Dipinggir kerana miskin. Dapat pula bapa yang pemalas. Tapi itu bukan penghalang untuknya berjaya.

Keluarga Pendidikan Perhubungan

Saya wanita 29 tahun. Ada pekerjaan tetap dalam bidang profesional. Sudah ada kereta dan rumah sendiri, belum berkahwin. Sekali imbas, orang akan nampak saya berjaya orangnya. Tetapi cerita di sebaliknya tak ramai yang tahu. Saya dilahirkan dalam keluarga yang daif. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kesusahan itu makin serius sebab

ayah pemalas orangnya. Hanya tahu makan tidur dan mengharap pada emak untuk menanggung segala belanja rumah dan anak-anak. Tanggungjawab entah ke mana. Rumah yang kami diami rumah pusaka. Hanya berbumbungkan atap zink berkarat tanpa siling. Apabila cuaca panas, keadaan dalam rumah membahang dan apabila hujan perlu ditadah

berbelas-belas baldi dan periuk. Dinding kayu terkopak sana-sini. Lantai berombak-ombak dan retak. Apabila disapu akan terseret tanah bersekali. Tingkap tak boleh ditutup rapat kerana engsel tercabut. Ketika awal persekolahan, saya kurang faham erti malu dengan kedaifan hidup. Menjengah darjah 5, saya sudah tahu malu. Saya tak pernah jemput kawan-kawan kerumah walaupun mereka katakan mahu datang untuk membuat

kerja sekolah sama-sama dan bermain. Saya akan sungguh-sungguh halang dan tawarkan diri untuk ke rumah mereka. Rupa-rupanya mereka masih tidak mahu mengalah. Suatu hari semasa balik dari sekolah, kami sama-sama mengayuh basikal dan mereka ikut saya dari belakang. Saya pelik, arah perjalanan tak sama, kenapa ikut saya. Bersahaja mereka katakan “kami nak tengok rumah kau, tak boleh ke” sambil tersenyum-senyum.

Saya memperlahankan kayuhan dan berharap masa akan terhenti ketika itu. Mereka masih mengikut saya. Saya tersenyum kelat. Akhirnya saya sampai juga ke rumah. Kawan-kawan saya memberi suatu reaksi yang tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Saya malu. Mereka kemudian tanpa sepatah kata terus berpatah balik ke rumah masing-masing. Selepas

itu, mereka seolah-olah menjauhkan diri dari saya. Selepas bertahun-tahun, barulah saya sedar itu adalah satu bentuk aniaya. Life goes on, saya semakin dipinggirkan. Tambahan lagi mereka mengikuti kelas tambahan di luar sekolah pada hujung minggu. Jadi mereka hanya geng dengan mereka yang pergi tuisyen sahaja. Saya memanglah tak akan pernah merasa kelas

tuisyen luar. Yuran sekolah yang setahun sekali pun selepas disuruh berkali-kali sampaikan pesanan oleh cikgu kepada mak barulah terlunas. Ketika masuk darjah 6, setiap hari Rabu, perlu pakai uniform Unit Beruniform masing-masing. Saya menyertai Pasukan Puteri Islam. Jadi perlu pakai baju kurung putih dengan kain dan tudung pink. Seperti biasa,

saya seorang sahaja yang gagal untuk memakai uniform selepas berkali-kali hari Rabu. Saya sedih dan protes kepada mak. Maafkan saya mak, saya belum matang ketika itu. Jadi mak usahakan beli kain pink dan kain putih dan jahit sendiri gunakan tangan [Saya pengawas ketika itu dan pakai baju kuning, jadi masih perlu beli kain putih untuk dibuat baju kurung]. Tetapi

malangnya mak hanya mampu beli cukup untuk dibuat kain dan baju sahaja. Untuk tudung tak ada. Jadi mak minta saya pakai tudung lama kakak. Kakak dulunya pengawas perpustakaan. Tudung pengawas kakak warna pink belacan. Boleh bayangkan tak pink Puteri Islam vs pink belacan. Memang lain. Tapi saya pakai jugak. Dan sekali lagi saya

diketawakan. Saya semakin terpinggir. Saya tak ada kawan yang betul-betul mahu kawan dengan saya. Namun begitu, saya cemerlang dalam pelajaran. Saya calon harapan 5A sekolah dan saya menepati sasaran. Saya berjaya mendapat straight As untuk UPSR. Hanya ada dua calon yang mendapat 5A bagi sekolah kami tahun itu. Saya dan seorang lagi anak orang kaya. Jadi saya agak mendapat perhatian ketika itu. Tetapi saya

masih berduka kerana rakan-rakan sekelas asyik bertanya, “mak ayah kau bagi ape dapat 5A?”, “Eh, aku yang dapat 3A pun dapat hadiah, takkanlah kau tak dapat ape”?. Saya jadi berdendam dengan mak. Ayah sememangnya seolah-olah tidak wujud. Saya selalu terfikir kenapa saya tidak dapat kehidupan seperti orang lain. Saya tak pernah minta apa-apa.

