Gambar perkongsian Bomba ini bikin netizen syahdu kerana tanggungjawab menjalankan tugas sambil berbuka dan solat berbahangkan api.

Inspirasi Kehidupan Keluarga Pekerjaan Sedih Viral

Baru-baru ini beberapa keping gambar memaparkan anggota bomba yang sedang berbuka dan solat tular di media sosial.Menariknya tentang gambar itu, kesemua mereka berbuka dan bersolat berlatar belakangkan kawasan padang yang terbakar.Malah kebanyakkan mereka masih lagi memakai pakaian seragam bomba.

Gambar itu sekali gus mencetuskan rasa kagum dalam kalangan warganet yang rata-ratanya memuji kesunggguhan anggota ini melunaskan tugas  biarpun terpaksa menahan panas ketika berpuasa. Tidak kurang juga yang sebak dengan pengorbanan ditonjolkan anggota ini. Sehingga kini posting terbabit telah menerima 487 perkongsian dan 3,700 reaksi oleh warganet.

Ini antara komen yang dikongsi oleh mereka:

sumber: gempak.com

Baju Kalis Api Dijadikan Sejadah, Foto ‘Abang Bomba’ Solat Dan Berbuka Ketika Bertugas Buat Netizen Sebak

Sewaktu kita sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga di rumah, ketahuilah bahawa ada di antara kita yang kehilangan nikmat itu demi menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.Perkara itulah yang terpaksa dihadapi oleh sekumpulan ahli Bomba & Penyelamat Malaysia ketika sedang dalam operasi memadamkan kebakaran baru-baru ini.

Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh Tengku Mohd Ihsan sebelum dikongsikan oleh laman Friends of Bomba Malaysia di Facebook.Melihat kepada foto-foto yang dikirimkam, wira-wira ini hanya berbuka puasa di atas jalan sahaja disaat kita selesa di atas kerusi namun mereka kekal ceria menikmati juadah berbuka.

Malah, mereka juga tidak lupa untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim dengan menunaikan solat berjemaah sebelum menyambung tugasan memadamkan kebakaran. Perkongsian ini jelas membuatkan ramai wargamaya terharu dengan pengorbanan mereka. Tidak kurang juga ada yang menzahirkan penghargaan kepada wira tidak didendang ini di ruangan komen.

Terdapat juga beberapa ahli bomba lain berkongsikan pengalaman unik mereka ketika berpuasa.Ternyata jasa dan pengorbanan ahli bomba & penyelamat ini adalah amat besar dan kami mewakili rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua abang-abang bomba diluar sana.

Sumber: Friends of Bomba Malaysia

Penduduk hulur air mineral untuk bomba berbuka puasa ketika operasi

KOTA KINABALU: Hanya air mineral sebagai juadah berbuka puasa oleh sepasukan bomba yang menjalankan operasi memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Padas, Tebobon, Manggatal, di sini, petang tadi.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),

Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, sebaik menerima panggilan kebakaran jam 6.04 petang, seramai 23 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan menggunakan dua jentera, dua jentera Emergency Medical Rescue Service (EMRS) dan sebuah water tanker.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian jam 6.25 petang, beberapa penduduk kampung sempat menghulurkan beberapa botol mineral air untuk anggota minum kerana ketika itu waktu berbuka puasa.“Manakala beberapa anggota lain pula terus bertindak memadam kebakaran daripada merebak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal daripada merebak jam 6.36 petang dan kebakaran hanya membabitkan sebuah rumah yang musnah sepenuhnya.“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat jam 7.42 malam,” katanya.662 dibaca

Aidilfitri: Jasa, Pengorbanan Anggota Bomba Tidak Ternilai

KUALA LUMPUR: Ketika umat Islam sibuk dan bergembira bersama keluarga menyambut Aidilfitri, bagi anggota pasukan Bomba dan Penyelamat pula mereka sibuk menjalankan tugas menjaga kesejahteraan orang awam.Ramai antara anggota bomba tidak dapat bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga sebaliknya mereka terpaksa bertugas secara giliran 24 jam dan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagi pegawai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Sharuddin Abdullah, 53, perasaan sayu tidak dapat dielak, apabila bertugas di hari lebaran apatah lagi ketika mengenangkan kedua pemergian ibu bapanya yang telah lama menghadap ilahi.”Demi tugas, saya sanggup melupakan keseronokan berhari raya bersama keluarga kerana bebanan tugas anggota bomba kini bertambah dan bukan sekadar memadamkan api kebakaran.

