Bella Astillah kongsi video saat anaknya dilahirkan.

Artis

Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah telah pun dikurniakan cahaya mata pertama mereka pada bulan Julai yang lalu. Bagaimanapun, baru kini di akaun Instagram Bella dia berkongsi video momen-momen indahnya ketika melahirkan putera sulungnya, Ayden Adrean. Mendengar tangisan Ayden selepas dilahirkan pastinya membuat Bella sangat gembira kerana dia kini sudah memegang status ibu. Di ruangan kapsyen video yang dikongsi olehnya, dia berkata bahawa dia ingin berkongsi saat indah ini bersama pengikutnya. Video di akhir artikel.

“Let me share this video with all of you my dear followers :’) . The precious moment captured. Despite being unprepared for labor, I am proud and grateful to be able to have experienced one of life’s unforgettable moments surrounded by my family. Saya hargai semua ibu-ibu di dunia?especially my mom #AnugerahAllahswt,” tulis kapsyennya.

Dalam video tersebut terlihat beberapa kali Aliff mengucup dahi isterinya tanda terima kasih kerana telah melahirkan zuriatnya. Terpancar kasih sayangnya sebagai seorang suami ketika itu. Rata-rata pengikut Bella telah meninggalkan komen bahawa hati mereka sangat terusik menonton video tersebut.

masker_kunyit_ajaib: Menitis airmata bila teringat balik waktu bersalin.. sakurakakashe: Mengalir airmata saya jugak bah haihh,,sedihnya,,happy jugak,@bellaastillah.. hafer_jr: Melahirkan adalah saat yg terindah.. I fell u sis.. a precious moment that we will never forget…pray for ur long lasting happiness sis..? aisyah_ayudia_inara_aziz: Smoga bella sentiasa d lindungi,dberkati ,d beri ketabahan dan sentiasa bahagia hingga ke jannah.insyallah

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang terpaksa bertarung nyawa untuk melahirkan bayi yang telah dikandung selama sembilan bulan. Oleh itu kita sebagai anak janganlah sekali-kali mengecilkan hati ibu kita kerana pengorbanan yang telah dilakukannya untuk kita tidak akan dapat dibalas sampai bila-bila. Sesungguhnya ibu tiada ganti.

Sumber: Instagram Bella Astillah via Media Hiburan

Ramai Yang Tertanya Siapakah Jejaka Ini Bersama Bella Astillah.

Apa yang terjadi kepada Bella Astillah sememangnya satu episod hitam buat bekas isteri Aliff Aziz ini. Ditipu berkali-kali oleh insan yang paling dipercayai, Bella kini sudah puas meratapi nasib diri dan enggan lagi memilih jalan hidup yang sama dengan bekas suaminya itu. Bella Astillah sudah ada pengganti ke, itulah yang bermain difikiran orang ramai ketika ini setelah melihat posting video baru Bella. Namun posting video ini adalah klip dari drama Cinta Belum Tamat Tempoh lakonan Bella Astillah dan Hun Haqeem yang akan bakal ditayangkan. Bella buat masa ini tiada lagi teman lelaki yang istimewa, dan adegan dalam klip ini hanyalah lakonan. Lelaki dalam clip tersebut adalah Hun Haqeem, Hun Haqeem adalah merupakan seorang pelakon baru daripada MIG Productions.

Buat masa ini, lebih baik Bella tidak terburu-buru untuk bercinta. Berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Bagi diri yang terluka itu berehat terlebih dahulu. Suatu hari nanti barulah kembali mencari cinta semula. Walaupun ada pihak yang menginginkan Aliff dan Bella bertaut kembali, namun bagi Bella kisahnya dengan bekas suaminya itu telah tamat. Kini adalah masa untuk dirinya menjalani hidup yang baru dan mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Malah Bella turut mendoakan agar Aliff Aziz bertemu pengganti yang lebih baik. Saya berharap dengan perpisahan ini, Aliff akan menemui pengganti yang lebih baik. Kami sudah memilih hidup masing-masing, harapnya selepas ini semua berjalan dengan lebih baik. Jika tertekan dengan dugaan hidup, pergilah berkawan dengan orang yang betul.

