Akhirnya bekas isteri Ain Afini buka mulut tentang rumahtangga Pu Abu dan isteri baru yang dikatakan sedang ada masalah.

Terkini

Bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain ‘Afini Latif memohon doa yang baik-baik untuk bekas suaminya. Ain juga mendedahkan dirinya tidak mengetahui status terkini perkahwinan PU Abu dengan isterinya, Hana Azraa yang didakwa sedang berantakan. Ain menjawab soalan Norman Hakim dan Erra Fazira yang bertindak selaku pengacara program Mingguan Wanita yang bersiaran langsung pada jam 11 pagi tadi.

“Berpisah dengan pasangan baru? Saya pun tak tahu sahih atau tidak. Tapi kita doa yang baik-baik. Tiada rumah tangga yang nak pengakhiran sebegitu,” katanya. Bakal tamat tempoh berpantang, Ain sendiri tidak pasti dengan keadaan PU Abu sekarang. “Keadaan PU Abu sekarang? Saya tak pasti. Tapi, Insya-Allah, saya rasa dia okay. Apa yang dah jadi sekarang, saya rasa dia lebih kuat menempuhi setiap dugaan yang datang.

“Saya belum habis pantang, lagi beberapa hari baru habis. Bekas pasangan saya sering menziarah anak, dia tahu tanggungjawab dia,” jawab Ain menerusi panggilan telefon. Ain dihubungi oleh program Mingguan Wanita yang membincangkan mengenai topik ‘Selingkuh – Cinta Atau Suka Suka?’. Sepatutnya, PU Abu hadir menjadi panel untuk membincangkan topik berkenaan namun penceramah bebas itu tidak dapat menghadirkan diri di saat akhir.

Sejak dua hari lalu, media sosial kecoh membicarakan mengenai isteri PU Abu yang mendedahkan mengenai status perkahwinan mereka kini ibarat telur di hujung tanduk. Jelas Hana, mereka kini proses untuk berpisah dan sudah tidak lagi tinggal sebumbung namun PU Abu pula enggan mengulas mengenai status perkahwinannya bersama Hana dan menegaskan mereka masih suami isteri.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh pengacara mengenai peluang kedua, ibu tunggal kepada cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar ini mempunyai jawapan tersendiri. “Peluang kedua? Pada pendapat saya, kita mengenali pasangan kita lebih daripada orang lain. Jadi, orang luar boleh bagi macam-macam pendapat, hakikatnya, dalam rumah tangga, kita sendiri tahu bagaimana keadaannya.

“Pada saya sendiri, kalau yakin seseorrang itu boleh berubah, Insya-Allah tak ada masalah pun. Ia berdasarkan pandangan masing-masing. Semua orang boleh berubah, tak ada orang yang tak boleh berubah,” katanya.

Program Mingguan Wanita dengan wajah baru sudah mula bersiaran sejak 8 Julai 2019, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 11 pagi di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121). Selain Erra dan Norman, rancangan itu turut dihoskan oleh Siti Elizad, Radin, Sherry Alhadad dan pakar motivasi secara bergilir-gilir. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : gempak

Artikel sebelum : Hana Azraa Pelik Pu Abu Cuba Menafikan Rumah Tangga Bergolak.

Sebelum ini, PU Abu menafikan dakwaan isterinya itu dan menjelaskan mereka masih lagi pasangan suami isteri dan dia hanya ke Kuala Lumpur selama beberapa hari atas urusan kerja. “Kami masih suami isteri. Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak. Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari,” katanya kepada MHETV. Semalam, Hana Azraa memberitahu dia dan PU Abu kini dalam proses perpisahan. Malah, Hana juga mendakwa mereka tidak lagi tinggal bersama di mana dia tinggal di Kedah manakala PU Abu berada di Kuala Lumpur.

