Dapat anak setelah 20 tahun cuba mengandung, namun ditinggalkan suami kerana tak tahan dengan tangisan bayi.

Kehidupan Keluarga Kisah Rumah Tangga

Dapat Anak Setelah 20 Tahun Cuba Mengandung, Namun Ditinggalkan Suami Kerana Tak Tahan Dengan Tangisan Bayi. SERBIA – Seorang wanita ditinggalkan suaminya selepas 20 tahun cuba mengandung, apabila dia akhirnya disahkan mengandung pada usia 60 tahun, lapor Daily Mail.

Lelaki berkenaan mengubah fikirannya apabila mendengar suara tangisan bayinya di wad bersalin dan memberitahu isterinya bahawa dia terlalu tua untuk berdepan dengan situasi kelahiran baru itu. Serif Nokic, 68, mengambil keputusan untuk tinggalkan isterinya pada hari pertama bayi mereka tiba di Novi Pazar, daerah Raska, barat Serbia.

Serif memaklumkan kepada isterinya, Atifa Ljajic, tangisan bayi perempuan mereka yang baru lahir itu akan menyebabkan dia terjaga sepanajng malam. Apabila ditanya tentang tindakannya tinggalkan Atifa yang baru mendapat anak sulungnya itu, Serif berkata, “Dia dah dapat apa yang dia mahu. Sekarang dia gembira,” katanya.

Kata Serif lagi, jika dia tinggal bersama dengan bayinya itu akan menyebabkan kesihatannya terjejas. Atifa juga mempunyai masalah kesihatan, termasuk bp, namun dia menegaskan dia sudah bersedia untuk membesarkan Alina seorang diri.

“Pokoknya, saya seorang lelaki yang sakit. Saya berusia 68 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai hati yang lemah. Jadi bukan mudah untuk tidur sepanjang malam dan mendengar suara tangisan bayi.Atifa sebelum ini ditahan di wad hospital selama tiga bulan kerana dianggap sebagai kehamilan berisiko tinggi berikutan usianya. Namun, Atifa selamat melahirkan bayinya, Alina.

Serif mendakwa dia bersetuju dengan idea untuk mendapatkan anak itu, walaupun pada mulanya dia menentang kehamilan tersebut. Tetapi ketika Atifa mendukung Alina buat kali pertama di tangannya, Serif memutuskan untuk tinggalkan keluarga barunya.

Alina juga tidak akan mempunyai nama terakhir kerana Serif enggan mendaftarkannya sebagai anak perempuannya. Atifa yang bekerja di kilang tekstil berkata, dia akan menyara bayinya bersendirian walaupun dia hanya mempunyai sedikit wang.

Atifa merupakan sepupu kepada Rasim Ljajic, Menteri Perdagangan dan Timbalan Perdana Menteri Serbia, namun berkata dia tidak mempunyai saudara mara yang dapat membantunya.“Walau apa pun terjadi, sama ada Serif kekal atau pergi, saya tetap akan membesarkan Alina dengan cara yang terbaik yang saya mampu agar dia menjadi manusia yang berguna. Saya akan hidup untuk membesarkan dia.

“Saya tahu ini bukan perkara mudah tetapi saya percaya ada insan yang baik akan membantu saya nanti.Atifa yang bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-60, hampir saja berputus asa untuk mempunyai zuriat sendiri, sebelum dimaklumkan oleh doktor bahawa dia bakal menimang cahaya matanya sendiri selepas menjalani rawatan kesuburan.

Impian Atifa untuk mempunyai zuriatnya sendiri akhirnya berjaya apabila dia selamat melahirkan bayi perempuannya.“Saya tahu ianya agak berisiko pada usia tua saya ini. Tetapi impian mempunyai anak sendiri ini adalah harapan yang saya mahukan dalam hidup saya. “Saya tidak takut dengan hidup saya sama sekali, Tuhan berikan semangat dan keberanian. Saya tak pernah rasa lebih baik dari ini,” katanya.

Artikel lain : Bagi Pasangan Yang Masih Belum Dapat ZURIAT, USTAZ Pesan Satu SYARAT Mudah Kalau Nak ANAK Cepat..

