Kehidupan Misteri

BB suka beli baju bundle, tapi bila pakai baju ni mesti ada je benda kacau. Bila jumpa ustad, rupanya selama ni ada benda ikut dia.

Pakaian terpakai atau lebih sinonim dengan panggilan baju bundle dalam kalangan penggemar dan pengumpul barangan ini menjadi pilihan mereka kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran. Bukan sahaja harga yang murah, malahan kualiti baju bundle tersebut juga masih elok dan berkualiti. 

Ada sesetengah penggemar bundle menganggap pakaian-pakaian bundle mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup berbelanja sehingga ratusan ringgit untuk dijadikan koleksi.
Tetapi di sebalik pakaian bundle tersebut, ada kisah seram yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter.

Kisah tersebut berlaku kepada kawannya.  Kawannya yang dinamakan sebagai BB, telah diganggu oleh benda-benda aneh sehingga ibunya membawa dia berjumpa dengan seorang ustaz. Gangguan tersebut terungkai apabila dia mendapat tahu punca sebenar adalah dari baju bundle yang dibelinya!

ADA KE yang beli baju bundle? Aku selalu beli baju bundle sampai lah satu peristiwa ni terjadi dekat kawan aku. So, ceritanya begini . Bagi aku agak seram lah jugak. Benda ni jadi dekat kawan baik aku. Aku namakan kawan baik aku ni Si BB. Si BB ni memang suka beli baju bundle. Mostly baju dia semua dia beli bundle.

Sampai lah satu hari ni, dia beli baju bundle dekat satu tempat ni. Baju tshirt kalau aku tak silap. Warna putih baju tu. Tapi, masa dia beli, dekat baju dia tu ada warna merah sikit-sikit macam tu lah tapi Si BB ni macam tak kisah lah benda boleh basuh.Si BB balik lah. Balik tu dia basuh dulu baju bundle tu sebelum pakai .

Lepas dah kering, Si BB tengok, yang merah-merah tu ada lagi. Tak hilang. So dia pun buat tak tahu sahaja lah. Esoknya, dia pakai baju bundle tu pergi lepak dengan kawan-kawan dia. BB balik rumah dalam jam 2 pagi macam tu. On the way nak balik, BB kena kacau. Dia kata dia nampak sesuatu. Nak dipendekkan cerita, setiap kali dia pakai baju tu,

mesti kena kacau dan dia selalu bermimpi yang bukan-bukan sehingga dia demam. Dia cakap nampak pocong dekat sudut bilik dia. So, dia cerita dekat mak dia. Mak dia bawak pergi jumpa ustaz. Mak BB tu suruh bawak sekali baju bundle tu. Mereka dua beranak pergi jumpa ustaz dekat area rumah mereka pergi berubat. Ustaz tu cakap ada “benda” ikut BB .

Apa kaitan baju bundle dengan si BB kena kacau dengan “benda” tu ? 
Haaaa . Ustaz tu suruh bawak balik baju tu dekat owner. Sampai je kedai bundle tu, ustaz tanya owner dari mana beli baju yang Si BB beli tu . Rupa-rupanya, baju Si BB beli tu, baju ORANG YANG TINGGALKAN DUNIA DISEBABKAN KEJADIAN JALAN RAYA.

Patutlah Si BB tu pernah cakap dekat aku yang dia mimpi ada orang mintak tolong pulangkan balik “barang” dia. Tapi BB ni tak tahu apa benda maksud mimpi tu. Macam mana si owner tu boleh beli baju tu? Owner tu tak beli tapi masa kejadian tu, dia ada di situ. Baju tu dia ambil then dia jual dekat kedai bundle dia.

Jadinya, Si BB , ustaz dengan owner bundle tu pergi balik dekat tempat kejadian tu buat benda apa yang patut . Dah selesai semua, Si BB tu pun dah okey, dah tak kena kacau. Alhamdulillah. Based on apa yang aku cerita ni, nampak macam tak seram lah tapi masa si BB ni kena kacau, aku ada. So seram lah bagi aku.

