Artis

Selepas bekas menantu mengadu tak terima sumbangan, Ar BaduI akhirnya bersuara tuntut keadilan

Pelakon dan pelawak AR Badul berharap sumbangan diterima untuk keluarga yang kehilangan Mejar Mohd Zahir Armaya dikongsi bersama dua lagi cucu hasil perkahwinan pertama anaknya itu. Badul ketika dihubungi berkata, orang ramai menghulur sumbangan dan bantuan kerana simpati dengan anak-anak Allahyarham dan ia adalah hak mereka (anak).

” Walaupun berlainan ibu, kedua-duanya tetap anak kandung Mohd Zahir,” katanya ketika mengulas rintihan bekas menantu, JamiIah Ismail, 37, berhubung sumbangan dan bantuan kewangan yang tidak diterima Ebal Zulkarnain, 9, dan Remy Iskandar, 8.

Badul berkata, dia sangat bersimpati dengan nasib dilalui dua cucu lelakinya itu. Dia sangat berharap, menantunya, balu anaknya itu kini, Nour Shafinar Harun dapat membahagikan sumbangan dan bantuan diterima kepada dua beradik berkenaan.

“ Dengan sumbangan itu dapatlah kebajikan dua anak keciI yang kehilangan bapa terjaga,” katanya. Terdahulu JamiIah Ismail, 37, yang mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zahir selama sepuluh tahun sebelum berpisah Mac tahun lalu telah meluahkan perasaan beliau.

“ Sy berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Mejar Mohd Zahir Armaya, namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak,” katanya.

Menurut beliau lagi, setakat ini dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir, 8 dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanjaan persekolahan dan keperluan lain.

Sebagai ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari, bantuan amat diperlukan bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan Mejar Mohd Zahir untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, dia bukan berniat untuk meraih simpati dan merayu pada mana-mana pihak bagi kepentingan peribadi tetapi demi kebajikan dua anak perwira negara yang telha pergi buat selamanya yang sebelum ini mengharumkan nama negara sebagai anggota komand0.

“ Sy amat terkilan apabila begitu banyak bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak termasuk sumbangan kerajaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail baru-baru ini. ” Namun semuanya tidak diterima oleh Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain

kecuali yang diberikan oleh Yayasan  Kasih dan beberapa sumbangan peribadi sahaja. “ Banyak pihak beranggapan dua anak saya menerima banyak sumbangan dalam bentuk kewangan terutama apabila media melaporkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati.

“ Sy ingin jelaskan bahawa dua anak saya kini seolah tidak wujud sedangkan mereka sepatutnya mendapat perhatian yang lebih kerana mereka anak hasil perkahwinan pertama ayah mereka Mejar Mohd Zahir ” katanya yang menetap di Peramu Jaya, di Pekan.

Beliau berkata, dua anaknya kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Peramu Jaya 2, Pekan dan mereka memerlukan wang saku RM10 setiap hari. Bagaimanapun, dengan pendapatan tidak seberapa ianya begitu membebankan dirinya.

JamiIah berkata, dia juga terkilan apabila sebelum ini banyak pihak berjanji untuk datang melawat dua anak namun hingga kini bayang pihak terbabit tidak kelihatan. Katanya, hak anak yatim perlu diutamakan kerana mereka masih keciI dan memerlukan sokongan berbentuk kewangan dan kemudahan lain.

Menurut JamiIah, dia bimbang hak anak yatim diabaikan begitu sahaja. “ Sy berharap pihak yang berkaitan supaya tidak terus terlepas pandang terhadap dua anak Mejar Mohd Zahir yang berada di Peramu Jaya ini kerana dia mempunyai hak.

“ Berd0sa besar mana-mana pihak yang bertindak menggunakan wang sumbangan untuk anak yatim,” katanya bersyukur bekas bapa mentuanya AR Badul banyak memberi sokongan. Mohd Zahir seorang anggota komand0 telah pergi buat

selamanya ketika melakukan dem0nstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah. Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

“Selesai hutang dulu”- BaIu Mejar Zahir Ulas Isu membolot harta anak yatim

SUNGAI PETANI: “Saya bukan seperti disangka, malah sama sekali tidak pernah lupakan anak dengan bekas isteri Mejar Mohd Zahir Armaya ,” kata Nour Shafinar Harun, 31. BaIu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya itu berkata, dia kesal dan terkilan apabila ditvduh meramppas hak anak Mejar Mohd Zahir Armaya .

Menurutnya, disebabkan kenyataan berrat sebelah, dia dikejji seolah-olah dirinya menafikan hak anak Mejar Mohd Zahir Armaya dengan bekas isterinya. “Saya dianggap memboIot semua hasil wang sumbangan, sedangkan saya menerangkan perkara itu kepada pihak bekas isteri dan keluarga mentua sebelum ini.

“Ada sumbangan belum diterima, bagaimana saya dapat serahkan selain perlu menguruskan pelbagai hal perkara yang lebih penting. “Sumbangan itu akan diberi hanya perlu bersabar, kenapa tergesa-gesa tambahan Mejar Mohd Zahir Armaya baru pergi buat selamanya bulan lalu,” katanya di sini, semalam.

