Artis

Finalis Dewi Remaja Ernisha lagi sekali menjadi buah mulut warganet. Tak sangka ini yang berlaku.

Pemilik nama penuh Erni Nurshahira binti Khairul Nizam ini dilahirkan pada 5 Januari 1995 di Ipoh Perak. Beliau membesar di Ampang dan Rawang, Selangor. Kini berusia 24 tahun (2019). Berketinggian 160 sentimeter dan mempunyai berat badan 52 kilogram, Ernisha merupakan anak pertama daripada tiga beradik. Difahamkan keluarganya mempunyai bisnes sendiri.

Selain berlakon, Ernisha turut mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan acara dan beliau bercita-cita ingin menjadi pengacara. Pernah menduduki tangga ketiga dalam persaingan bersama seorang pelumba F1, beliau sememangnya sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan bermain go-kart.

Ernisha turut bercita-cita ingin mengembangkan bakatnya hingga menembusi pasaran luar negara. Dia dikatakan mempunyai persamaan dengan pelakon Neelofa, namun beliau nekad untuk tampil dan dikenali dengan identiti tersendiri.

Ernisha ketika dihubungi berkata, keputusannya itu dibuat kerana enggan mempermainkan agama selain tidak mahu dilabel sebagai wanita berpura-pura. “Saya akui sebelum ini saya memang ‘on and off’ berhijab hingga ramai mempersoalkan penampilan diri yang sebenar”

Demikian pengakuan Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, yang sudah tidak lagi berhijab kerana menurutnya bukan mudah untuk membawa imej wanita muslimah. “Saya memang nak bertudung tapi sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah.

“Saya enggan dilabel sebagai wanita berpura pura membuatkan mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Kritikan yang diterima membuatkan saya rasa diri ini sangat tidak dan seolah-olah sedang mempermainkan agama,” katanya.

Katanya, dia berharap orang ramai tidak lagi terus mengecam dirinya sebaliknya mendoakan supaya imannya kuat untuk berhijab pada masa mendatang. Dalam perkembangan lain, Ernisha kini sedang mengintai peluang dalam bidang lakonan dan sudah membintangi beberapa drama bersiri serta telemovie di RTM selain turut aktif menerima tawaran pengacaraan.

Menurutnya, meskipun keputusan tidak berhijab ditentang ahli keluarga, namun dia cuba berterus-terang mengenai ketidaksediaannya itu. ” Sudah tentu keluarga tidak boleh terima dengan keputusan ini tapi saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin dan memberitahu perkara sebenar.

” Syukur keluarga memahami dan sentiasa mendoakan supaya saya punya kekuatan satu hari nanti untuk berhijab sepenuhnya. ” Dulu pun ketika menyertai Dewi Remaja, ibu yang meminta saya berhijab kerana bakal mengintai peluang dalam bidang seni meskipun hati belum bersedia ketika itu. Saya sudah cuba tapi hidayah itu belum tiba,” katanya.

Sumber : hmetro