Kehidupan Keluarga Kisah Rumah Tangga

Ibu mertua bagi hadiah beg tangan tapi isteri tak suka dan dia terus bagi sepupunya. Malam tu sepupu call bagitahu yang dalam beg tu ada satu kotak. Isi dalam kotak itu amat mengejutkan isteri.

Aku mengenali suamiku semasa kami belajar bersama-sama. Kami bercinta selama 6 tahun lebih sebelum melansungkan perkahwinan. Ibubapaku mempunyai sebuah syarikat sendiri manakala ibu mertuaku pula mempunyai sebuah kedai kraftangan yang boleh dikatakan berjaya juga. Selepas berkahwin, kami membeli sebuah rumah dan tinggal berdua di situ.

Walaupun boleh menetap di rumah mertua tetapi aku tidak boleh untuk tinggal di sana walaupun untuk masa sekejap. Rumah kami dengan rumah mertuaku tidak jauh hanya lebih kurang 6 kilometer sahaja. Untuk menjaga hubungan kekeluargaan, kami selalu pergi ke rumah mertua dua atau tiga kali seminggu.

Aku jenis yang tidak biasa berbual dengan orang asing selama ini. Jadi perbualan aku dengan ibu mertuaku tidak begitu ramah dan aku juga jarang menghabiskan masa yang lama dengannya. Boleh dikatakan aku akan berada tidak selesa bila duduk berlamaan bersama dengan mertua. Beberapa masa lalu, adalah hari ulangtahun perkahwinan kami.

Sehari sebelunya, ibu mertua meminta aku dan suami supaya datang ke rumah untuk makan bersama. Padahal beberapa hari sebelum itu, aku dan suami sudah berbincang dan sepakat untuk makan berdua pada hari ulang tahun kami. Aku pun memberitahu ibu mertuaku yang kami tidak dapat datang dan ibu mertuaku berkata.

“Kenapa nak ikut cara barat begitu makan-makan berdua?, kalau korang tak datang esok, lain kali tak payah datang”. Ketika itu aku merasa sedikit marah dan tanpa sengaja aku telah berkata kepada ibu mertua. “Mak sekarang kan umur berapa, tak bolehlah nak disamakan dengan orang muda. Kami dah menempah tempat makan dan tak boleh dibatalkan lagi.”.

Kata-kataku itu membuatkan ibu mertua terus meletakkan telefonnya.

Kemudian, selepas berbincang dengan suami kami mengambil keputuusan untuk tetap pergi ke rumah mertuaku itu. Ini untuk mengelakkan berlaku salah faham yang lebih teruk lagi. Suami juga memberitahu aku supaya tidak berkata apa-apa dengan ibunya untuk mengelakkan aku bertengkar dengan ibu mertuaku itu. Sebelum ke rumah mertua, aku telah membeli hadiah untuk ibu mertuaku supaya dia tidak berasa hati dengan kata-kataku tempoh hari.

Sampai di rumah ibu mertuaku, ibu mertuaku melayan kami dengan begitu baik. Dia sangat gembira melihat kami datang. Tetapi aku sendiri yang merasakan layanannya itu hanya dibuat-buat. Selepas makan, ibu mertuaku itu juga tidak mengatakan apa-apa mengenai percakapan telefon antara aku dengannya sebelum itu.

Ketika waktu mencuci pinggan, ibu mertuaku memberitahuku yang dia membelikan aku sebuah beg tangan. Hatiku berasa sangat gembira kerana ibu mertua tidak berasa hati denganku. Hatiku merasa begitu gembira. Jika keranan aku ini tidak biasa dengannya, pasti aku sudah memeluknya. Selepas mendapat hadiah itu, aku tidak membuka lagi di rumah mertuaku walaupun dalam hati aku tidak sabar untuk melihatnmya.

Selepas sampai di rumah kami, aku pun terus membukanya. Tetapi, beg tangan yang berada di dalam kotak hadiah itu membuat aku kecewa. Ini kerana beg tangan itu tidak sesuai dengan umur seperti aku. Mungkin jika usia seperti ibu mertuaku ianya cocok dan sesuai. Aku berfikir yang dia sengaja memberi beg tangan ini kepadaku kerana masih marah denganku kerana sebab tempohari.

Aku terus meletakkan beg tangan ini di dalam almari di bilikku. Seminggu kemudian, sepupu perempuanku datang melawatku. Semasa melayaninya, aku secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas bajunya. Aku pun membawa sepupuku itu ke dalam bilik untuk memilih baju yang sesuai dengannya.

Selepas menganti pakaian, sepupuku itu bertanya kenapa tidak memakai beg tangan itu. Dia sangat tertarik dengan beg tangan tersebut. Jadi oleh kerana aku pun tak memakainya, aku pun menyuruhnya ambil sahaja jika dia berminat dengan beg tangan itu. Tetapi, waktu malamnya sepupuku itu menelefonku dan berkata ada satu kotak hadiah di dalam beg tangan tersebut.

Dia akan menghantarnya kepada aku keesokkannya kepadaku. Dan keesokkannya sepupuku itu menghantar kotak hadiah itu kepadaku. Aku pun membuka kotak tersebut dan terkejut melihat ada gelang emas yang besar dan ada kad tertulis “Selamat hari ulang tahun perkahwinan! Mak tahu kelmarin sedikit kurang elok mak bercakap di telefon, ini ada hadiah buatmu.

Waktu kamu berkahwin, mak tak membelikan apa-apa untuk kamu, semoga kamu suka ya!” Setelah membaca kad itu, aku sangat merasa malu dengan diriku. Kenapa aku terlalu berfikiran teruk terhadap ibu mertua. Setelah menerima barang ini, aku segera menelefon ibu mertua, “Mak, aku minta maaf!”. Itulah kata-kata pertamaku selepas ibu mertuaku menjawab telefon.

