Kisah Rumah Tangga

Disangkakan mengandung, gadis ini dibuang dari keluarga dan dipaksa berkahwin. Dapat pulak suami kerja delivery pizza je.

Perkahwinan satu ibadah yang dituntut dalam Islam yang mengharuskan umatnya berkahwin untuk menambahkan bilangan umat Islam. Kalau cerita konteks perkahwinan, pasti mengimpikan setiap pasangan mengimpikan kebahagian. Namun, lain pula perkongsian kali ini. Berkahwin kerana terpaksa, bagaimana agaknya perasaan tu? Ditambah dengan masalah kesihatan…

Assalamualaikum Admin. Maafkan Saya terpaksa guna akaun palsu untuk buat luahan ni. Saya seorang perempuan yg berumur awal 20an. Sy baru saja menamatkan pengajian degree. Sy taktau nak mula cerita ni dari mana. Tapi pada November 2016 adalah detik paling pahit bagi sy. Sy tak datang period selama 2 bulan, lepas buat medical checkup disebuah hospital swasta, sy disahkan pregnant 5minggu.

Masa tu, sy terkejut sampai nak pitam. Sy tak pernah terlnjur dgn sapa sapa, bahkan saya takda teman lelaki pun. Sy sangat menjaga ikhtilat saya. Keluarga sy start marah dan benci dengan sy. Sy dianggap sbgai anak yg memalukan keluarga. Keluarga sy agak ternama, sebab ayah sy bisnesman. Demi menjaga nama baik keluarga, sy telah dipaksa berkahwin dengan sepupu sy.

Sepupu sy setuju nak bantu keluarga kami. Kami nikah pada januari
2017. Perjanjian telah dibuat. Kami akan berpisah pada September 2017 bila sy dah bersalin dan habis pantang. Selepas berkahwin, sy ikut menetap dengan suami di KL. Suami sy seorang deliver domino Pizza. Pada awal perkahwinan sy amat tertekan. Sampai demam selama seminggu.

Tapi suami sy sngt prihatin dgn sy dia menjaga sy dgn baik even masa sy demam dia lah yg mandikan sy, lap badan sy, masakkan bubur untuk sy. Namun sy bersyukur dia seorang yg sngt menjaga solat. Tapi ketika nya sy malu juga bila sepupu yg agak rapat dari kecil sekarang dia dah nampak semua aurat sy ketika dia mandikan sy.

Dia kata kat sy jangan fikir bukan bukan, anggap jer macam seorang abang jaga seorang adik. Saya selalu menangis kat dia, dan cakap kat dia yg sy tak mengandung pun, sy tak pernah buat perkara keji tu. Dia hanya mengangguk dan selalu cakap yg dia percayakan kata kata sy Dia selalu bagi sy kata kata semangat.

Kami tak pernah tidur sekatil, sepanjang perkahwinan kami tidur dibilik
asing asing. Cuma sekali sahaja kami tidur sekatil, masa tu dia urutkan kepala sy masa demam, kebetulan dia baru balik dari kerja terus terlena atas katil sy, tapi kami tak pernah melakukan hubungan atas katil. Dia tak pernah nak mengambil kesempatan terhadap sy.

Rupanya ketumbuhan di rahim. Dua bulan berlalu. Kami berdua jalani hidup seperti pasangan yg awkward. Yelah, sepupu vg selalu mengusik sy masa zaman sekolah, Kini dah jadi Suami sy. Dulu dia seorang yg periang, suka sakat menyakat, sejak berkahwin jadi agak pendiam. Kami bercakap bila perlu. Time makan pun kami jarang bersembang, sy tak bekerja, hanya suami jer bekeria.

Sy pernah terbaca payslip dia, gaji bersih nya 1700+, kami duduk dirumah
sewa. sebulan rm500, tapi yg buat sy terharu, suami sy tetap bagi sy
rm500 untuk nafkah zahir setiap bulan, Jadi dengan baki rm700 tu lah dia guna untuk belanja dapur, minyak motor, bil telefon dan duit kopi dia sementara tunggu gaji bulan seterus nya. Keluarga belah sy langsung tak ambil peduli pasal Sy, hanya kakak sy jer yg selalu melawat sy kat rumah.

Bulan april yg lalu, satu perkara telah berlaku. Sy tak tahu samaada sy nak
gembira ataupun sedih. Pada satu pagi perut sy sakit sngt, cairan merah mengalir dari alat suliit sy dengan kuantiti cairan darah yg banyak. Sy ingatkan period.

Masa tu sakit bercampur gembira, sy fikir sy tak pregnant, sy ajak suami pegi buat medical checkup sekali lagi, kali ni dihospital kerajaan. Rupa nya, ada ketumbuhan di rahim sy, doktor cakap mungkin itu lah punca kitaran haid sy terbantut pda hujung tahun lepas.

Doktor suruh sy jalani operation untuk buang ketumbuhan tersebut. Suami pun bersetuju. Segala kos operation, suami sy tanggung dgn duit simpanan dia masa bujang dulu. Selepas operation, dia ambil cuti selama 2 minggu untuk jaga sy dalam pantang Saya mula jatuh cinta dan sikap prihatin dan penyayang dia terhadap sy

Tapi sy tak bagitau. Sy malu kalau sy bertepuk sebelah tangan. Setelah
pulih dari operation, keluarga sy datang jumpa suami sy. Ayah Sy mintak
supaya kami berpisah lebih awal dnn tindakan selfish ayah. Sy disuruh sambung sijil master sy geram.

Disuruh berpisah ikut perjanjian ayah. Tapu suami sy seakan menurut saja permintaan pakcik dia. Bulan puasa yg lepas, dia naik pejabat agama untuk urusan dokumen perpisahan. Sy sedih. Sy dah terlnjur sayangkan suami sy. Raya baru ni sy ada bertanya pada dia. “Abang betul ke nak berpisah dengan sy?” Dia hanya gelak.

“Betul la, kan haritu perjanjian nya macam tu.” Walaupun dia ketawa, tapi sy tau yg dia jugak sedih nak berpisah dengan sy. Mungkin ego lelaki yg membuatkan dia susah nak cakap yg dia jugak sayangkan sy, atau mungkin dia taknak bergaduh dgn ayah sy.

Lepas Dengar dia cakap macamtu. Sy tak jadi nak luahkan perasaan sy pada dia. Hujung bulan ni, kami akan naik kemahkamah untuk lafaz talak. Sy sedih sngt. Sy tak berpisah dengan dia. Sy sayang suami sy sngat sangat. Sy rasa sy takkan jumpa dah lelaki yg baik mcm sepupu sy ni. Masa takda

orang nak percaya dgn sy, dia jer lah yg selalu bimbing dan percaya dgn
apa yg sy cakap dulu. Sy mohon sangat pendapat kakak kakak, apa yg sy perlu buat untuk selamatkan perkahwinan sy ni. Perlu ke sy bagitau cepat perasaan sy pada dia. Mohon semua doakan yg terbaik untuk sy dan suami.

Kredit : k.dunia