Anak tampil beri penjelasan kenapa ibu dia boleh tertinggal di RnR sehingga dikecam hebat oleh netizen

Kehidupan Keluarga

Semalam tular beberapa keping gambar yang memaparkan wajah duka seorang warga emas yang dikatakan ditinggalkan oleh anaknya sendiri di sebuah perhentian rehat dan rawat. Justeru, ramai pengguna media sosial yang membuat andaian dan mengkritik tindakan anak wanita terbabit yang tergamak tinggalkan bersendirian di kawasan berkenaan.

Gambar-gambar tersebut dipercayai telah mula tersebar di sebuah group di laman Facebook dan menjadi tular. Berikutan tomahan dan kecaman yang diterima oleh keluarga itu, anak perempuannya tampil untuk menjelaskan situasi sebenar untuk memberhentikan segala spekulasi orang ramai mengenai kejadian tersebut. Batiah Mahadi telah memuat naik hantaran di laman Facebooknya, menurutnya:

Assalamualaikum semua. ni Mak saya cerita yang tak enak nyer abang saya bawak mak beraya di Terenganu.Dia dalam keadaan tidak sihat demam. Isterinya pula tengah tidur masa tu mak pula duduk dibelakang. mak keluar dr kereta tanpa pengetahuan abg sy. So bile abg sy yang mamai msuk kereta dia tak check pula mak ade ke tak.

Mak saya sakit jantung dan buta. Manakala abg saya pula telah berpatah-balik sebaik sedar mak tiada dibelakang kereta dan call anak anak saudara suruh cari nenek mereka secepat mungkin di RnR tu. Gitu lah ceritanya. Semua ini menjadi pengajaran supaya lebih teliti bile pergi berjalan jauh dgn org tua yg perlu lebih perhatian.

Terima kasih buat abang-abang JPJ dan abang-abang Polis yang banyak membantu dan bertindak cepat.Terima kasih juga buat semua yang memgambil berat dan doa-doa yg baik. Mak sy dikelilingi anak2 yg syg kan dia. Tak pernah ditingalkan keseorangan. Duduk pon skali dgn anak2 lelakinya 3 family. Mana mungkin mereka nak tinggalkan mak tersayang ni dengan sengaja.

Allahhuakbar. Selalu kawan-kawan mak jeles sbb anak-anak mak selalu jaga mak dgn baik. Tapi bile Allah nk bg ujian. Siapa kite dapat menghalang nya. Kecuaian tu tetap salah bagi kami.Kami sekeluarga maafkan sahaja. Walaupun banyak sangat yang tak betul.

Kata-kata tomahan dan macam macam dilemparkan pd kami. Tak apa Allah ada. Biar dia saja yang menghitung semua. bagi setiap cacian, tomahan dan prasangka buruk. Allah tahu bagaimana kami jaga mak. Abang saya tu jaga mak sejak dulu. Dia tulang belakang mak.

Jual nasi lemak dengan mak. Sejak ayah pergi buat selamanya 29 tahun dulu. Sejak abg usia 19 tahun. Malahan mak manja dgn abang. Abang pun kawin lambat umur 40. Cuma abang tersilap kali ini. Allahu. abang memang benar-benar terlepas pandang. Abang kami tu baik orangnya.

Pernah orang hutang dia rm4000 abang halalkan saja wpun dia bukan kaya pun. Dulu dulu kalau kami nakal. Bila mak nak pukul kami, abang akan tunggu sedangkan kami lari. Kami tahu kasih abg pada mak. Tak apalah cakaplah apa nak cakap tapi kami adik beradik tahu abg kami mcm mana. Kami serah semua pada Allah. Allah Maha Mengetahui dan sebaik-sebaik hitunganNya.

Sumber : Batiah Mahadi 

Tertinggal Mak,Takkan Tadak Tangan Nak Pimpin – Anak Tertinggal Mak Kat R&R Dan Ini Puncanya

AKIBAT hendak cepat dan tergesa-gesa bagi mengelak daripada kesesakan lalu lintas, seorang anak lelaki dan isterinya tertinggal ibu mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi, Dungun, hari ini. Sebelum kejadian, lelaki terbabit yang berusia 40-an dikatakan bersama isteri dan ibunya yang berusia 73 tahun itu menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari Bukit Payong, Kuala Terengganu untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Lelaki terbabit dikatakan berhenti di R&R Bukit Besi, kira-kira 8 pagi selepas isterinya mengadu hendak ke tandas. Ketika ke tandas, lelaki itu dan ibunya menunggu di dalam kereta dan dia tertidur seketika di dalam kereta sementara isterinya keluar ke tandas.

Bagaimanapun, ibu lelaki terbabit bertindak keluar dari kereta dan masuk ke tandas sama, tanpa disedari anaknya yang tertidur itu. Sebaik isterinya masuk ke dalam kereta, mereka meneruskan perjalanan tanpa menyedari ibu mereka tertinggal di R&R terbabit.

Ibunya itu yang selesai ke tandas terkejut apabila mendapati anak dan menantunya itu tiada di parkir terbabit sebelum meminta bantuan orang ramai di situ. Orang ramai berusaha menghantar warga emas terbabit dengan menaiki bas yang berhenti di R&R terbabit namun semua pemandu bas bimbang untuk mengambilnya.