Katanya, di sebalik perkara ‘hasil’ dibincangkan, bukan semua orang tahu mengenai hutang-piutang Mejar Mohd Zahir Armaya yang perlu diselesaikan. “Tidak perlu saya dedahkan satu persatu, cukup saya beritahu saya perlu selesaikan urusan berkaitan Mejar Mohd Zahir Armaya terlebih dahulu.

“Kenapa saya diasak seolah-olah saya mengambil duit anak yatim, sedangkan wang sumbangan itu diamanahkan kepada saya dan keluarga,” katanya. Nour Shafinar berkata, ada sumbangan yang dimasukkan terus ke akaun anak termasuk anak bekas isteri tanpa melaluinya.

“Justeru, dia tidak perlukhuatir dan tidak timbul isu membolot harta anak yatim. Saya amat tergurris dengan kenyataan dan komen luar terhadap saya tanpa tahu hal sebenar,” katanya. Ditanya hubungannya dengan bekas isteri Mejar Mohd Zahir Armaya

, Jamilah Ismail, 37, dan bapa mentua, AR Badul, Nour Syafinar berkata, dia tiada sebarang masalah dengan mereka. “Saya tidak keciI hati meskipun kenyataan dikeluarkan seolah-olah memburrukkan saya, mereka ada hak bersuara,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Cikgu halalkan segala ilmu. NukiIan hati Cikgu Lilah untuk Mejar Zahir ini buat ramai sebak

“Kesedihan yang kita kongsikan bersama, tanpa mengira kenalan atau tidak. Semoga Zahir mendapat tempat yang baik baik di sana. Terima kasih Zahir, masa hayat mu berkorban demi kesejahteraan negara, keselamatan cikgu juga seluruh rakyat Malaysia.

“Cikgu tak mampu membalas jasa mu Zahir, begitu bermakna dan mahal untuk ditebus dengan kata kata. Hanya doa dari kami yang masih di sini buat mu di sana. Juga doa pada anak anak kamu yang masih keciI, semoga sekuat, segagah, sebaik kamu menjadi pewaris perwira hati ku.. mohon pelihara mereka Ya Tuhan ku.. jadikan mereka zuriat yang soleh dan solehah. ..

Penghubung talian doa di dunia sampai akhirat. Aamiin. Demikian luahan pilu seorang guru buat bekas pelajarnya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang menghembuskan nafas terakhir, selepas kejaidan semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut mantan Pengetua SMK Gombak Setia, Norlilah Ismail, Dia seorang yang baik, peramah, mudah dengar nasihat dan ringan tuIang. Malah, seluruh warga pendidik sangat menyenangi dan maklum akan cita-cita dia untuk menjadi seorang anggota tentera yang berjaya. Kegigihan dan usahanya itu juga, membolehkan dirinya tersenarai di antara komando terbaik Asia.

Puisi nukilan Cikgu Lilah buat Mejar Mohd Zahir Armaya

Perwiraku.. Dahulu kamu anak didik ku Mesra dan mudah membantu, Kenangan yang baik datang bertamu, Bercerita ini dan itu. Bagai dahagakan kasih seorang ibu, Perwiraku, Kisah keberanian mu, Kecekapan mu, Ketepatan tangan mu memacu, Musuuh akan pucat terpakku, Gentar dengan Iedakan mu

Walau Dicampak dari awan biru, Tidak goyah semangat padu, Lumpur dan paya tidak menghalang kamu, Wajah tenang dan senyum terus di situ, Kisah kamu, Adalah irama merdu, Di hati seorang bekas guru, Hari ini Allah memanggil kamu, Guggur dalam tugas terakhir, Dan kamu mengundur kembali ke alam abadi, tidak kembali

Perwiraku, Cikgu halalkan segala ilmu, Tenaga dan setiap detik bersama kamu, Terbaik di sana doa dari ku, Mohon maaf, Jika ada kepincangan dalam pengajaran, Kurang memberi perhatian, Kerana cikgu juga seorang insan, Mejar Mohd Zahir Bin Armaya, Tercatat nama indah perwira negara, Berehatlah anakanda, Sementara kami menyusul pula

Puisi yang ditulis Cikgu Lilah itu lantas mendapat respon dari rakan-rakan yang mengenali beliau dan juga Mejar Mohd Zahir. Rata-rata tidak dapat menahan rasa sebak dan terkesan dengan nurkilan Cikgu Lilah itu yang menyentuh perasaan semua.

“Walau tk mengajar (sbb dia kelas perdagangan kalau x silap) ingat sgt dia sbb klu dia masuk bilik guru atau lalu,cikgu2 selalu sebut kebaikannya. Budak kadet & nasyid juga kan…cikgu2 ramai kenal.Moga Allah mengampunkn segala dosa2nya dan digolongkn di klgn hamba2Nya yg soleh.Aamiin..”

Dalam pada itu, seorang rakan baik iaitu Sabran Jamil Ab Razak turut berkongsi luahan beliau dalam hantaran di Facebook. ”Salam takziah buatmu , Mejar Zahir Armaya (Mat Fury).. Kenangan sama-sama wakil sekolah dalam pasukan nasyid, team olahraga yang sentiasa positif.. semoga dikau tenang di sana, alfatihah.