Anak diambil wanita tidak dikenali lepas 3 hari dilahirkan. 17 tahun kemudian, suami isteri terkejut bila bayi itu muncul kembali.

Kehidupan Tips

Anak Diambil Wanita Tidak Dikenali Lepas 3 Hari Dilahirkan, 17 Tahun Kemudian, Suami Isteri Terkejut Bila “Bayi” Itu Muncul Kembali. Bagi sepasang suami isteri, kehilangan anak tercinta pasti tinggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa.

Setiap langkah dan ingatan pasti disusuli dengan harapan untuk berjumpa kembali dengan anak. Lebih-lebih lagi jika anak kesayangan diambil, pasti hidup pun menjadi tidak keruan. Namun demikian, naluri ibu sentiasa percaya dengan keajaiban yang akan berlaku.

Tahun 1997, tahun yang amat indah buat Celesta Nurse apabila dikurniakan cahaya mata pertama dan diberi nama Zephany. Namun tahun itu juga tahun yang amat perit bagi Celesta dan Morne apabila anaknya diambil di hospital hanya selepas tiga hari dilahirkan.

Tanggal 30 Mac 1997 merupakan satu sejarah hitam bagi pasangan suami isteri daripada Afrika Selatan ini. Pihak hospital mendapati bayi itu diambil oleh seorang wanita yang tidak dikenali masuk ke hospital lalu mengambilnya.

Celesta dan Morne juga telah membuat laporan polis tetapi tahun demi tahun, mereka masih gagal menjejaki Zephany. Selepas itu, pasangan ini dikurniakan tiga anak yang lain tetapi masih mengharapkan kepulangan Zephany. Bagi mengubati rasa rindu, keluarga ini akan menyambut ulang tahun Zephany walaupun tanpa kehadirannya.

Hinggalah pada tahun 2015, Celesta dan Morne berjaya menjumpai anak sulung mereka yang hanya tinggal berdekatan dengan rumah kediaman mereka. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Identiti perempuan itu dikesan apabila salah seorang anak mereka yang juga merupakan adik kepada Zephany, bersekolah di tempat yang sama.

Wanita tersebut, Cassidy mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Zephany. Walaupun mereka belajar dalam kelas dan gred yang berbeza tetapi mereka sering meluangkan masa bersama dalam aktiviti di sekolah. Mereka juga mempunyai wajah yang seiras dan ikatan persahabatan yang luar biasa.

Dalam satu wawancara bersama This Morning, mereka dikatakan mempunyai panggilan manja seperti kakak dan adik. Cassidy memberitahu perkara tersebut kepada ibu bapanya lalu mereka menjumpai Zephany di sekolah.

Apabila Morne melihat gadis itu pertama kali, dia terkejut kerana wajah gadis itu sama dengannya dan dapat merasakan satu perasaan yang janggal. Morne mengambil masa untuk berbual bagi merungkai segala persoalan yang bermain di fikirannya.

Kemudian, mereka membuat laporan polis dan selepas ujian DNA dilakukan, ternyata gadis itu ialah Zephany yang dicari-cari selama 17 tahun. Selepas perkara ini disahkan, Celesta berkata kepada Zephany,” Akhirnya saya menjumpai awak. Selama 17 tahun saya tidak berhenti mencari awak.”

Celesta juga tidak mampu menahan air mata kegembiraan apabila anak kesayangannya berjaya dijumpai. Wanita yang mengambil Zephany telah menjaganya seperti anak kandung sendiri. Bukan itu sahaja, Zephany bersama ‘ibu kandungnya’ tinggal tidak berjauhan daripada rumah keluarga Morne.

Hasil siasatan polis, mahkamah memutuskan wanita yang mengambil Zephany dihotel besi kan selama 10 tahun. Keluarga Morne juga tidak menyimpan dendam malah memaafkan wanita tersebut kerana menjaga Zephany dengan baik.

Akan tetapi, disebabkan peristiwa ini Zephany menjadi trauma hingga tidak mampu menjalani kehidupan secara normal. Menurut laporan Mediacorp Singapura, Zephany tidak tinggal bersama Morne dan Celesta. Laporan media tempatan mengatakan, Zephany masih tinggal bersama lelaki yang dianggap bapanya. Zephany juga masih berhubung dengan keluarga kandungnya tetapi enggan diulas lanjut oleh Morne dan Celesta.

Kredit: Era Baru

Percaya Tak, Ini 9 Cara Si Kecil Ucapkan “I Love You”

“Mimi, mama dah sakit perut sangat ni. Sudah-sudahlah peluk mama dari tadi. Mama janji mama masuk bilik air sekejap aje. Nanti lepas mama dah keluar dari bilik air, Mimi boleh peluk mama lama-lama okay?” Aduh, siapalah yang tak pening kepala dengan anak yang berperangai macam ni. Pantang hilang kelibat mak atau ayah, mulalah menangis, berlari-lari sambil meraung mencari-cari mana perginya mak atau ayah. Ditinggalkan semua permainannya. Tak boleh nak berenggang langsung walau seminit dua, kena duduk sahaja depan mata anak. Hendak ke tandas pun payah, bukan?

SI KECIL JUGA INGIN TUNJUKKAN KASIH SAYANG MEREKA..

Tahukah anda, bahawa sebenarnya itu adalah salah satu cara anak kecil menunjukkan rasa sayangnya? Ya, mungkin anak tidak tahu bercakap seperti orang dewasa untuk tunjukkan kasih sayang. Jadi, mereka memilih untuk menzahirkannya melalui perbuatan. Jadi jangan marah atau beduk mereka jika anak melakukan perbuatan ini ya.

