Kehidupan Keluarga

Abah kerja bawak lori. Satu hari abang bawak perempuan masuk dalam rumah, abang kata mereka cuma repair laptop dalam bilik, siap kunci pintu bilik. Rupa rupanya ini yang mereka buat, adik tak sangka akhirnya ini yang terjadi.

Assalammualaikum semua. Umur aku 25 tahun. Aku ada abang berumur 29 tahun. Sorang adik lelaki, sorang adik perempuan masih bersekolah menengah. Ibu aku pergi menghadap illahi lepas bersalin adik aku yg bongsu.

Aku perempuan anak ke dua dari 3 beradik. Apa yang aku silap dalam menegur abang aku? Dari abang aku mula universiti, dia selalu bawa perempuan masuk rumah dan masuk dalam bilik dia pintu berkunci. Masa tu aku masih lagi sekolah menengah. Ayah aku selalu tak balik rumah sebab dia driver lori.. Ayh bawa lori muatan berat yg kadang2 utara ke selatan. Masa dekat rumah mmg jarang sekali. nak kejar duit lebih. Termasuk tahun ni, dah 10 tahun abang aku buat macam ni.

Bila hujung minggu ayah balik, ayah hnya berehat dirumah, abg da keluar tak balik rumah kalau ayah ade. Kalau dia jumpa ayah pon sekejap je, nk ambil duit belanja dr ayah. Memang hidup lepas mak tak ada terasa kosong sgt. Ayh pula memang memkirkan cara nak dpt duit untuk anak2.

Tapi anak2 dekat rumah memang terkontang kanting even mmg ayah da bagi duit makan siap dekat kami semua. Tapi hal dlm rumah ayah tak tahu. Memang ayah penat, ayah tidur pon kadang tak cukup sebab terpaksa drive jauh2 untuk cari rezeki buat kami anak2 semua.

Dalam masa yg sama, abg tak sedar, ayah berkrban untuk dia, cari wang belanja untuk dia sambung belajar di universiti. Sikit pon tak terasa hati apa yg dilakukan abang. Memang abang cover line bila nk masuk rumah. Sampai jiran pon tak tahu, kadang2 tak perasan.

Mungkin sbb aku perempuan, mereka kurang perasan. Jiran2 ingt abang yg bawa aku. Adik beradik kan, takde masalah naik motosikal sekali pun. Aku mula menutup aurat dengan sempurna masa aku 22 tahun. Sebelum tu aku freehair , tapi tak pakai ketat atau pakaian hot. Cuma jeans longgar dan t-shirt besar abang aku je. Selama ni aku tak tegur sbb aku tahu, aku tak perfect.

Tapi baru-baru ni perempuan tu sampai tinggal kat rumah aku. Bila ayah aku balik, diorang tinggal tempat lain. Ayah aku kerja, diorang tinggal sini. Jadi aku pun beritahu ayah aku untuk nasihat abang aku.Ayah mula memang naik angin dekat abg bila aku inform dekat ayah kegiatan abg. Memang abg kena sebat dgn ayah even da besar sekali pun. Memang nmpk kekecewaan dkt muka ayah bila abg sulung buat benda yg tak ‘senonoh’ depan adik2. Sepatutnya dialah jadi contoh dan tauladan dkt adik 2 bwah dia.

Tapi bila abang aku tahu, yang aku inform ayah aku… dia naik berang. Dia kata kat aku, “Dik, kitorang repair laptop je ek dalam bilik. Please get ur facts right before u think we did something like benda tak senonoh. Come on la. Kau pun bukan alim.

Takat baru start pakai tudung bawal dan belajar solat je kau dah kecoh tegur orang. Kau silap la dik. Sebelum tegur orang, kau cermin diri kau dulu. Kau tak boleh kondem orang nanti orang lagi taknak berubah.”Mula-mula aku fikir aku tak salah. Sebab aku “care” pasal abang aku. Dia ahli keluarga aku, dia bukan orang luar. Jadi aku bertanggungjawab untuk tegur dia. Dan aku rasa, kalau tunggu diri aku perfect baru nak tegur.. makdudnya sampai bilaa bilaa pun aku takkan tegur.

Sebab tak ada manusia yang perfect. Nabi Musa pernah membahayakan nyawa orang, kemudian bertaubat , tapi tetap beri peringatan. Nabi Yunus juga pernah buat silap. Apa tah aku ni yg manusia biasa lagi banyak buat d0sa. Takkan aku nak berhenti memberi peringatan? Perlu kah tunggu sampai seorang tu perfect baru boleh menegur?

Itu apa aku fikir pada awalnya. Tapi sekarang aku mula termakan kata kata abang aku. Aku mula rasa aku tak patut beritahu ayah aku. Aku rasa diri aku ni tak layak nak bagi nasihat kat sesiapa pun. Salah ke apa aku buat? Perlu ke aku minta maaf pada abang aku sebab aku beritahu ayah?.

Masa aku freehair dulu, aku pernah kena baling dengan batu sebab aku tak menutup aurat. Tapi aku langsung tak marah pakcik tu. Sebab aku tahu, memang patut aku kena baling dgn batu.. sebab aku buat silap. Aku langgar hukum Allah. Dia tegur aku, aku kena terima dgn hati terbuka.

Masa tu dahi aku luka sampai keluar cairan merah, sampai sekarang masih ade parut. Aku tak pasti pakcik tu nyanyuk ataupun apa, sebab aku pun tak kenal dia siapa. Aku tengah lalu nak pegi 99speedmart tiba tiba je dia baling batu 2 kali kat aku sambil jerit jerit suruh aku tutup aurat.

Aku fikir, kalau langgar hukum kena kecam. Kalau berubah pun kena kecam. Lebih baik aku berubah je.. sekurangnya takda la dahi aku berluka lagi. Aku bukanlah jenis yg ambik port pasal dosa orang lain. Kawan-kawan aku masih ade yang pergi club.

Kalau aku ter mencarut depan diorang, diorang tegur aku pun aku terima. Bagi diorang, walaupun aku dah berubah, diorang tetap kawan aku dan diorang kata diorang je yg boleh mencarut. Aku tak boleh sebab aku bawa imej perempuan muslim.

Kena tegur dengan batu, aku terima. Kena tegur dgn kawan pergi club juga aku terima. Tapi abang aku, dia keluarga aku. Aku taknak menuju ke syurga sorang sorang.. sebab tu aku tegur.. tapi jadi aku yang salah.Aku sayangkan kawan2 aku, aku sayangkan keluarga aku. Tapi kenapa aku tegur dgn lembut dikatakan aku ni salah dalam menegur.. sedangkan apa aku cakap…

“abang.. kalau boleh jgn dekati benda tak senonoh tu… berdosa bang.. adik sedih..”

Bukan dia tak tahu hukum hakam medekati benda tak senonoh tu, ayah dan mak da hantar abg sekolah agama time sekolah rendah dulu. Dia tahu, tapi ntah la.. Mungkin ini nikmat dunia bagi dia. Tapi bagi aku sebgai seorang adik? Aku tak sanggup nak tgk abg terpesong lagi jauh.Wahai pembaca.. ajar lah aku bagaimana tegur yang lagi lembut.. aku tak tahu sebab aku kena tegur dengan cara gnas baru aku berubah. Terima kasih. Kredit cerit ohsem.