Malah, Hana juga berkata dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan PU Abu serta mendoakan agar pendakwah itu bahagia bersama Ain Afini, bekas isterinya. Dan kini yang terbaru Hana Azraa Pelik PU Abu Menafikan Rumah Tangga Bergolak. Entah apa permasalahan pasangan ini, kenyataan PU Abu menafikan pergolakkan rumah tangga mereka sebelum ini mengelirukan isteri, Hana Azraa yang pelik mengapa suaminya menafikan masalah yang sedang mereka hadapi.

“Saya tidak tahu kenapa jawapan dia begitu sedangkan dia tahu situasi kami macam mana. Maaf ya, saya tidak dapat ulas lebih terperinci lagi,” katanya mengenai kenyataan nafi PU Abu sebelum ini. Bagaimanapun Hana seakan enggan bercerita lanjut mengenai punca pergolakkan rumah tangga mereka. Sebelum ini Hana mendedahkan bakal berpisah dengan PU Abu dan sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Pun begitu lain pula ceritanya apabila PU Abu menafikan rumah tangga mereka sedang diambang perpisahan. Malah kata pendakwah ini, hubungan mereka suami isteri baik sahaja dan masih tinggal bersama.

Sumber: Rotikaya /MHETV

Artikel sebelum : Respon Pu Abu Tentang Rumah Tangganya Bersama Isteri Baru Yang Dikatakan Sedang Dilanda Badai.

KUALA LUMPUR – “Kami masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja,” balas peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kepada Kosmo! Online apabila ditanya tentang kesahihan perkahwinan keduanya dengan wanita bernama Hana Azraa di ambang perpisahan. Selepas dilanda kontroversi melepaskan isteri yang sedang hamil, dia dihimpit kisah sensasi baharu apabila rumah tangga bagi perkahwinan keduanya pula dikatakan mulai retak. Perkara itu dikongsi sendiri Hana Azraa kepada mStar. Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama. “Saya dan Abu kini dalam proses untuk berpisah. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

Hana mendoakan kebahagiaan PU Abu, Ain dan anak mereka.“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” kata Hana kepada mStar. Menerusi semakan mStar, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masing-masing sejak sebulan lalu. Tambah Hana, dia tampil mahu menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen. “Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami. Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah. NURHANNAH AZRA MOHD ZAKIR. ISTERI PU ABU

“Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” ujarnya. Dalam pada itu, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi ketika dihubungi mStar enggan mengulas berhubung kenyataan Hana mengenai status rumah tangga mereka. “Saya dan dia masih suami isteri,” katanya secara ringkas. Menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, PU Abu menjelaskan dia dan Hana, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak itu sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.

PU Abu timang anak lelaki pada 7 Jun lalu.Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April lalu.Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perpisahan antara pendakwah bebas itu dengan Ain. Konflik perpisahan PU Abu dan Ain berkesudahan dengan jatuhnya talak dua pada 16 Mei lalu. Hasil perkahwinan PU Abu dan Ain ‘Afini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

Sumber kosmo, mstar via nalurikini

Dah Tak Tinggal Sebumbung, Isteri Baru Pu Abu Akui Rumahtangga Dilanda Badai.

Kemelut rumahtangga Pencetus Ummah Abu menjadi bualan ramai setelah dia melepaskan isteri yang sedang sarat hamil 7 bulan menerusi Whatsapp. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang janda bernama Hana Azraa yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangganya sebelum ini. Terbaru, perkahwinan PU Abu sekali lagi diuji apabila dia dan isteri kini tidak lagi tinggal sebumbung. Menerusi perkongsian kepada mStar Online, Hana Azraa tidak mahu dikaitkan dengan suami di media lagi.

Tidak tinggal sebumbung

Dakwa hana lagi dia dan PU Abu sudah tidak tinggal bersama dan membawa haluan masing-masing. Mereka turut tidak lagi mengikuti laman sosial Instagram masing-masing sejak sebulan lalu. Saya dan Abu kini dalam proses untuk berpisah. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah. Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.

Akan berakhir dengan baik..

Dia tampil kehadapan ini adalah untuk menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka agar tidak ada salah faham di kalangan netizen. Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami. Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga. Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah.

Sumber: Mstar