Diana Danielle dedah keadaan kehidupannya yang sekarang selepas apa yang berlaku pada suami dan ia ada kaitan dengan Hanis Zalikha.

Artis

Diana, 28,  ditemui semasa pelancaran produk, pertunjukan fesyen dan anugerah kecemerlangan AS Legacy yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis lalu berkata apa yang berlaku menjadikan dia dan Farid lebih menghargai antara satu sama lain.

Kontroversi membabitkan pelakon Datuk Farid Kamil hingga dijatuhkan hkuman hotel besi kerana terlibat dengan penyaIahgunaan benda terlarang mematangkan hubungan rumah tangga yang dibina bersama aktres Datin Diana Danielle.

“Saya sebagai isteri tahu Farid seorang suami dan bapa yang baik, saya bersyukur kita masih dapat menikmati saat gembira bersama. Segala yang berlaku membuatkan kami lebih rapat dan tenang menerima apa sahaja ujian,” katanya kepada mStar.

“Hubungan kami lebih matang, mula menghargai antara satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya. Saya masih ingat apa Hanis Zalikha pernah cakap pada saya dahulu… jika kita hadapi segala dugaan dengan sabar, Allah akan beri sesuatu lebih manis.

Menerusi laporan mStar pada 19 Jun lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hkuman hotel besi sembilan bulan yang dikenakan terhadapnya atas tuduhan benda terlarang. Farid dikenakan hkuman hotel besi sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesaIahan mengguna benda terlarang jenis tahun lalu dan telah menjalani hkuman di hotel besi Kajang selama 35 hari bermula 15 Mei.

Sementara itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini berkata dia bukanlah seorang isteri yang kuat seperti dibayangkan peminat. Namun, sokongan moral orang sekeliling terutamanya ibu, Norsiah Ramli membuatkan dia menjadi lebih cekal berdepan ujian hidup.

“Nak kata saya kuat, ada juga hari-hari yang saya terkesan… cumanya saya ada ibu yang buatkan saya kuat. Kalau orang kata saya kuat sebenarnya tidak! tapi sokongan orang sekeliling ini yang membuatkan saya kuat. Saya berterima kasih kepada peminat yang tak jemu memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk kami,” ujarnya.

Terdahulu, Diana berkahwin dengan Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun. Sumber: mstar dan ig via Asia Kini. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Diana Danielle teguh di sisi suami..

KUALA LUMPUR: Datin Diana Danielle meluahkan kasih sayang terhadap Datuk Farid Kamil Zahari tetap teguh walaupun suaminya ditahan sembilan bulan atas kesalahan mengguna bahan terlarang. Secara berkias, Diana memberitahu, kehidupan ini sentiasa diuji, namun dia, suami dan anak-anak menangani dugaan dengan positif.

“Kehidupan ini sentiasa dilemparkan lemon tetapi kita sudah arif hingga mampu menukar buah masam itu sebagai air lemon,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.Dalam status berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata itu memuat kata-kata penuh tersirat bersama gambar yang menunjukkan kegembiraan mereka sekeluarga.

Semalam, Farid ditahan sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor di atas kesalahan yang dilakukannya, tahun lalu. Keadaan itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas pelakon dan pengarah berusia 38 tahun itu memilih untuk berdiam diri di mana tertuduh sepatutnya tampil membela diri.

Dalam prosiding berkenaan, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan. Berikutan itu Farid Kamil dibawa ke hotel besi Kajang dan hukuman itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu semalam.

BH Online masih berusaha mendapatkan reaksi Diana termasuk adik Farid, Fadzil, berhubung hukuman terhadap pelakon dan pengarah itu. Rumah tangga Farid dan Diana yang dibina pada November 2012, diserikan dengan sepasang cahaya Muhammad, 6, dan Nur Aurora, 4.