Artis

Setelah 11 tahun menanti, Azrinaz kongsi foto ketika majlis tahnik anak ketiganya dengan ucapan yang penuh makna dan undang sebak.

Pada Jumaat lalu, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melakukan acara tahnik untuk anak ketiganya, Areesya Malaykha. Sekitar majlis itu telah dikongsikan oleh Azrinaz menerusi laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Azrinaz bersyukur kerana tahnik yang dilkakukan di hari keenam kelahiran bayinya itu telah disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin di kediaman mereka.

“Alhamdulilah, mengambil berkat penghulu segala hari, Jumaat lepas Areesya Malaykha telah ditahnik oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin dibantu oleh Ustaz Mohd Hafeez di kediaman kami. Tahnik merupakan amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam-zam dan madu.

Tujuannya agar bayi terlatih mengunyah makanan dan menguatkannya untuk makan.Dari Abu Musa beliau berkata, “Suatu ketika) aku memiliki anak yang baru lahir, kemudian aku mendatangi Nabi SAW, kemudian baginda memberi nama padanya dan baginda mentahnik dengan sebutir kurma.” [Riwayat Imam Muslim],” tulisnya.

Azrinaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut Azrinaz telah berkongsi foto-foto ketika acara itu dilakukan. Ia turut ditemani suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid. Tambah Azrinaz lagi, Areesya merupakan zuriat yang sudah lama dinanti-nantikannya dan berharap anaknya itu menjadi anak yang baik dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya saya dan suami telah lama menanti dan merindui kehadiran zuriat hasil cairan merah daging sebagai penerus jasa, penyeri hidup kami sekeluarga. Menjadi harapan kami agar Areesya Malaykha menjadi seorang anak yang solehah, sihat tubuh badan, pandai berbicara dan berkata-kata (macam mommy ) dan menjadi insan berguna di dunia dan akhirat,” luahnya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu. Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di sebuah stesyen penyiaran, namun mula rapat sejak lebih setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Artikel lain: Azrinaz timang anak perempuan

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan, jam 10.20 pagi, semalam. Bayi itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.75 kilogram. “Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.

“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya. AZRINAZ teruja kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun. Foto Ihsan Azrinaz Mazhar Hakim

Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid itu berkata, dia begitu teruja apabila kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun. “Nampaknya selepas ini, rutin hidup saya akan berubah dan mungkin terpaksa berjaga malam. Saya tidak kisah berkorban kerana semua itu demi anak tersayang,” katanya.

Azrinaz berkata, ketika ini, dia masih belum bersedia berkongsi gambar wajah anaknya, malah nama hanya akan diumumkan selepas tujuh hari. Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu. Azrinaz yang pernah menjadi penulis kolum di BH dan suami mula rapat sejak lebih setahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.

sumber: berita harian