Bohong jika saya tidak bersedih menerima hakikat perpisahan. Saya puas menangis dan air mata juga sudah kering. Saya tertanya-tanya dalam hati, apa salah dan silap diri ini? Saya sepatutnya belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu, bukan berkorban segala-galanya, namun akhirnya kepercayaan saya disia-siakan. Dapat kawan yang salah, hidup akan hancur. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana itu pilihannya selama ini-Bella Astillah Ramai lelaki di luar sana yang akan lebih menghargai wanita setia seperti Bella Astillah. Insya Allah pasti akan ada lelaki sejati yang akan mencintai Bella sepenuhnya satu hari kelak. All the best!

Kredit:IG Bella Astillah

Sumber : sembangkenchangtoq

Artikel Berkaitan : Video Bella Astillah Sedang Buat Live Ig, Tiba Tiba Aliff Aziz Masuk Dan Tanya Soalan Yang Buat Bella Menangis.

Sejak belakangan ini, penyanyi Aliff Aziz sering memuat naik foto dan kapsyen memuji dan merindui bekas isterinya iaitu Bella Astillah di Instagram. Walaupun hubungan mereka bukan lagi suami isteri, penyanyi tersebut masih berbaik dengan bekas isterinya demi anak tunggal mereka iaitu Ayden Adrean. Terbaru, menerusi Twitter Arina, wanita tersebut kongsi Instagram live yang dilakukan Bella. Ternyata Aliff turut menyertai live tersebut dan bertanyakan soalan. Reaksi Bella terhadap soalan yang diajukan Aliff sangat mengagumkan netizen. Menerusi Instagram live Bella, Aliff menegur bekas isterinya dengan ucapan Assalamualaikum. Ucapan tersebut ternyata dijawab dengan baik oleh Bella sambil dia bertanyakan semula kepada Aliff, adakah bekas suaminya itu berada dalam keadaan yang sihat. Aliff turut bertanyakan Bella tentang kepercayaan Bella mengenai keajaiban. Ternyata, Bella mengakui yang dia yakin terhadap keajaiban sambil raut wajahnya kelihatan sedih. Selain bertanyakan khabar dan soalan mengenai keajaiban, Aliff turut bertanyakan kepada Bella mengenai lagu kegemarannya ketika ini. Menurut Aliff, dia sedang meminati lagu Hanya Rindu nyanyian Andmesh Kamalang. Rata-rata netizen memuji cara Bella menjawab pertanyaan Aliff. Netizen turut mendoakan supaya Aliff benar-benar berubah supaya berjaya menawan hati Bella semula.

Kredit : Oh Bulan

Bella Menangis Apabila Bekas Suami Tanya Soalan Ini..

Sumber: Arina

Saya sebenarnya bukanlah seorang wanita yang kuat: Bella Astillah

ENGGAN mengenang kisah sedih tentang keruntuhan rumah tangga selepas perpisahan dengan bekas suami yang merupakan seorang penyanyi terkenal, iaitu Aliff Aziz, Bella Astillah tekad kembali menceburi bidang seni demi kelangsungan hidup bersama anaknya, Mohamed Ayden Adrean, 2. Menurut pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, perkara itu dilakukan kerana mahu anaknya membesar dengan suasana bahagia, selain menyibukkan diri untuk melupakan kenangan pahit. “Alhamdulillah selepas apa yang telah berlaku, sekarang ini semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Saya pun sudah mula sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti sebagai satu cara untuk meneruskan hidup. “Bahkan, dalam masa yang sama saya juga banyakkan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

“Selain itu, saya sudah tidak sabar rasanya masuk ke set penggambaran untuk sebuah drama bersiri dalam jangka masa terdekat ini,” kongsi Bella teruja.Meskipun mampu mengukir senyuman seolah-olah kehidupannya tidak dilanda badai, Bella juga mengakui dia bukanlah seorang wanita yang dilihat begitu seperti mana yang digambarkan khalayak umum. Cuma, Bella terpaksa menepis kesedihan lalu kerana tidak mahu putera kesayangannya terkesan dengan perpisahan tersebut. “Jujur saya katakan di sini, saya sebenarnya bukanlah seorang wanita yang kuat. Bagaimanapun, saya memang kena kuat juga sebab anak melihat saya sebagai ibunya yang sentiasa bersama. “Saya tak mahu tengok dia berasa sedih atau menangis sahaja. Disebabkan itu, saya sentiasa tunjuk gembira supaya dia pun merasakan perasaan yang sama. “Sungguhpun begitu, alhamdulillah hidup saya kini lebih terarah dalam membesarkan anak dan mahu dia berasa bahagia sepanjang hidupnya,” luahnya.

