Kisah Rumah Tangga

Bila malam je bini cepat letih layan suami. Dia cakap anak ramai, suami cuba buat sesuatu sampai dia tak tahan dan terus lari dari rumah.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Hai assalamualaikum. Aku nak coretkan kisah aku sebagai seorang lelaki, seorang suami. Kalau aku ceritakan pada kawan kawan lelaki mungkin aku akan dianggap dayus. Tapi semua yang berlaku dalam rumahtangga aku memang bermula dari aku sendiri. Aku dah bernikah dengan seorang wanita iaitu isteri yang aku pilih, atas dasar cinta.

Sebelum aku bernikah memang aku terkenal dalam kalangan kawan kawan aku sebagai buaya darat.. aku banyak kawan perempuan.. dan aku jenis yang takbole dicabar.. mesti aku akan cuba dapatkan perempuan tu.. Bila aku buat keputusan untuk bernikah memang semua kawan aku terkejut. Sebab tak sangka buaya darat macam aku boleh nak tamatkan zaman bujang.. aku sendri tak sangka. Tapi yela masa tu aku rasa aku dah bersedia, dan aku kawin pun sebab aku rasa calon bini aku adalah yang terbaik sebab dia kawan aku.. dan dia adalah perempuan yang boleh paham aku..

Kita orang bernikah dah lebih 10 tahun.. aku tak ade la ada masalah besar dengan bini aku, gaduh pun sangat jarang.. kita orang ada anak anak yang baik dan comel. Memandangkan aku ni kacak dan bergaya, bini aku pulak comel, memang tak dinafikan anak kita orang semua comel..

Cuma bila dah anak ramai, aku perhatikan bini aku cepat penat, tak dapat nak layan batin aku jadi aku bosan. Aku tak dapat rasa nikmat hubungan laki bini. Benda ni lama berlanjutan sampai aku rasa cm lebih bagus aku layan cerita tak senonoh. Bini aku tak pandai layan aku. Sampai la aku berani melanggan perempuan lorong, memang aku tak waras.. aku abis duit melanggan perempuan lorong, orang tempatan orang luar negara, aku cuba.. bini aku memang tak tau..

Aku makan luar.. masa tu aku tak terpikir langsung yang aku bole terjebak. Tak pikir halal haram. Mungkin sebab ada member aku yang kenalkan. Jadi aku try. Best je rasa. Duit aku abis melanggan perempuan. Aku rasa puas. Tapi aku silap, Allah tu ada. Aku jadi lupa semuanya sebab nafsu.

Sampai la bila tiba tiba bini aku dapat tau kegiatan aku.. masa tu aku gelabah. Aku da nervous, bini aku tanya aku. Aku buat buat lawak. Dia tanya lagi, aku cuba mengelak dan buat ayat kesian. Aku putar ayat aku. Skil menipu aku yang dari dulu aku parktikkan. Aku cakap aku tak buat semua tu. Ikut la dia kalau dia nak percaya atau tak nak. Bini aku diam. Masa tu aku lega la. Inagtkan dia percaya. Tapi sekali lagi aku lupa Allah tu ada

Malam tu, bini aku tak balik rumah, Aku call dia bini aku jawab Suara dia lemah aku tanya awak kat mane Dia jawab jangan cari saya bang, awak tak perlukan saya sebab awak ada perempuan lain. Jadi saya pergi.. Ya Allah, bini aku tak ade rumah dia lari.. mane aku nak cari dia ni? Aku tanya lagi, kat mane, balik la rumah. Bini aku jwb takpe la awak tak perlu cari saya lagi. Awak masih nak hidup dengan dunia buaya darat awak tu, saya da tak ada untuk halang awak lagi.

Ya Allah aku jd tak tentu arah, mane bini aku? Dalam kepala otak baru rasa nak menyesal semua, jangan tinggalkan abang yang. Abang perlukan sayang dan anak anak.. aku lupa diri, sebelm ni bini aku tak pernah nak tanya aku, jeles dengan aku. Bini aku la yang paling terbaik aku pernah jumpa. Aku merayu rayu dengan bini aku. Tolong jangan tinggalkan abg, abg sayangkan awak.. please balik la.. abg minta maaf.

Bini aku tak balas wasap aku. Aku call dia tak jawab.. aku hilang akal. Aku da tak tau nak cari dia. Tolong jangan buat aku macam ni. Aku menyesal. Sampaikan tak pernah aku menangis, air mata jantan aku mengalir dengan laju.

Bini aku da tak ade anak anak aku dah takde apa yang aku nak cakap dengan mak aku Aku dah buat silap Aku hilang pedoman, aku tergoda dengan syitan syitan yang bertopengkan wanita cantik. Aku lemah, buaya darat yang dulu aku banggakan dalam diri dah tak ade lagi.. tolong la balik sayang.. abg da sia sia kan awk dengan anak anak. Abang da menyesal. Tolong jangan tinggalkan abg. Abang janji abg berubah.

Selepas lama bini aku tinggalkan aku, aku jadi kusut takbermaya, rasa macam tak ade makna nak hidup lagi. Bulan lepas bini aku dengan rasa berat hati dia menerima aku kembali.Tapi dia masih ungkit cerita lama, aku menyesal, aku berharap bini aku dapat terima aku seperti biasa, tapi macam mustahil, dia pandang aku macam nak makan aku.. aku tau aku yang salah.. aku nak cuba repair balik hubungan aku dengan dia, hubungan aku dengan Tuhan.

Tapi aku rasa memang tak akan semudah itu. It is not easy. Hati dia da remuk, tak mungkin dapat kembali balik macam asal. Aku menyesal, aku abaikan dia, aku berharap dia tak balas dendam dengan aku, sebab aku baru tau ex boyfren dia masih mengharapkan dia.. aku takut kalau dia tinggalkan aku. Aku doakan semoga dia betul betul dapat terima aku balik. Aku menyesal atas kebodohan aku..

korang nak kutuk aku kutuk la. Memang aku bodoh.. jadi kalu korang nak selingkuh korang pikir la betul betul.. aku sampai sekarang rasa tak tenang sebab dosa aku, dan aku takut aku kehilangan bini aku. Walaupun nampak macam hubungan kita orang baik, tapi aku tau dia takkan lupa apa yang aku pernah buat kat dia. Harap la Allah maafkan dosa dosa aku. Lembutkan hati bini aku supaya dapat terima aku balik. Dan kekalkan perasaan cinta dia pada aku.. jangan la dia pergi lagi, kalau dia pergi aku tak tahu la macamne hidup aku..

Sumber:ceritaohsem