INI 9 CARA SI KECIL UCAP “I LOVE YOU”..

1. MELAMBAT-LAMBATKAN MASA ANDA : Sudahlah anda mengejar masa untuk ke pejabat dan perlu hantar anak ke taska, tapi si anak masih terkial-kial untuk pakai baju yang anda sudah sediakan di atas meja sejak malam tadi. Seolah-olah sengaja melengah-lengahkan masa anda sehingga menguji kesabaran anda pagi-pagi. Sebenarnya, Anak rasa sukar berjauhan dengan anda dan akan sentiasa mencari jalan agar masanya bersama anda dapat dipanjangkan.

2. SUKA MENGAJAK ANDA BERLARI SAMA : Cari suasana santai untuk mentarbiahkan anak. Anak suka ajak anda berlari, melompat, ikut permainannya. Apabila anda menyuapkan makanan pun, anak kecil anda pasti akan berlari sehingga anda perlu mengejarnya. Setiap kali tiba waktu makan, rutin anda adalah berkejaran dengannya semata-mata mahu mengisi perutnya. Sebenarnya, Anak meletakkan kepercayaan kepada anda, kerana dia tahu setiap kali dia berlari, anda pasti sentiasa berada di belakangnya.

3. MESTI BAWA BARANG KESAYANGANNYA : Tidak kiralah beg, patung atau bantal ‘busuk’, tak boleh tak ada bersama dengannya. Boleh mengamuk jika barang ini jauh daripadanya. Sebenarnya, Barang kesayangannya itu mewakili sebahagian anda lebih-lebih lagi apabila perlu berjauhan dengan anda seketika. Secara tidak sedar, inilah cara mereka tunjukkan kasih sayang kepada anda. Dengan ‘anda’ di sisinya, anak akan rasa selamat dan membenarkan anda berjauhan darinya. Jangankan anak kecil, anak yang sudah remaja pun ada yang akan bawa pakaian ibu atau bapa apabila dihantar ke asrama. Bukan apa, untuk hilangkan rindu!

4. BERMAIN DENGAN MAKANAN : Apabila disuap tak mahu makan. Tapi, jika diberi makan sendiri, habis disepahkan semua makanan. Yang masuk dalam mulut boleh dikira beberapa suap sahaja. Sebenarnya, Anda suka bereksperimen dengan semua benda di hadapannya. Berilah apa sahaja, semuanya menjadi bahan ujikaji untuk memuaskan perasaan ingin tahu. Selesai eksperimen dengan makanan, dia pasti mahu berkongsi hasil ujikajinya dengan anda. “Sharing is caring”, inilah satu lagi cara mereka tunjukkan kasih sayang!

5. BERMANJA : Tidak kira waktu, anak anda mahukan belaian anda. Sebelum tidur, perlu dinyanyikan dulu atau memeluk anda sehingga terlena. Sebenarnya, Pelukan daripada ibu dan bapa bukan sahaja memberi kehangatan malah memberinya keselesaan. Memeluk anda juga adalah cara paling selalu anak lakukan untuk tunjukkan kasih sayang mereka.

6. MENUNGGU ANDA DI PINTU : “Yey, mak dah balik”. Itu yang pasti anda dengar sebaik melangkah masuk. Dari jauh, kelihatan anak anda sudah berlari-lari kegirangan, tidak sabar mendapatkan anda. Sebenarnya, Anak membina kepercayaan anda akan balik semula setiap kali keluar dari rumah. Apabila anda tiba di pintu, anak percaya bahawa ibu atau bapanya tidak akan tinggalkannya. Malah, mereka mahu menjadi orang pertama menyambut anda di muka pintu. Begitulah betapa anak anda bersemangat untuk tunjukkan kasih sayang mereka kepada anda.

7. BERKONGSI MAKANAN DENGAN ANDA : Tanpa anda pinta, anak akan berikan makanannya pada anda. Sebenarnya, Susah untuk anak berkongsi makanan dengan sesiapa sahaja walaupun adik-beradik. Tapi apabila dia sudi berkongsi apa yang ada di tangannya dengan anda, bererti andalah orang yang disayanginya.

8. MENUNJUKKAN HASIL KREATIVITINYA : Setiap kali anak menconteng di kertas atau berjaya menyiapkan hasil mewarna, dia akan segera menunjukkannya pada anda. Sebenarnya, Anak yakin untuk berkongsi hasil seninya kerana apa yang dihasilkannya adalah sebagai tanda kasih pada anda, atau setidaknya, untuk membuat anda bangga dengan usaha mereka. Percaya atau tidak, kebanyakan contengannya mesti ada objek orang di dalamnya. Itulah anda!

9. LAKUKAN RUTIN YANG SAMA : Anak tidak pernah ‘boring’ dengan rutin yang sama. Misalnya bacakan buku sebelum tidur atau mintakan anda masak sup yang sama setiap hari. Sebenarnya, Anak suka apa yang dilakukan setiap hari bersama anda apatah dapat meluangkan masa bersama anda yang disayanginya. Sebab itu, anak tidak akan merungut apabila lakukan rutin yang sama.

JANGAN TERLALU CEPAT MELABEL MEREKA ‘MANJA’. Anak kecil anda tidak akan kecil selamanya. Maka, berilah mereka memori yang terindah sepanjang zaman kanak-kanaknya. Anak yang kecil akan membesar dan anda pasti akan merindui saat itu. Oleh itu, gunakan masa yang ada untuk tunjukkan kasih sayang anda padanya dan berikan anak peluang yang sama untuk membalasnya dengan cara tersendiri!

SUMBER : Sirap Limau