Artis Pekerjaan Perhubungan

Amboii, gelagat Aazief Khalid dan Sharifah Rose saling mengusik, kini selesa urus perniagaan makanan bersama.

Semenjak dua menjak ini kembalinya solo beberapa bulan yang lalu, anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid semakin mendapat perhatian menerusi laman sosiaI. Ramai peminat mengikuti perkembangan beliau terutama sekali hubungan rapat bersama Sharifah Rose.

Tidak dinafikan, ada yang gemar dengan suasana positif mereka bersama. Beberapa posting status dan foto yang dikongsi menunjukkan mereka selesa bersama. Saling usik mengusik mengundang tanda tanya dikalangan peminat sekiranya mereka bercinta. sharifahrose_: I ain’t ready for the picture but i’m ready to meet lee min ho here” aaziefkhalid: ok” balasnya pendek. sharifahrose_: @aaziefkhalid ha merajukla lagi i tak balik”

Makin matang dalam pamerkan hubungan

Namun ada yang berpendapat, baik Sharifah Rose dan juga Aazief Khalid, keduanya pernah putus cinta dan pernah merasai ‘populariti’ saat hangaat bercinta. Mungkin, mereka semakin matang  tidak mahu mengumumkan atau ‘menjual’ hubungan cinta yang bakal membuatkan media sosial mereka diserbu peminat.

Lain pula dengan tanggapan sesetengah peminat, mereka hanya rakan rapat yang sekepala dan kebetulan mempunyai minat yang sama. Baru-baru ini, beberapa keping foto dan status mereka di laman media mengenai aktiviti perniagaan yang mereka jalankan bersama.

Menerusi program Absolutely Karnival di Johor Bahru, mereka terbuka untuk berkongsi foto aktiviti perniagaan di laman media. Ramai menyukai pasangan ini tampak positif dan ceria bersama. Semoga dengan hubungan akrab ini, mereka dapat menjalankan aktiviti perniagaan yang memberikan kebaikan bersama. Lagi foto yang kerap dikongsi bersama:

Antara komen win dari peminat : “Semoga berbahagia, tak kisahlah jika mereka bercinta atau tidak. Sekurang-kurangnya mereka tidak menyusahkan orang dan aktif berniaga menjana pendapatan sendiri! Daripada haters2 luar sana, dah berjaya dalam hidup ke tu?  Ke menyusahkan mak ayah lagi dengan hutang sekeliling pinggang? Tanya je.. “

Berita berkaitan sebelum ini:

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kisah percintaan anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan bekas kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman yang dikatakan sudah temui nokhtah. Hubungan percintaan Aazief bersama bintang instafamous Tyra telah berakhir dua bulan lalu.

Bagaimanapun, remaja berkenaan sekali lagi menjadi perhatian apabila gambar bersama bintang instafamous Sharifah Rose mulai tersebar di laman Twitter. Lalu, perkongsian tersebut telah menimbulkan perbualan trending di kalangan netizen di laman media sosial tersebut kerana Aazief Khalid sudah 3  bulan single.

Tampil bersahaja menerusi Twitter Sharifah Rose telah memberikan penjelasan mengenai foto tersebut, meminta peminat bertenang, kerana mereka telah lama kenal sebagai seorang rakan. Namun Aazief tampil lagi sekali mempertahankan hubungan beliau bersama Sharifah Rose dan meminta peminat tidak membandingkan dengan ‘kisah lama’ beliau.

Beliau secara bersahaja mengaku memang rapat dengan Sharifah Rose dan berkongsi gambar kerana peminat suka diam diam ambil gambar dari jauh. Apapun, yang paling penting, Aazief dan Sharifah memang single saat rapat bersama dan bukan suami isteri orang. Antara komen dari peminat : Tidak salah jika mereka selesa dan serasi bersama. Tidak perlu peminat membandingkan dengan siapa mereka patut bercinta, kerana kita sendiri pun tidak suka jika ada orang luar tentukan dengan siapa kita layak bercinta..?

Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka. Kalau dah jodoh, siapa tahu. Dah baca jangan lupa untuk like, komen dan share okay! Terima kasih.

Sumber  : Twitter Najwa, Instagram Sharifah Rose