Artis

Datin Alyah dedahkan sesuatu sehingga takut melancarkan single terbaru. Tak sangka ini yang berlaku.

Penyanyi, Datin Alyah mengakui dia sejujurnya rasa takut untuk melancarkan single baru kerana era dan cita rasa muzik kian berubah. Malah katanya lagi dia turut memberi harapan besar buat Meluruh untuk terus bersinar sementelah mengingatkan kisah suka duka dalam seni.

“Setiap kali nak keluarkan single saya amat takut. Era berubah dan saya seorang peniaga muzik. Saya pernah jatuh, jatuh dan jatuh. “Jadi bila saya diberi peluang oleh pihak Warner Music Malaysia untuk kerjasama, saya sudah nampak sinarannya dalam kerjaya.

“Dengan Meluruh saya benar-benar mengharap dan meletakkan harapan besar meski pada awalnya pelbagai dugaan yang muncul,” katanya. Pada masa sama, isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini turut menambah, dia lebih gemar memberi tafsiran sendiri apabila menyampaikan Meluruh.

“Mungkin dari segi lirik ia mengenai perhubungan tetapi bila saya sampaikan, jauh di sudut hati saya melihatnya sebagai suatu perjalanan dalam kerjaya seni. “Bagaimana ada pihak yang tekankan saya, macam mana mereka letak saya dekat bawah, macam mana orang hanya datang pada saya waktu di atas dan layanan mereka bila saya di bawah.

“Itu semuanya ada dalam Meluruh, ia bukan mengenai perhubungan saya, tetapi melibatkan haters. Jadi saya sangat sedih bila nak nyanyikan lagu ini. Saya manusia biasa tak lari dari kesilapan. “Akan tetapi kesilapan saya itu, ada yang memperbesarkan lagi jadi benda itulah yang saya nak kongsi. Inilah tafsiran saya bila alunkan Meluruh,” jelasnya lagi.

Sumber : MH

Alyah lega isu selesai

“Saya juga sudah meminta penjelasan daripada pihak terbabit dan menghantar mesej berbentuk peringatan di mana semua lagu saya perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu sebelum digunakan dalam mana-mana penerbitan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Alyah, dia berharap peminat atau pihak lain berhenti menyalahkan syarikat itu kerana penjelasan sudah diberikan. Dalam masa sama, syarikat itu sudah berjanji untuk mengeluarkan lagu itu daripada drama mereka bermula pada episod 21.

“Saya juga sudah bercakap dengan pihak mereka mengenai perkara ini. Jadi tidak timbul sebarang isu atau masalah berbangkit lagi. Sekurang-kurangnya saya sudah maklum berkenaan perkara itu yang mana lagu saya tidak akan digunakan lagi dalam drama itu.

“Saya berterima kasih kerana mereka sudi bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini. Ada hikmah apa yang berlaku kerana saya dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan berharap dapat bekerjasama dengan syarikat itu selepas ini,” katanya.

Dalam masa sama, Alyah masih menunggu jawapan daripada pihak stesen TV yang turut menggunakan lagu sama dalam promosi telefilem yang bakal ditayangkan pada Sabtu ini. Harian Metro hari ini melaporkan Alyah meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila terdapat segelintir syarikat penerbitan yang menggunakan lagunya dalam drama atau telefilem tanpa kebenaran.

Menurut Alyah, lagu Engkau Milikku itu diberikan hak eksklusif kepada syarikat Grand Briliance Sdn Bhd bagi lagu tema filem terbitan mereka pada awal tahun depan.

Sumber : myMetro