Kehidupan

Hana Azraa tampil pertahankan diri tentang isu buka purdah. Setiap hari dipaksa oleh warganet untuk buka purdah.

Jika sebelum ini kecoh di media sosial tentang dakwaan rumahtangga Pencetus Ummah (Pencetus Ummah) Abu dan Hana Azraa yang dikatakan diambang perpisahan. Hana juga turut memberitahu bahawa dia dan suaminya itu telah membawa haluan masing-masing dan dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung.

Namun, Pencetus Ummah Abu menafikan dakwaan tersebut. Terbaru, sekali lagi isu rumahtangga mereka mendapat perhatian apabila Hana Azraa mengemaskini bio Instagram dengan meletakkan status ‘Single Mommy’ serta memuat naik gambar yang tidak berpurdah.

‘Mereka kata saya tak layak pakai purdah’

Menerusi mStar, rata-rata warga internet mempertikaikan tentang penampilan terbaru Hana Azraa dan menganggap dia hanya berpura-pura memakai purdah sebelum ini. Sebenarnya saya rasa terganggu apabila diasak orang luar yang hari-hari minta saya buka purdah, mereka kata saya tak layak pakai.

Tapi sejujurnya walaupun purdah itu bukan satu kewajipan dalam Islam, tapi saya betul-betul ikhlas memakainya. Tambahnya lagi, salah satu punca dia membuat keputusan membuka purdah adalah kerana tidak tahan dengan kritikan yang dilemparkan oleh netizen kepadanya,

‘Saya harap semua orang boleh doakan saya’

Hana juga mengakui bahawa dirinya itu masih dalam proses belajar dan masih lemah dalam bab-bab ini. Dia turut memaklumkan bahawa dia menerima banyak komen daripada warga internet termasuk melalui DM (Direct Message) yang rata-rata menegur akan tindakan itu dan ada juga yang mendoakan serta menasihatinya.

Saya harap semua orang boleh doakan saya agar sentiasa sabar dan istiqamah dalam menjadi diri serta penampilan. Saya nak minta maaf secara terbuka kepada semua yang menyedari tentang isu ini. Agak hebat juga maklum balas saya terima. Baik dan buruk.

Sumber: mStar

Hana Azraa beri gambaran hamil, PU Abu belum sedia kongsi “InsyaAllah akan beritahu nanti”

Hana dan Pencetus Ummah Abu belum bersedia berkongsi sebarang berita baik. ISTERI kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa seakan memberi gambaran dia kini sedang hamil menerusi laman Instastory miliknya pada Isnin. Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir,

berkata dia bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita baik buat masa ini. “Insya-Allah tidak lama lagi saya akan kongsi. Sebab saya belum bersedia lagi nak kongsi apa-apa buat masa sekarang melainkan perkara itu daripada Abu sendiri,” katanya kepada mStar. Hana diminta mengulas mengenai video ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik wanita hamil yang dimuat naiknya di laman Instastory.

Hana seakan memberi gambaran dia kini sedang berbadan dua.

Dalam pada itu, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufya Mohd Mokhtar Rozaidi ketika dihubungi mStar turut mengambil langkah berdiam diri. “Insya-Allah, apa-apa saya akan beritahu nanti,” katanya secara ringkas. Menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, Pencetus Ummah Abu menjelaskan dia dan Hana sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.

Pencetus Ummah Abu dan bekas isteri, Ain timang anak lelaki pada 7 Jun lalu.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain Afini Latif pernah mendapat perhatian warga internet di laman sosial sekitar April lalu. Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain. Konflik perpisahan Pencetus Ummah Abu dengan Ain berkesudahan dengan jatuhnya talak dua pada 16 Mei lalu.

sumber: mstar