Sumber : Sinar Harian

Komen Bella Astillah Saat Mendapat Tahu Status Rujuk Aliff Aziz, Yang Baru Terasa Kehilangan.

BEKAS isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah turut tertanya-tanya mengenai status penyanyi itu di Twitter yang membayangkan ingin merujuk semula perkahwinan mereka. Saat Bella melahirkan Ayden! Bagaimanapun Bella, 25, berkata, dia perlu menjaga hati banyak pihak dalam memberi sebarang kenyataan berkaitan kontr0versi rumah tangga mereka sebelum ini. “Saya tidak mahu komen kerana ia melibatkan banyak hati. Lagi pula status itu tidak tahu ditujukan kepada siapa. Kami baru berpisah dan saya pula sudah mula fokus bekerja. Saya tidak mahu orang cakap apa bila tak henti beri kenyataan,” ujarnya kepada mStar. Status Aliff pagi Selasa menggambarkan mahu rujuk semula. Pagi Selasa, penyanyi Aliff Aziz memuat naik status yang memberi banyangan untuk rujuk kembali dengan bekas isterinya itu.“Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya,” tulis Aliff di Twitter.

Dalam pada itu, Bella berkata, selepas dua minggu berpisah dia kini lebih tabah dan disokong keluarga dan rakan-rakan. “Saya fokus untuk membesarkan anak sahaja. Apa pun orang nak cakap saya cuma harap doakan sahaja yang baik-baik,” ujarnya. Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 Sepetmber 2016 dan berpisah pada 16 Mei lalu. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun. Sumber mstar. Artikel berkaitan ‘Bella mahu jadi ibu terbaik buat Ayden’ BEKAS isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mengakui reda dengan segala yang telah berlaku dalam hidupnya. Nekad untuk memulakan hidup baharu, Bella berkata, apa yang diharapkan dia dapat menjadi ibu yang baik buat anaknya, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun. “Alhamdulillah semua dipermudahkan.Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Dan terima kasih yang tak putus-putus mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir ALLAH SWT dan Bella reda. ALLAH SWT tahu yang terbaik,” ujar pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25 tahun ini.

Sumber : sinar harian

Sebaik berpisah, Bella terus bekerja walau dibelenggu sedih.

PERPISAHAN dengan suaminya, penyanyi Aliff Aziz hari ini langsung tidak menjejaskan tumpuan Bella Astillah terhadap kariernya. Beberapa jam selepas berpisahdan bergelar ibu tunggal, Bella dengan keadaan tenang, tampil menjayakan majlis Iftar Amal Souk Raya 2019 bersama Madrasah Tahfiz Syazwan di Event Hall GMBB, Jalan Robertson, Kuala Lumpur. “Sebenarnya jemputan untuk majlis ini sudah lama dibuat dan saya menyatakan persetujuan untuk hadir. Apabila berjanji, memang saya akan tunaikan biar apapun yang berlaku. Saya juga rapat dengan penganjurnya, abang Ayie dan dia terkejut dengan kehadiran saya,” katanya. Bella yang ditemani ibu dan dua adiknya, mendapat tumpuan media dan tidak kekok melayan soalan yang diajukan terhadapnya. “Saya faham ini tugas anda. Cuma saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik buat saya. Seperti yang diketahui. Saya masih dibelenggu perasaan sedih dan masih dalam proses ‘move on’.

“Tipulah kalau saya tiada perasaan itu. Buat masa ini, saya banyak habiskan masa dengan keluarga terutama anak saya, Mohamad Ayden Adrean untuk meredakan kesedihan,” katanya. Menurutnya secara perlahan-lahan dengan sokongan keluarga, dia percaya mampu melalui situasi sukar ini.“Sebolehnya saya nak selamatkan rumah tangga saya. Tidak kisahlah orang kecam saya kata tiada akal. Rumah tangga ibarat kita bina masjid dan siapa yang sanggup merobohkannya. Tapi apa yang saya lalui sekarang adalah takdir dan saya reda,” katanya. Bella mengakui dengan perpisahan yang berlaku, Aliff mampu menjalani kehidupan dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan. “Saya sendiri pun belum sempurna dan perlu banyak muhasabah diri,” katanya. Pasangan ini sah berpisah talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang tadi. Admin harap Bella terus tabah dan bersabar. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Sumber hmetro

Didi Astillah manis bertudung titip ucapan buat kakaknya, Bella Astillah.

