmahan yang orang berikan. Sebab korang bukannya pemalas, tak produktif, dan tak bertimbang rasa.

Cuma sudah menjadi tabiat untuk lambat, kan? Tabiat lambat korang tu sebenarnya adalah akibat daripada kesan psikologi dan personaliti, tidak berkaitan dengan sifat malas atau apa sekalipun. Jadi untuk mereka yang ada sikap lambat ni dan mencuba untuk buang sikap tersebut, ketahui lah yang sebenarnya ada tersembunyi kelebihan juga.

Orang yang sikap lambat bukannya tak ada harapan, mereka lah yang paling berguna

Orang yang kebiasaannya lambat ni sebenarnya adalah sangat optimistik dan yakin. Mereka percaya yang mereka boleh lakukan banyak tugas dalam masa yang singkat berbanding orang lain dan juga lebih maju bila multitasking. Senang cerita, mereka ni secara asasnya memang amat berguna. 

Sikap ini mungkin buatkan orang kurang percaya dan tak pandai dalam mengagak masa, tapi dalam jangka masa panjang, ianya amat berbaloi. Kalau dari segi kesihatan, yang menariknya, mereka yang mempunyai sikap lambat ni jarang stress dan juga mampu mengurangkan penyakit kardiovaskular untuk menguatkan sistem imunisasi. 

Secara umumnya, kebahagiaan dan positiviti berkait rapat dengan kehidupan yang lebih lama. Jadi kebahagiaan akan meningkatkann produktiviti secara menyeluruh, kreativiti dan semangat berpasukan di tempat kerja. Mereka yang ada sikap lambat juga cenderung untuk jadi lebih bersahaja dan mudah bergaul.

Masa itu berbeza mengikut individu, tempat dan budaya

Konsep relatif ni sama seperti jika kita bandingkan sebagai contoh kekayaaan dengan orang lain. Kalau kita bandingkan dengan Bill Gates memang lah kita dikira miskin, tapi kalau kita bandingkan kekayaan kita dengan mereka yang lagi kurang bernasib baik, kita dikira kaya sedikit. Jadi masa dan lambat ni berbeza dalam setiap budaya dan tempat.

Kalau di US, lambat ni dianggap sebagai satu etika  kerja yang lemah. Kalau mereka lambat, itu bermaksud mereka menganggapp masa mereka lebih bermakna daripada masa orang lain. Orang Amerika percaya yang masa itu duit, dan duit itu masa. Tapi kalau korang pergi ke Eropah, ianya sudah berbeza. Di German, kecekapan itu penting, dan ketepatan masa juga sama pentingnya.

Ada satu kejadian di mana President Russia lambat menghadiri mesyuarat dengan pihak German dan pihak German memutuskan untuk tinggalkan mesyuarat kerana mereka memang tidak suka menunggu walaupun seminit lambat! Tapi kalau di Spain, masa itu tidak penting. Mereka harungi hari-hari mengikut masa mereka sendiri dan sebab itu lah makan malam mereka adalah pada jam 10 malam!

Bagaimana pula kalau di Malaysia? 

Di sini kita mengikut budaya Amerika di mana masa itu penting. Seseorang tidak boleh lambat kerana masa itu emas tapi bila dah masuk dalam budaya masyarakat Malaysia ni dan diolah, kita terkenal dengan sikap “on the way”. Setiap kali kalau kawan tanya kita dekat mana, dah sampai ke belum kita akan gunakan alasan “on the way. Nak sampai dah.” Walaupun realitinya baru nak bangun dan capai tuala, betul tak? Hehe

Sudah terbiasa kalau berjanji jam 8:00 dan sampai jam 8:30, kan? Sebab ini memang cara orang Malaysia dan kalau ditanya kenapa, sebab dah terbiasa. Tapi tak semua masa macam tu, sebab kalau nak jumpa client tak akan lah nak buat mereka tertunggu-tunggu pula kan? Habis kena marah sebab buang masa mereka.

Jangan berprasangka pada mereka yang lambat

Awal dalam segala perkara tak menjanjikan produktiviti dan kualiti kerja yang bagus. Kita tak tahu mereka yang paling awal tu lah yang akan hantar kerja lambat, dan tak berkualiti langsung dan mereka yang paling lambat boleh siapkan kerja dalam amsa yang diberikan dan masiih berkualiti. Ini semua bergantung bagaimana seseorang tu gunakan masa sebaiknya. 

Orang yang sering lambat itu ada sikap yang patut semua ambil contoh. Mereka tak terburu-buru dan tak terikat dengan jadual yang ketat. Orang kata enjoy the moment dan ikutkan sahaja arus masa. Masa ni kalau dah lepas tak boleh diundur balik, jadi daripada korang berasa kesal dan mengharapkan boleh putar balik masa, lebih baik hanya enjoy the moment.

sumber: maukerja