Anak malu Norman Hakim pakaikan kasut.

Artis

Sesungguhnya kasih dan sayang dari ibu dan bapa kepada anak-anaknya tidak akan pernah pudar sampai bila-bila. Walaupun suatu hari nanti si anak sudah meningkat dewasa namun pada pandangan mata ibu dan bapa, mereka masih melihat anaknya itu seperti anak kecil yang pernah dikendong oleh mereka dahulu. MH tertarik dengan perkongsian daripada pelakon popular, Norman Hakim menerusi akaun Instagramnya di mana dia sedang memakaikan kasut kepada anak keduanya, Marissa Dania. Terlihat dalam gambar yang dikongsikan oleh Norman itu, Marissa tertunduk malu sambil menutup mulutnya. Menurut kapsyen yang dikongsi oleh Norman, dia menyatakan bahawa Marissa malu apabila ayahnya itu memakaikan kasut untuknya kerana ada mata-mata lain yang memandang. Mungkin bagi Marissa, dia sudah besar dan boleh memakai kasutnya sendiri namun Norman berkata dia tidak peduli dengan kata-kata orang kerana bagi dirinya, anaknya itu tetap dianggap masih kecil sampai bila-bila.

“…and she’s coming home too!Dia malu papa nak pakaikan dia kasut sbb org tgk.Papa peduli apa.You’ll forever & ever be my baby girl @marissadania_ ,” tulis Norman pada ruang kapsyen perkongsiannya. Aduh tersentuh hati MH selepas membaca perkongsian Norman ini, malah bukan MH sahaja yang merasakannya tetapi para peminat dan pengikut Norman juga turut meluahkan rasa yang sama dan masing-masing merindukan bapa mereka. nurjohari53: Sebaknya..teringat ayah sy…sy pon dulu manja dgn arwah ayah sy muhammadhazam57: Bangga ade papa mcm ni.. syahirahhh08_: Tgok gambar ni teringat ayah .. sllu jugk ayah pakai kan sy kasut masa nak g sekolah . Last ayah buat masa form 1 . Sehari sebelum dia masuk ward . Nak g sekolah pakai kan kasut walaupun tgh demam . Sok nya masuk ward seminggu lepas tu ayah pergi menghadap illahi . 6 tahun dah berlalu . Alfatihah ayah. Sumber: Instagram Norman Hakim

Kredit: MH

Marissa Dania dilamar, ini jawapan Norman Hakim untuk lamaran yang diterima anak beliau.

KUALA LUMPUR : Pelakon Norman Hakim mendedahkan, ramai remaja lelaki yang menghantar ‘lamaran’ menerusi mesej peribadi selepas dia berkongsi wajah anak perempuannya, Marissa Dania di laman sosial, Instagram. Walaupun terkejut, Norman mengakui, lucu dengan kesungguhan kebanyakan mereka yang berusia bawah 18 tahun memenangi hati anaknya yang kini berusia 13 tahun itu. Pelakon asal Kuantan, Pahang berusia 42 tahun itu juga tidak menyangka, anak kedua hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Abby Abadi turut memiliki beberapa kelab peminat yang ditubuhkan oleh pengikut Marissa. “Rasa lucu apabila mereka berani menghantar mesej mahu memperisterikan Marissa. Ada yang terbuka meluahkan cinta, malah sanggup melakukan apa sahaja demi Marissa. Ada juga yang mula memanggil saya ‘papa’.

