Dalam 3 pagi, suami bertanya pada isteri period bila habis sambil merangkul badan isterinya

Kehidupan Perkahwinan

Foto sekadar hiasan. Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata, “Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak” Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati. “Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 3 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,”

“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?” Aku diam lagi. “Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”

“Sejuklah awak,” jawab aku. “Okay kejap” Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter. “Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi. “Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata. “Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat.

Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak” “Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,”

“Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah,”

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan? Dia datang dan belai lembut rambut aku. “Awak selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar.

Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?”

Aku mula bertanya. “Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?” “Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya.

Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.

“Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.

“Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?” katanya

Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”. ‘Dah, bangun. Pergi mandi wajib’. “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meningggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Kisah tentang solat ini di kongsikan oleh seorang wanita bernama Atenn Azlan di Facebooknya, dimana beliau menceritakan tentang seorang suami yang menegurnya tentang solat. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Kredit tulisan asal kepada Cik Atenn Azlan,

Boyfriend Jenis TAK SOLAT. Tapi Saya Kahwin Juga Dengan Dia. Sebab Ada “SURPRISE” Untuk Dia..

Bukan saja lelaki kena pilih calon sesuai untuk dijadikan isteri. Orang perempuan pun kena memilih juga bakal suami nanti. Pilih lah yang beragama, kaya dan hensem tu bonus lah. Dengan agama baru boleh suami itu bimbing isteri kan. Mari baca kisah selanjutnya macam mana isteri ni buat sampai suami nya cair dan berlembut hati.

KANTOI TAU DIA TAK SOLAT MASA 1st TIME DATING

Nama saya Diana. Saya nak kongsi yang ramai isteri post tentang suami diorang tak solat/malas solat. Tak kurang juga suami saya. Saya kenal dengan suami masa tu kami masih muda.. saya masih di university, manakala suami pula terus kerja lepas SPM. Kenal melalui satu event. Suami nampak matang dari umurnya.

Dan untuk umurnya masa tu, memang dia sangat matured berbanding rakan-rakan lelaki sebaya saya. First time keluar dengan suami, kami pergi Pavilion. Masa tu.. kebetulan saya uzur. Dah pukul 3 lebih, saya tanya suami, awak tak gi zohor ke? Dia tersenyum tersipu sipu malu. Rupanya dia tak solat. Or hanya solat kadang kadang. Saya terkejut tapi saya tak cepat menghakimi dia.

Siapa lah saya nak menghakimi dia kan, saya pun manus
ia biasa. Sejak dari tu saya tak putus hantar sms, (time tu takda whatsapp lagi) call dia bila hari jumaat. Bayangkan lah, solat jumaat pun kadang kadang saya yang gerak dia bangun. Berkali kali call, baru bangun.

MEMANG KELUARGA DIA SEMUA JENIS TAK SOLAT

Lepas kenal keluarga dia, baru saya tahu, yang bukanlah salah dia sepenuhnya dia tak pentingkan bab agama. Keluarga dia memang tak menitik berat kan hal agama. Berbeza sangat dengan keluarga saya, umur 7 tahun tak solat dah kena marah, umur 10 tahun tak solat dah kena sebat. Tak kira lah lelaki ke perempuan.

Pernah dia bawa saya ke kenduri kahwin belah keluarga dia, 90% tak solat. Waktu zohor berlalu gitu je.. mak abah dia dah tua, duduk pun atas wheelchair. Jadi nak solat di luar, memang agak kekok, saya faham. Dan mak dia bila balik rumah, mak dia qada balik solat tu. Tapi adik beradik lain, anak anak buah, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya buat tak tahu je.

Sedih saya masa tu. Paling benci orang abaikan solat. Saya tegur suami, dia cakap, family saya memang suka enjoy akhir2 nak habis kenduri tu ada karaoke. Saya cakap la, tak salah nak enjoy, tapi takkan sampai abaikan solat dia diam..

TAPI SAYA KAHWIN JUGA DENGAN DIA

Alhamdulillah 4 tahun kemudian kenal hati budi, saya bertunang dan kahwin juga dengan dia.. Ada “surprise” untuk dia. Yang sebenarnya beberapa plan untuk bagi dia tak liat solat. Tapi alhamdulillah, sebelum rancangan bermula, solat suami nampak semakin ok berbanding masa single dulu. Rumah kami dekat dengan masjid, bila datang hari rajin dia, sebelum subuh dia dah bangun bersiap untuk jemaah di masjid. Hati isteri mana tak sejuk tengok suami macam tu.

Adakalanya masa otw balik kerja, dalam kereta dia cakap, hari ni nak jemaah maghrib kat masjid lah sejuk hati..Tapi, ada masa dia sangat sangat malas nak solat, terutamanya solat isya. Kadang saya rasa seolah dia sengaja tido sebelum solat. And dia cakap nak bangun pukul 3/4 pagi tapi saya tahu dia takkan bangun.

Ada masa sampai saya menangis merayu supaya dia bangun solat. Sedihlah hati tengok suami lalai macam tu. Kadang sampai bergaduh, sampai dia maki and tinggi suara. Paling sedih bila dia cakap kubur kita lain lain, yang awak nak sibuk kenapa hrmmmm..

Kadang saya rasa, faktor kawan sangat sangat mempengaruhi. Dia dapat kawan yang tak solat, dapat kawan yang sindir bila dia nak pergi solat, jadi dia yang sememangnya iman turun naik, senang terpengaruh. Jadi nak tanya, saya buat “surprise” untuk dia.

TUNGGU SUAMI ATAS SEJADAH UNTUK SOLAT BERSAMA

Jadi saya selalu ajak dia solat isya jemaah, saya hanya bentangkan sejadah, dan takkan solat selagi dia tak datang. Alhamdulillah cara “surprise” ni berkesan.Sejak saya mengandung, saya dah berazam tak nak menangis pasal ni dah. Jadi saya hanya gerak sekali dua, kalau nak bangun, bangun lah. Kalau tak nak terpulang.

Saya tak nak baby saya terkesan bila saya emosi. Yang pelik, dia bangun pulak bila gerak sekali dua tu. Sebelum ni bukan main payah. Disamping tu saya selalu ingatkan dia yang dia ni ketua keluarga. Kalau bukan dia yang akan bimbing saya dan anak, siapa lagi?

Saya juga selalu ingatkan, penat penat kerja tapi tak dapat apa kalau tak solat. Keberkatan semua takda. Dia diam je.. Saya harap, isteri isteri diluar sana, janganlah berputus asa ye. Ada sebabnya Allah utuskan kita untuk jadi pasangan buat suami. Kita kena kuat dan sentiasa mendorong suami untuk solat, untuk mengaji, untuk dekatkan diri dengan Allah selalu..

Janganlah perli or kondem or paksa dia. Ingat! ALLAH yang bagi petunjuk dan hidayah untuk dia.. kita ni sebagai pendorong je. Kena banyakkan bersabar dan berdoa supaya Allah buka hati dia. Baru baru ni, suami tanya dekat saya, kat mana ada kelas mengaji, dia nak pergi belajar. Saya hanya tersenyum.. Sungguh Allah tu dengar apa yang kita doakan.. inshaAllah. Wallahualam.

Sumber : BaitulJannah