Selama sejam setengah di situ, dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang secara kebetulan meronda di kawasan R&R terbabit kemudiannya menghantar warga emas terbabit ke Balai Polis Bukit Besi. Bagaimanapun, anak dan menantu mangsa hanya menyedari ibu mereka tiada di dalam kereta ketika mereka berhenti makan di R&R Gambang iaitu kira-kira 196 kilometer dari R&R Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, warga emas terbabit menceritakan mengenai anak perempuannya yang mengajar di sebuah sekolah di Bukit Payong. Berpandukan maklumat itu, katanya, pihak polis menghubungi telefon sekolah terbabit untuk mendapatkan nombor telefon anak warga emas itu.

Kecekapan Polis berjaya menolong menghubungi anaknya“Polis berjaya memaklumkan berhubung kejadian itu kepada anaknya sebelum seorang cucu warga emas terbabit datang ke Balai Polis Bukit Besi, kira-kira 12.30 tengah hari.

“Warga emas terbabit kemudiannya dibawa pulang semula Ke Bukit Payong, sementara anak lelaki dan menantunya itu berpatah balik untuk mengambil semula ibunya itu,” katanya. Apapun bersyukurlah ibunya selamat dan berjaya bertemu semula anaknya dengan bantuan polis dan orangramai.

sumber : hmetro

Artikel lain : Beraya Sakan Sampai Tertinggal Anak. Bapa Ceritakan Kisah Sebenar Bila Sedar Anak Tiada Dalam Kereta

SETIU: Sebuah keluarga yang dalam perjalanan pulang ke Gua Musang, Kelantan selepas bercuti di Pulau Perhentian berdepan saat mendebarkan apabila menyedari anak lelaki mereka tertinggal di kedai makan tengah pada Ahad. Seorang budak lelaki berusia enam tahun mengalami detik cemas apabila ditinggalkan keluarga tanpa sengaja di kedai makan di Permaisuri, tengah hari ini.

Ketiadaan Akif Akmal Nizam, 6, disedari tertinggal selepas mereka berhenti makan di sebuah warung di Bandar Permaisuri oleh ibu bapa mereka sebaik tiba di Gua Musang kira-kira jam 5 petang. Difahamkan, kejadian berlaku 12.30 tengah hari apabila kanak-kanak dikenali sebagai Aqil itu berhenti di kedai berkenaan untuk makan bersama keluarganya selepas datang beraya di rumah saudara mereka di Kampung Pak Kancil, Permaisuri.

Seorang daripada pengunjung kedai yang enggan dikenali berkata, keluarga mangsa itu datang ke kedai dengan konvoi beberapa buah kereta. Bapa saudara kanak-kanak tersebut, Mohd Amirul Amin Amran, 28, berkata, dia dan tiga sekeluarga termasuk keluarga Akif Akmal baru sahaja pulang dari bercuti selama tiga hari di pulau peranginan itu.

“Kami menaiki tiga kereta singgah makan kira-kira jam 12.30 tengah hari dan selesai makan, ibu bapa Akif bertolak dengan dua buah kereta ke Gua Musang manakala saya pulang ke Kampung Tasek. “Pada awalnya ibu bapa Akif menyangka anaknya menaiki kereta ahli keluarganya yang sebuah lagi untuk pulang ke Gua Musang sebelum merancang pulang ke Kajang, Selangor malam ini,” katanya.

Menurutnya, namun keadaan menjadi kelam kabut apabila menyedari Akif tidak ada dalam kereta ahli keluarganya itu sementara dua kakak Akif menaiki kereta bersama ibu bapa mereka. “Mungkin keluarga mangsa menyangka kanak-kanak itu menaiki kereta saudara sewaktu mereka mahu pulang,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris, mengesahkan kejadian.

“Bapa saudaranya yang tinggal di Kampung Pak Kancil sudah datang mengambilnya di kedai itu, 6.30 petang. “Ketika bapa saudaranya datang tadi, dimaklumkan bapa budak itu sudah berada di Gua Musang dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.“Saya pada mulanya saya juga terkejut apabila dihubungi ibu Akif memberitahu Akif tidak ada sebelum saya mendapat maklumat Akif berada di Balai Polis Permaisuri tidak lama kemudian.

“Saya kemudian bergegas ke balai tersebut dan mengambil Akif pulang kira-kira jam 6.15 petang manakala pihak polis memberitahu pemilik kedai makan tersebut telah melaporkan kejadian itu sebelum menyerahkan Akif kepada pihak polis,” katanya. Menurutnya, dia membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya di Kampung Tasek terlebih dahulu dan menghantar Akif ke pangkuan ibu bapanya di Gua Musang pagi esok sebelum mereka pulang ke Kajang.

“Akif berada dalam ceria dan dia tidak menangis ketika berada dalam jagaan pihak polis. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak polis dan semua pihak yang terlibat,” katanya. Petang tadi tular di media sosial mengenai kejadian seorang kanak-kanak tertinggal di kedai makan di bandar Permaisuri dan dia berada di Balai Polis Permaisuri.

sumber : Hmetro