“Semua ini memberikan saya pengalaman baharu. Pesan saya, anak perempuan saya itu masih muda. Perjalanannya masih jauh, malah al-Quran belum separuh dihafal. Kepada lelaki yang berniat mahu menjadi ‘imam’ Marissa , saya hargai keikhlasan mereka. Saya anggap ia sebagai permulaan ukhwah dan silaturahim sesama kita,” katanya. Namun kata Norman, dia ingin melihat remaja itu terlebih dahulu menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT dengan penuh amanah, seterusnya menjaga ‘keramat hidup’ mereka iaitu ibu dan bapa. “Hanya selepas melaksanakan dua amanah besar itu, baru mereka layak berfikir soal ‘mendirikan masjid’,” katanya. Dalam pada itu, Norman berkata, dia dan Abby turut mempunyai kata laluan akaun media sosial Marissa untuk memantau setiap aktivitinya. Biarpun Marissa jarang memuat naik gambar di platform popular itu, sebagai orang tua, mereka akan memastikan ia tidak disalahgunakan. “Kami sudah memberikan didikan yang terbaik, malah percaya Marissa mampu menjaga diri dan membezakan antara yang baik serta buruk. Antara kami tiada rahsia. Saya dan Abby tidak hanya menjadi ibu serta bapa, sebaliknya sahabat untuk anak berkongsi cerita sedih dan gembira,” katanya. Selain Marissa, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, Mohamed Danish Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 10. Bersama Memey Suhaiza, Norman dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: bharian dan ig

Video Subhanallah, bacaan merdu anak Norman Hakim jadi imam solat terawih buat netizen mengalir air mata.

Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang bapa selain daripada melihat anaknya dewasa sebagai orang yang beriman. Kegembiraan itulah yang kini dirasakan pelakon Norman Hakim apabila anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim diberi kepercayaan buat pertama kali menjadi imam untuk solat sunat Tarawih. Pada usia 16 tahun, pencapaian Danish Hakim itu merupakan kurniaan yang terlalu buat besar buat Norman. Lebih membuatkan Norman terharu ialah dia sendiri menjadi makmum dalam saf jemaah Tarawih berimamkan puteranya itu. “Hari penting dalam hidup saya dan of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial; kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP,” kata Norman dalam entri Instagram peribadinya.

Selain kapsyen yang menyentuh hati netizen, Norman turut berkongsi foto bersama sebahagian daripada warga Darul Ilmi selepas selesai menunaikan solat Isyak dan Terawih. “Lepas majlis Iftar Skop Productions,Allah bagi izin jugak untuk saya berada di venue ke-2 untuk bagi support pada Danish. Memang dia tak tahu yang saya akan datang dan saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sebab jarak antara kedua-dua tempat agak jauh“Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegun dab happy sangat bila saya senyum dibelakang dia.Lepas selesai dia tanya “macam mana papa boleh sampai dan boleh tahu abg kat sini?” Saya jawab: “ U are my world and i’ll be there for you especially on your important day.

“ Alhamdulillah syukur, tak pernah dalam jangkauan akal yang zuriat sendiri akan mengimamkan Terawih. Hadiah nan Agung dari Allah S.W.T, mungkin sebahagian dari doa yg didengariNya ketika pintu langit terbuka, mungkin di dalam Lailatulqadar tahun-tahun sebelumnya wallahualam “Terima kasih Allah s.w.t atas nikmat kurniaanMu walau sedar khilaf hambaMu ini masih tak melayakkanku untuk semua kurniaanMu.Tapi Kau tahu aku tak pernah lelah berusaha menagih taubat & kasih sayangMu,” tulis Norman lagi. Dalam entri yang lain, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim bin Zaidon, 43, turut memuat naik video anaknya mengimamkan solat Tarawih. Rata-rata pengikutnya terharu dan akui mengalirkan air mata saat mendapat tahu perkara tersebut malah berbangga dengan cara didikan Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi.

Danish yang mengikuti pengajian di Madrasah Uthmaniyah Tahfiz, Bangi telah menyambung pengajian tahfiznya ke Turki sebelum ini.Danish merupakan anak hasil perkahwinan Norman bersama Abby terdahulu. Selain Danish Hakim mereka juga dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 12.Sementara menerusi perkahwinan kedua dengan pelakon Memey Suhaiza atau Suhaiza Suhaimi pula, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4, dan Mikayla Delisha Hakim, 10 bulan.

Video :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: astroawani dan IG Norman Hakim