So, kepada yang suka beli baju bundle tu, hati-hati lah lepas ni. Tanya dulu owner sebelum beli, bukan apa. Kalau kena kacau dengan makhluk halus ni boleh buat kita sakit. Hati-hati. Aku pun dah tak beli baju dekat bundle sebab kes Si BB ni lah.

Sumber: Hajarun

JAKET BUNDLE

Kisah yang dikongsikan dari kawan kerja dahulu mengenai untuk kisah seram kali ini. Cerita ini timbul apabila kami melepak di kedai mamak. Kawan-kawan aku nih semua tetiba nak pergi sama-sama berjalan ke uptown , damansara selepas balik kerja . Cadangannya nak melihat baju ke kasut yang best untuk melaram sebab semua dah dapat gaji..

kalau pergi kat uptown tu dapatlah cari yang murah dan kena dengan selera masing-masing.Kalau takder beli pun saja nak memeriahkan suasana tempat tuh yang tak mati walaupun dah nak pukul 5 pagi.. Semasa sedang rancak bercerita tentang kawan aku yang nak mencari jaket untuk pakai naik moto..

Mulalah mereka termasuk kisah-kisah seram pulak. Bundle kan barang-barang yang terpakai ataupun barangan kilang yang reject, pastu diorang jual murah. Aku pun tak tahu mana lah diorang dapat stok. ada yang kata seluduplah . itulah. inilah, barang “panas” haiii. nanti brader-brader yang jual bundle tu marah pulak kalau aku tulis yang betul. Tak kisahlah janji dapat tengok diorang berniaga nih. macam best aje.

Tengah syok minum tiba-tiba terpancul dari mulut kawan aku yang sorang nih mengenai cerita aneh tentang barangan bundle. Dia kata kawan kepada kawan abang dia yang menceritakan perihal sebuah jaket kulit yang cantik dan bergaya tetapi boleh dibeli dengan harga yang termurah dipasaran.

Jaket yang ber ‘branded’ tulen itu dibungkus rapi dan siap ada sarungnya. Kawan abang dia nih nak belikan baju jaket itu untuk adik dia yang belajar dekat uitm shah alam. Lagipun harga dia hanya RM60 aje jadi apa salahnya. Kalau ikut kedai mahu harganya dalam RM300++. Pada mulanya hati abang tu nak bagi adik tetapi akibat terlalu cun dan kena pulak saiz dengan badan dia maka tak jadi lah dia bagi kat adiknya.

Baik dia pakai sendiri sebab smart sangat dan abang dia pun terperasan hensem sendiri kejap. Abang dia pun melaramlah dengan jaket baru dibeli tu dan pergi kerja. Habis satu opis tegur kata abang dia nampak smart dan sesuai sekali dengan jaket itu. Wanita-wanita opis pula senyum tertarik melihat kehensemannya jaket mahal tuh ). Hatinya makin berbunga dan sayang sekali dengan jaket itu.

Pada mulanya abang dia takda rasa apa-apa semasa memakainya. Apabila di dalam opis, abangnya mengantung jaket itu di kerusinya dan keluar sebentar dari biliknya. Apabila masuk ke bilik nya, abang dia merasa pelik melihat jaket itu digantung kemas di kayu penyidai yang tersedia. Dia hanya menyangkakan bahawa aunty cleaner yang menyangkutkan di penyidai itu.

Kadang-kadang abang dia merasa pelik apabila tercium bau seakan bangkai yang teramat busuk apabila dia memasuki bilik. Seringkali dia memeriksa segenap penjuru dan mengadu kepada aunty cleaner bahawa mungkin ada tikus di dalam ruangan biliknya tetapi seringkali aunty menyatakan telah mencari dan menyapu

dan tak melihat apa-apa pun dan tidak tercium bau apapun. Abang dia terus membeli spray automatic dan diletakkan di dalam bilik tetapi kadang-kadang bau yang kurang menyenangkan itu tetap berlegar dan tiba-tiba hilang begitu sahaja.

Sumber: seram keliwon