Dato Seri Vida jelaskan hubungannya dengan Putra Amaris.

Artis

Sebelum ini pelakon Putra Amaris menjelaskan hubungan baik yang kembali terjalin dengan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tidak lebih sekadar rakan perniagaan.Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail, 33, berkata, dia kini membantu dalam menguruskan hal pemasaran dan perniagaan milik usahawan itu. Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman mendedahkan pelakon Putra Amaris sudah tidak lagi bekerja dengan syarikatnya sejak Disember lalu.

Susulan itu, usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu menyangkal dakwaan bahawa pelakon tersebut sudah kembali bekerja dengannya.“Dia bukan lagi staf saya. Terkejut saya bila dia kata sudah bekerja semula dengan saya. Hakikatnya itu tak betul. Dia dah lama berhenti… bulan Disember lepas. Rasanya dia pun dah pernah cakap dia dah berhenti sebelum ini,” katanya. Sejak itu, Vida berkata dia tidak lagi berurusan dengan pelakon tersebut.

“Kami tak pernah berurusan lagi tapi saya pernah terserempak dengan dia masa program raya tempoh hari. Tapi kami tak bertegur pun. Nak cakap kami dah berbaik semula memang jauh sekali. Dulu anggapan dia negatif tapi sekarang mujurlah dah sedar. Sebenarnya banyak dah saya bantu dia,” katanya. Ujar Vida tiada keperluan untuk dia mengajar cara berniaga kepada pelakon tersebut sebagaimana didakwanya.

“Saya nak ajar-ajar dia apa lagi. Dia dah belajar pun masa bekerja dengan saya dulu. Orang yang kerja dengan saya ni kena multitasking… kena tengok tahfiz dan pada masa sama pandai buat marketing. Jadi apa yang dia cakap dekat saya sekarang ni saya pun dah tak peduli,” katanya. Terdahulu, Putra Amaris menjelaskan hubungannya dengan usahawan kosmetik itu sudah kembali jernih.

Pada masa sama pelakon berusia 33 tahun itu berkata dia kini membantu dalam menguruskan hal pemasaran dan perniagaan Vida.Dalam pada itu, Amaris tidak mahu tindakannya berhenti kerja sebelum ini mengundang tanggapan negatif dan tuduhan jahat terhadap usahawan itu. “Saya berhenti bekerja dengan Vida sebelum ini adalah kerana mahu membantu perniagaan keluarga. Waktu itu ayah saya baharu menghadap illahi. Saya terpaksa membantu ibu menguruskan perniagaan ayah yang sudah lebih 20 tahun.

Kredit:Mstaronline

ARTIKEL SEBELUM : PELAKON Putra Amaris menegaskan dia kini sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman. Menurut Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail, penjelasan itu perlu dibuat bagi membersihkan namanya daripada terus ‘digam’ stesen televisyen ekoran mempunyai hubungan baik dengan usahawan itu.“Hubungan rapat saya hamba Allah tersebut sudah lama berakhir, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Beberapa isu yang terpalit terhadapnya turut memberi kesan tidak baik kepada saya malah kehidupan saya juga diganggu beberapa individu tidak dikenali yang menyangka saya merupakan penolong peribadinya. Amaris pernah menimbulkan tanda tanya apabila ‘mendampingi’ seorang jutawan kosmetik terkenal.“Sejujurnya saya diberitahu oleh beberapa penerbit drama yang nama saya ‘ditendang’ dalam senarai barisan pelakon kerana dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

“Ia sedikit sebanyak menganggu periuk nasi saya sebagai seorang pelakon. Malah saya sedang merancang untuk mengadakan satu sidang media khas dalam masa terdekat,” kata Amaris kepada mStar. Menerusi laporan mStar sebelum ini, Amaris mengakui bekerjasama rapat dengan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.Selain kerap memuat naik foto bersama di media sosial, Amaris turut membantu perniagaan Vida dalam menguruskan hal pemasaran. Dalam pada itu, pelakon drama Iktibar ini berkata dia kini lebih terbuka untuk berkongsi kehidupan peribadinya berbanding sebelum mempunyai cahaya mata. Amaris akui kini selesa ‘tayang’  kisah keluarga di media sosial.“Saya akui sebelum ini lebih suka menyendiri dan enggan berkongsi kehidupan peribadi di media sosial. Namun ia mula hilang selepas bergelar bapa sejak enam bulan lalu. “Saya yakin ini adalah rezeki daripada Allah yang perlu dikongsi bersama para peminat. Sejujurnya saya teruja dengan kurniaan ini,” tambah Amaris.

Sumber  : Mstar

Isteri Putra Amaris Akhirnya Beri Komen Isu Hubungan Suaminya Dengan Datuk Vida

Isteri pelakon Putra Amaris, Nur Syazwani Alias memaklumkan dirinya masih kekal bergelar isteri kepada aktor itu. Kata Syazwani, dia reda akan tanggungjawab Amaris sebagai anak seni dalam dunia hiburan yang mana menuntut lelaki itu bertemu dengan ramai wanita berpengaruh.“Ya Amaris masih suami saya, tetap suami saya dan selamanya selagi Allah izinkan satu-satunya suami saya “Selama mana dia tidak melampau, saya tidak cemburu, memang kerja dia akan jumpa dengan semua orang yang cantik dan berpengaruh. “Kalau sikit-sikit nak cemburu, nak melenting, tak boleh kahwin dengan artis,” katanya.Syazwani memberikan kenyataan susulan soalan seorang pengikutnya pada entri di Instagram. Amaris, yang sebelum ini membintangi drama Bicara Cinta, dikatakan menjalinkan hubungan rapat dengan Vida kerana seringkali berkongsi foto momen bersama di laman sosial.Dia juga dituduh mendekati usahawan kosmetik itu dengan muslihat tersembunyi sebaik sahaja Vida memecat pembantu peribadinya yang terdahulu. Amaris, 33, terlebih dahulu mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani Alias, 28, pada 5 Januari lalu dan kini mereka menantikan kelahiran anak sulung yang dijangka pada awal Disember depan.Sementara itu, diminta mengulas mengenai fotonya yang tidak lagi dimuatnaik di Instagram Amaris, berikut kata Syazwani:- “Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja, laman Instagram itu untuk kerja dia. Saya lagi suka bersederhana.”