Minggu lalu ramai warganet bersimpati dengan luahan hati pengacara, Farah Adeeba yang memberitahu dirinya gagal dalam rawatan menjalani rawatan IVF. Dia yang sudah 14 tahun berumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun dia dan suami tidak pernah berputus asa mencuba untuk hamil, walaupun telah mempunyai dua cahaya mata angkat.

Mungkin belum rezekinya untuk dapat zuriat sendiri dan disuruh menjaga amanah Allah itu terlebih dahulu. Admin suka dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh pasangan ini. Kita doakan agar satu hari tercapai juga hasrat Farah dan suaminya untuk mempunyai zuriatdari daging sendiri.

Bukan pasangan ini sahaja yang belu dikurniakan anak, tetapi ramai lagi suami isteri yang masih menanti kehadiran zuriat. Admin terbaca perkongsian seorang lelaki bernama Mizan As-Syatirie ini yang menceritakan pengalaman hidup berumah tangga selama lapan tahun tanpa cahaya mata dan perkongsiannya menarik perhatian hampir ribuan warganet.

Dalam postingnya, dia memberikan tip yang paling berharga kepada pasangan yang ingin memiliki cahaya mata. Dia menulis posting itu dua tahun lalu tetapi apa yang ditulis masih boleh kita amalkannya hingga sekarang. Moga dengan perkongsian ini dapat anda jadikan panduan dalam melayari bahtera rumahtangga bersama pasangan tercinta, terutama bagi yang masih belum dikurniakan zuriat.

Coretan Malam…

Dulu hampir 8 tahun atok dan wife takde zuriat.. Boleh dikatakan setiap bulan, bila nampak wife tak solat, atok tau dia tgh uzur.. Maksudnya tak sangkut lagi ler… Memula tu memang terasa.. Lama-lama tu dah jadi biasa.. Tak mengharap langsung pun.. Setakat org tanya2 ni, kami buat bodoh je.. Lantak ler nak tanya apa pun.. Paling tinggi kami senyum je.. Jawab karang, kasar bunyi nyer..

Memula dulu kalau pergi Parkson, memang elakkan lalu kat bahagian baju bebudak.. Janggal.. Pastu kami ubah cara kami.. Kami belek baju2 comel tu.. Kami masuk kedai baby berangan mcm ada anak sendiri.. Satu hari wife cakap, dia nak beli baju2 ni.. Nak hadiahkan kat anak-anak buah.. Atok cakap sukati la.. Daripada baju, mainan sampai ke barang kemas dia belikan.. Suka dia bila tengok anak buah bergaya..

Dia kalau nampak ada baby kecik, tak kira anak siapa, dia akan bagi duit “tilik bayi”.. Paling sikit RM5.. Amek berkat kata dia.. Atok plak, kalau pegi 7E ke, ada bebudak dengan mak bapak dia nak beli jajan, kalau waktu tu ada duit lebih, atok akan bayarkan.. Pastu pegang kepala budak tu.. Amek berkat..

Kata orang, budak memang taktau nak do’akan kita lagi.. Tapi dorang ni suci.. Takde dosa.. Malaikat yang akan do’akan kita bagi pihak dia.. Pastu macam2 ikhtiar la kami cuba.. Buah zuriat daripada Mekah, berurut sana sini, jamu tu jamu ni, supplement tu supplement ni, pegi jumpa ramai gynea… Tapi nan hado!

Pastu ada sorang Ustaz ni bagitau atok.. Kalau nak cepat dapat anak, satu je syaratnya.. ISTERI KENA BEBETUL RASA BAHAGIA.. JANGAN MARAH-MARAH DIA.. KENA MANJAKAN DIA.. Pastu, dengan rasa terpaksa (hehehe) atok mula manjakan wife.. Orang pompuan ni adat le.. Bila kena manja, kadang2 kepala tu jadi sikit besarlah.. Hehehe.. Tapi atok sabar.. Layankan je.. Daripada terpaksa, lama-lama jadi rela.. Sebab bila isteri ni bahagia, dia akan layan suami dia mcm raja.. Atok gak yang untung.. hehehe..

AlhamduliLLaH, pastu ALLaH hadirkan budak kuntet sorang ni dalam hidup kami.. Bermula la episod kami bertiga pula setelah sekian lama hidup berdua.. Jadi, kepada pasangan yg masih menanti zuriat, InshaALLaH rezeki korang ada.. Ikut je petua-petua ni eh..

Sumber dari Facebook Mizan As- Syatirie