Disini kami kongsi ucapan sedih Adik bella kepada Bella setelah kontroversi rumah tangga yang berakhir dengan perpisahan. Segala spekulasi dan kontroversi melibatkan penyanyi Aliff Aziz akhirnya berakhir dengan kejutan dimana semalam dia dan isterinya, Bella Astillah berpisahdengan talak satu selepas dilafazkan penyanyi itu pada 3.45 petang di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan perpisahan difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25. Bella Redha. Sejurus selepas perpisahan mereka, Bella turut memuatnaik sebuah posting terbaharu di laman Instagram berkenaan perpisahannya bersama Aliff. Menurut Bella, dia bersyukur segala urusannya dipermudahkan. Biarpun sedih dengan perpisahan tersebut, namun dia akur dengan apa yang terjadi selain menganggap apa yang terjadi merupakan takdir dari Allah SWT. Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih atas doa yang diberikan buatnya dan keluarga sejak dahulu lagi. Didi Sifatkan Bella Sebagai Contoh Terbaik, Dalam perkembangan lain, perhatian turut tertumpu pada posting yang dimuat naik oleh adik Bella, Didi Astillah. Didi yang juga seorang pelakon dan penyanyi kelihatan begitu ayu memakai jubah dan tudung labuh berwarna merah dimana menurutnya pakaian itu telah diberikan oleh Bella sendiri sebagai hadiah.

Menyifatkan kakaknya itu sebagai contoh yang terbaik, Didi turut mendoakan agar kakaknya itu akan sentiasa tenang menghadapi dugaan tersebut. Rata-rata pengikutnya turut berasa terharu dengan ucapan tersebut selain memuji keayuan Didi memperagakan jubah pemberian kakaknya. Be strong Bella!Antara komen- komen dari peminat : Manis macam bunga# nice.. ngam tu. Setiap yg mai tu pasti ada sebb.. but sebb2 tu Allah swt je tahu.. semoga kita selalu dlm keredoaan Allah swt.. aamin.. Cantik didi pakai tudung mcm nie.. mcm muka mama kamu sis cantikkk.. Cantik sgt….. Suatu hari nanti.. MASHAALLAH Awak nmpk cantik sngt pakai tudung labuh cmtu..moga istiqomah ya..amin~ Artikel berkaitan ‘Maafkan saya Bella’.. KUALA LUMPUR 16 Mei – Pelakon Aliff Aziz, 28, sah berpisah talak satu dengan penyanyi Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, sebentar tadi. Hakim Mahkamah Syarie, Izzat Syazli Mushid yang merekodkan lafaz tersebut memerintahkan pelantun lagu Pupus berkenaan beridah selama tiga kali suci, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang juga merupakan cucu sulung buat keluarga Bella dan Aliff. Sementara itu, Aliff dalam kenyataannya berkata, isterinya Bella sudah memberikan yang terbaik dan banyak berkorban terhadap dirinya sejak lima tahun yang lalu.“Saya dengan Bella sudah pun berpisah dengan izin mahkamah sebentar tadi. Secara jujurnya, saya hilang kata-kata. Saya manusia biasa, saya tak mahu mencari alasan apa-apa. Bella dah berikan yang terbaik sejak saya mengenalinya lima tahun yang lalu. Mungkin Allah nak tunjukkan pada saya untuk perbaiki diri. “Saya minta maaf kepada semua terutama Bella dan keluarga, apa yang terjadi di dalam mahkamah tadi pun saya masih belum dapat terima,” luah Aliff dengan nada sedih. Pada masa yang sama, Aliff turut memohon orang ramai memberi ruang kepadanya untuk memperbaiki diri dan mengakui itu juga nasihat terbaik yang telah Bella berikan kepadanya. “Saya mahu muhasabah diri dan menjadi insan yang lebih baik. Selebihnya saya serahkan pada Allah. Untuk Bella saya mohon maaf dari hati kecil saya. Bella banyak berkorban dari hari pertama, jaga makan pakai, kerjaya, jaga anak dan sejujurnya saya masih sayangkan Bella dan anak. Apa yang berlaku ini adalah di luar kawalan saya,” kongsi Aliff ketika ditemu bual media sejurus proses mahkamah selesai. Sumber utusan online

Aliff pujuk untuk cepat cepat kahwin. Batal niat sambung belajar, Bella kongsi detik awal bina masjid dengan Aliff Aziz.