Ibu mertua itu adalah orang yang telah melahirkan suami kita. Dia telah membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang kepada suami kita, sepatutnya kita membalasnya dengan melayannya dengan baik walaupun tidak sebaik layanan kita kepada ibu sendiri. Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Kredit media content

Tindakan ibu mertua pada menantunya yang mengejutkan bila suami mengadu pada ibu, isterinya selalu mengeluh penat kemas rumah

Suatu pagi .. Aliff ke rumah ibunya , dan mengambil makanan.. Mak : Aliff Kenapa makan di sini. Isteri kamu tak masak ? Alif : Masak mak. Mak : habis tu .. Alif : Biarlah, saya makan sini, malas nak makan di rumah. Mak : knp ? kamu ada masalah dgn isteri ? Alif : Ya mak , dia duduk rumah tak buat apa pun.. saya yang penat, balik keje tapi dia yang asyik mengeluh dan membebel kata dia penat… penat buat apa je…

Mak : Memang isteri kau selalu mengeluh ke? Alif : tak lah hari hari , hari ini je .. bukan saya suruh dia pergi kerja luar sana , duduk rumah je pun .. jaga anak takkan lah penat.. Kemudian si mak telefon istri nya dan kembali ke meja mkn menemui Alif yg sedang makan. Alif : Mak dah marah dia? Mak : iyaa .., Esok Harinya.. Alif pulang ke rumah dari kerja. Dengan rasa terkejut , dia nampak anaknya yang masih bermain pasir depan rumah dgn baju tidur. Yang sorang lagi main dekat longkang luar. Dengan selekehnya..

Dia panggil 2 anaknya .. ” Along , angah masuk dalam sekarang !! ” Masuk je rumah… Terkejut habis dia.. tersandar di bingkai pintu.. Depan tv bersepah dengan mainan , pinggan depan tv bekas makanan .. dengan kain atas sofa.. lantai penuh cap kaki anaknya… bedak terabur , ada air manis tumpah.. Masuk ke dapur… sekali lagi dia tersandar di jenang dinding … terlihat dari jauh mesin basuh yang penuh dengan baju kotor..

pinggan dalam singki , makanan kucing terabur… dia tanya anaknya… ” along, mak kat mana? ” .. along balas.. ” dalam bilik ayah ” Alif mula risau …baru depan rumah dengan dapur macam tu … inikan pula dalam bilik. Perlahan Alif membuka pintu bilik … terkejut melihat isterinya , atas kastil sambil golek main handphone dan dengar lagu guna earphone … Aliff cepat cepat ambil 2 anaknya … dan menuju ke rumah maknya. Dalam keadaan marah.. dia tidak bertanya satu patah pun pada ibunya…

Sampai je ke rumah maknya.. Alif terus masuk dan hantar 2 anaknya ke dalam.. Baru dia nak mulakan percakapan…. Maknya mencelah.. ” Iya Alif , mak sudah tau,,, mak yang suruh dia untuk membiarkan semua nya bersepah, mak yg suruh dia utk diam tanpa buat apa apa kerja rumah…
biar dia cuti.. biar tidak memasak, biar tidak menyapu, tidak menyuci pakaian , tidak mencuci piring, tidak menjaga anak mu, tidak mengurus rumah …

Mak suruh dia biarkan semua.. Tanpa melakukan apa pun,, Apa yang Alif rasa sekarang ?? Ada “ORG LAIN” ke yang uruskan anak bila isteri Alif tak buat apa apa …? Ada “ORG LAIN” ke masak bila isteri Alif tak buat apa apa …? Ada “ORG LAIN” ke Urus pakaian Bila isteri Alif tak buat apa apa …? Ada “ORG LAIN” ke KEMAS rmh bila isteri Alif tak buat apa apa …? Ada “ORG LAIN” ke JAGA anak supaya rumah tak bersepah .. apa ada yg mengurus itu semua jika istri mu hanya diam dirumah ???

ADA “ORANG LAIN” BUAT KE ?? MAK RASA KAN … Kalau Isteri Alif diberi pilihan … Dia pun nak pergi kerja , dari duduk rumah … Penatnya duduk rumah ni … Ingat senang ke ? Kalau isteri Aliff minta tolong , rasanya aliff pun tak sanggup.. jangan kan 24 jam mengurus anak, 10 minit saja di suruh temankan anak main belum tentu Alif sanggup..

Alif rasa dia duduk rumah tak buat apa apa ke ? Dia mengeluh tu , bukan apa , dia minta tolong je… takkan isteri tak boleh nak mengeluh .. jawab je lah “sayang nak abg tolong” itu pun dah cukup.. Sekarang ni Aliff nak tanya juga ke … knp payudara istri mu kendor, knp isteri tak pernah make up.. kenapa isteri Aliff tak secantik perempuan luar sana..

Ni biar Mak beritahu.. Jangan pernah kau banding kan kecantikan isteri mu dgn wanita muda di luar sana,. kerana isteri mu sudah korbankan seluruh jiwa raganya utk mengabdi padamu. Jangan pernah banding kan payudara istri mu dgn payudara wanita muda di luar sana yg masih kencang tegak ..
kerana istri mu rela bentuk badan nya berubah demi anak anak

Aliff terdiam… Dia baru sedar.. Yang dia silap. Dia tak nampak apa yang isteri dia lakukan… Perjuangan seorang isteri hanya akan kelihatan , saat dia sudah tiada. Tapi waktu tu dah terlambat.. Dia Bersyukur , sebab maknya membuka matanya yang selama ini TAK NAMPAK. Tak nampak apa yang isteri dia telah lakukan.. “Maafkan aku sayang ,,, “