“Pasukan bomba juga bertugas di sepanjang kawasan lebuh raya untuk membantu jika berlaku kejadian tidak diingini dan kebakaran kenderaan selain menyelamatkan mangsa dan memberi bantuan awal,” katanya kepada Bernama.Sharuddin, yang berasal dari Perak telah berkhidmat dengan bomba selama 37 tahun dan sudah lali bertugas di hari lebaran.

“Ratusan anggota bomba di seluruh negara terpaksa bertugas di hari raya kerana ketika itu kes-kes kejadian di jalan raya sering berlaku dan kebakaran juga boleh berlaku apabila orang meninggalkan rumah tanpa menutup suis elektrik dan sebagainya,” kata beliau.

Sharuddin yang mempunyai empat anak berkata hati dan perasaannya tersentuh apabila kedengaran takbir raya di malam raya kerana teringatkan anak isterinya yang pulang ke kampung.Sementara itu, bagi rakannya Farid Norizam Jafri, 23, yang berasal dari Johor Baharu berkata statusnya yang masih bujang menyebabkan dia rela bertugas pada hari raya bagi memberi laluan kepada rakan sekerjanya yang telah berkahwin.

“Sudah tiga tahun berturut-turut saya bertugas pada hari lebaran… berlinangan juga air mata ketika mula-mula saya berkhidmat, saya bekerja pada hari raya,” katanya.Farid berkata adakalanya mereka terpaksa bertugas 24 jam kerana membantu mengeluarkan mangsa kejadian di jalan raya yang tersepit dalam kenderaan sehingga mereka tidak terfikir untuk menyambut hari raya.

Abang bomba sedia kawal ibu kota

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur akan menempatkan jentera dan anggota di empat lokasi panas di sekitar ibu kota seminggu sebelum dan selepas sambutan Aidilfitri.Empat lokasi panas dikenal pasti adalah sekitar Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL Sentral, Pasar Seni serta Sungai Besi.

Pengarahnya, Khiruddin Drahman berkata, berdasarkan statistik, berlaku peningkatan aktiviti di lokasi berkenaan sehingga awal pagi dan perkara itu akan meningkatkan berlakunya risiko kejadian tidak diingini.“Kami akan meletakkan jentera bergerak di lokasi berkenaan apabila anggota bersiap siaga 24 jam secara bergilir dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas raya.

“Ini kerana berlaku peningkatan aktiviti seperti membeli-belah sehingga awal pagi apabila tenaga manusia mulai lemah dan mungkin berlaku kecuaian.“Kami akan melakukan rondaan di kawasan penempatan di sekitar Pantai Dalam, Wangsa Maju, Sungai Besi dan Cheras,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Ramadan dan Berbuka Puasa JBPM Kuala Lumpur di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, hari ini.

Pada majlis berkenaan, empat rumah anak yatim dan pusat tahfiz iaitu Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan, Rumah Anak Yatim Shifa, Pertubuhan Ramona Darul Fakir Malaysia dan Maahad Tahfiz al Quran Al Munawarrah Surau SMBSI Taman Ayahanda Syed Ibrahim menerima sumbangan.

Khiruddin berkata, program pada tahun keempat itu bagi meraikan anak yatim dengan memberikan bantuan kewangan, namun tidak seperti tahun lalu, aktiviti membeli-belah baju raya untuk anak yatim dan pelajar tahfiz tidak dapat dilakukan ekoran kekangan kewangan.