Tular di laman sosial kontroversi pelakon Aliff Aziz selingkuh buat sekian kalinya lantas menjadi trending No. 1 di laman Twitter dengan bermacam reaksi netizen. Nama isterinya, Bella Astilah menjadi perhatian ramai sekali lagi gara-gara kontroversi melanda Aliff Aziz apabila gambarnya bersama seorang perempuan tersebar di laman sosial. Terdahulu, sebelum membina mahligai perkahwinan bersama Aliff Aziz, Bella mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian di London atas sebab ingin berkahwin dengan Aliff. Majlis Pernikahan Bella Astillah dan Aliff Aziz pada tahun 2016. Foto Kredit : Beautiful nara.. Dia tidaklah menyesali ketentuan Ilahi kerana dia percaya perancangan Allah itu lebih baik. Memetik laporan dari Media Hiburan, Bella mendapat tawaran untuk sambung pengajian di London tetapi disebabkan dikir mahu berkahwin, jadi dia menolak tawaran tersebut.

Tambahnya lagi pada ketika itu, Aliff juga memujuk Bella agar segera berkahwin dan dia pun bersetuju dengan pujukan lelaki itu. “Saya tak mengungkit, kadang apa yang terjadi ada hikmah dan sudah diaturkan. Tiada penyesalan,”katanya.Rentetan dari kontroversi suaminya yang berlaku selingkuh beberapa kali, Bella sering diajukan soalan yang kurang enak dan terpaksa berhadapan dengan situasi tegang itu. “Memang ramai yang bertanya, Bella dah berpisah ke? Amboi soalan. Ia bukan benda yang mudah kerana ia beri kesan kepada semua orang. Kami perlukan masa dan ruang untuk fikirkan. Lain orang lain cara. “Mungkin pada pendapat orang, saya tak matang. Tapi saya kena bersuara kerana nak beri semangat kepada yang senasib dengan saya. Kadang kalau saya faham, ada yang sudah ada lima orang anak dan tak boleh buat apa-apa.

“Satu masalah saya, saya terlalu percayakan orang. Saya suka fikir yang positif, saya takut bila fikir negatif, ia akan terjadi. Tak boleh jangka. Orang selalu cakap saya salahkan perempuan lain. Kenapa tak marah suami sendiri. Tapi saya tak boleh lawan. Mereka tak tahu sudah berapa kali saya bergaduh dengan Aliff. Takkan saya nak buatt Insta Stories, “jelasnya. Bella didesak ramai agar meminta berpisah apabila kes selingkuh Aliff terbongkar pada sebelum ini, namun Bella masih mempertahankan rumah tangganya. Ketika temu bual ini, Bella masih lagi berstatus isteri kepada Aliff Aziz, Kemudian apabila muncul kontroversi terbaru kes cvrang suaminya bau-baru ini, Bellah telah putuskan untuk tinggal berasingan agar kedua-dua dapat muhasabah diri dan mencari jalan terbaik untuk meneruskan hubungan demi anak. Ayden Adrean, cahaya mata mereka berdua.“Apa pun yang saya rancang, itu semua kuasa Allah. Kami ambil masa untuk fikir apa yang terbailk. Apa pun yang terjadi, sama ada masih bersama atau berpisah, saya tidak mahu bermusuh dengan dia. Dia masih ayah kepada anak akmi.“Kalau dia nak berubah, dia kena bantu diri sendiri. Saya tak boleh bantu. Apa yang boleh saya katakan, untuk mencari keluarga mertua yang baik memang sangat susah. Dan keluarga Aliff sangat baik dengan saya. Itu menjadi kekuatan untuk saya,” jelas Bella.

Sumber : Media Hiburan