Bila rakan-rakan sekelas kumpul patung Hello Kitty yang dapat dengan aiskrim, saya tengok saja, tak pernah saya minta duit untuk beli juga kerana saya tahu memang mak tak ada duit. Saya juga pernah kutip nugget yang terjatuh ke tanah dari tangan sepupu saya dan simpan kemudian makan selepas dia balik kerana saya tak pernah makan nugget dan sepupu

saya yang tinggal berhampiran datang ke rumah sambil makan nugget. Kenapa bila saya dapat 5A pun saya tak dapat apa-apa? Sekurang-kurangnya masakkan saya sesuatu yang sedap. Saya dah bosan makan nasi berlaukkan telur dan kicap setiap hari. Saya jadi anak yang memberontak

dalam diam. Ketika sekolah menengah, kehidupan saya lebih baik kerana saya menerima Biasiswa Kecil Persekutuan. Wang yang diterima cukup untuk dibayar yuran sekolah dan dibeli pakaian baru setiap tahun. Saya tak malu lagi kerana lambat bayar yuran. Tetapi mak selalu juga minta dipinjam wang saya. Saya protes lagi. Saya jadi tak minat bercakap di rumah. Saya persoalkan dalam hati kenapa duit saya pun mak minta. Mak

tak perlu beri duit kepada saya dah cukup baik. Pada masa yang sama, hubungan mak dan ayah semakin meruncing. Bergaduh setiap hari. Saya berharap mak dan ayah akan berpisah. Saya benci ayah dan marah dengan mak. Hubungan saya dan adik beradik juga dingin kerana masing-masing memendam rasa. Masing-masing buat hal sendiri dan survived sendiri.

Mak dan ayah akhirnya berpisah. Tak ada beza bagi saya kerana ayah memang tak pernah ada dalam hidup saya selama ini. Tapi alhamdulillah walau bagaimana teruk keadaan di rumah, saya masih cemerlang dalam pelajaran. Saya cemerlang ketika PMR dan SPM. Saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang professional dengan biasiswa JPA.

Empat tahun di universiti, tak pernah sekali sesiapa masukkan duit belanja untuk saya sebagaimana orang lain. Saya bergantung penuh dengan JPA. Sebelum masuk semester 1, ketika sedang menunggu result asasi, saya kerja dua bulan di Giant untuk wang saku dan keperluan lapor diri di universiti. Saya semakin berdikari. Buat sesuatu semua sendiri dan tak

lapor kepada sesiapa. Saya jadi terbiasa begitu. Ketika di universiti, saya masih cemerlang dan beberapa kali menerima Anugerah Dekan. Akan tetapi, saya ada suatu habit yang saya sendiri tak perasan. Saya akan sentiasa tengok jam dan seoah-olah terkejar-kejar. Saya hanya sedar apabila ditegur roommate ketika makan bersama. Dia tanya, adakah saya rushing ingin ke mana-mana. Serius saya tidak sedar. Saya juga selalu

terbangun dan terus mencapai tuala untuk mandi bersiap ke kelas. Bila dilihat jam rupanya baru jam 2.00 pagi. Ketika tahun kedua, saya ada insomnia dan tidak dapat tidur satu minggu. Ketika itu study week dan saya sangat risau jika saya akan blank dan tak dapat jawab exam. Mujur semuanya ok. Ketika itu, kesedaran mengenai depression masih di tahap rendah. Saya takut untuk ke Klinik Kesihatan Universiti. Takut dilabel. Dan

insomnia saya berterusan bertahun-tahun. Saya hanya mendapat keberanian untuk mendapat bantuan setelah keadaan saya semakin serius. Saya juga mengalami keadaan seperti isteri confessor sebelum ini di mana saya sangat takut dengan objek yang bergerak laju. Saya berpeluh-peluh dan tangan saya basah jika nampak kipas siling berputar ligat.

Kalau keluar sidai kain dan dengar bunyi kereta dari jalan, jantung saya berdegup kencang dan tangan berpeluh-peluh juga. Akan tetapi saya masih boleh memandu sendiri. Saya cuma takut jika menaiki teksi atau Grab. Saya akan minta pemandu teksi atau Grab jangan pandu laju. Hasil DASS test saya adalah depresi teruk, anxiety sangat teruk dan stress teruk. Saya dirujuk ke Unit Pemulihan Cara Kerja. Saya diajar cara untuk bertenang

dengan deep breathing dan urutan. Keluarga saya tidak tahu. Saya tak tahu pun bagaimana cara untuk beritahu. Seperti saya ceritakan pada awalnya, hubungan kami sekeluarga bukanlah sejenis you have my shoulder to cry on. Semuanya survived sendiri-sendiri. Disebabkan kesibukan kerja, sudah

beberapa kali saya skipped appointment untuk terapi dan saya juga sudah hilang motivasi untuk pergi lagi. Saya cuma berharap saya masih boleh bertahan. Saya mahu percaya saya kuat orangnya. Untung mereka yang ada seseorang di sisi. Doakan saya kuat. Life must go on. THANKS…

– I Am My Own Hero (Bukan nama sebenar)