Harga sup campur ini bukan semua orang mampu beli, Rm98 lagi Rm2 nak cukup Rm100

Kehidupan Viral

BULAN Ramadan bukan saja menyaksikan bazar penuh sesak dengan orang ramai yang mahu membeli pelbagai juadah berbuka puasa, bahkan dihangatkan dengan isu harga sehingga boleh membuatkan pelanggan ‘naik angin’. Ini termasuklah kekecohan harga melampau sup campur yang dibeli seorang pelanggan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Lumpur, yang didakwa berharga RM98 sebungkus!

“Sup perut campur usus campur lemak satu plastik ni RM98 dekat bazar Taman Tun. Aku ambil usus tiga keping setengah, perut dua keping, lemak satu.“Makcik tu potong-potong letak dalam plastik campur kuah. Kemudian makcik tu cakap RM98. Terkejut aku RM98, lagi RM2 nak RM100. Terus balik dari bazar tak beli apa-apa,” kata seorang netizen di ruangan komen laman sosial sehingga tular.

Perkongsian mengenai harga melampau sup campur yang tular di media sosial.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan harga sup yang dibeli pelanggan itu adalah tidak munasabah. “Macam tak boleh terima RM98 untuk satu plastik. Kalau ye pun ambil banyak, takkan sampai RM98,” komen seorang netizen di Facebook.

Walaupun nama gerai tersebut tidak dinyatakan, tetapi seorang pengguna Facebook kemudian terpanggil untuk memberi pandangan mengenai dakwaan yang dibuat menerusi perkongsian di laman sosial. Gieanna Ali, 37, berkata jika menyebut sup perut, hanya sebuah gerai yang terkenal menjual hidangan itu di bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Jelasnya, sejak menjadi pelanggan setia pada 2005, dia tidak pernah membeli sup perut di gerai tersebut pada harga tidak munasabah seperti yang didakwa. “Kebiasaannya, saya beli antara RM30 dan RM40 satu plastik.

Pernah juga beli beberapa bungkus dan harga paling tinggi pun setakat kira-kira RM70. “Lebih satu plastik tu boleh dimakan untuk empat hingga lima orang. Macam mana dia hanya beli satu plastik tapi boleh kena sampai RM98,” katanya kepada mStar.

Gerai menjual sup perut di bazar Ramadan yang sering dikunjungi seorang pelanggan setia sejak bertahun-tahun.

Gieanna yang menetap di Damansara Perdana di Petaling Jaya, Selangor mempersoalkan gambar yang tular hanya menunjukkan bungkusan plastik berisi sup belum dibuka tanpa menunjukkan kandungannya. “Komen dia mengenai sup berharga RM98 yang tular di media sosial itu hanya tunjuk bungkusan plastik yang belum dibuka dari pandangan atas.

“Kenapa tak buka bungkusan tu untuk tunjuk apa isi yang diambilnya sampai kena caj RM98? Pandangan atas tu hanya nampak sup saja,” katanya sambil menegaskan bahawa dia tidak mempunyai pertalian dengan pelanggan tersebut.

Walaupun tanda harga sudah dipamerkan oleh peniaga, pelanggan ada hak untuk bertanya jika timbul sebarang keraguan

Menurut ibu enam anak itu, harga yang dikenakan tinggi sekiranya pelanggan mengambil banyak isi atau lemak seperti yang didakwanya. “Kalau dia sebut lemak maksudnya tu urat keting yang harganya memang lebih tinggi berbanding yang lain, ikut tanda harga sehingga RM18 sekeping. Dan dia cuma ambil satu keping saja sebelum ia dipotong kepada beberapa bahagian,” katanya.

Sebelum beli tanya dulu harga. Kalau ambil sikit saja takkan sampai RM98? Kalau betul dia ambil sedikit tapi kena RM98, kenapa beli juga? – GIEANNA ALI. Jika benar harga yang dikenakan melampau, Gieanna berkata, gerai tersebut sudah lama mendapat aduan atau menjadi tular sehingga menjejaskan perniagaannya.

“Gerai ni ‘legend’ dah berbelas tahun berniaga di bazar TTDI. Kalau betul harganya melampau, tak mungkin dia dapat bertahan dan orang masih datang beli. “Kalau harganya ‘cekik perut’, takkan saya masih beli dari waktu saya belum kahwin pada 2005 sampai sekarang dah ada enam anak,” katanya.

Bagaimanapun dia tidak menyalahkan pelanggan tersebut seratus-peratus kerana ia mungkin pengalaman pertamanya mengambil usus, perut dan urat keting untuk sup. Namun Gieanna berkata, sebagai pelanggan mempunyai hak untuk bertanyakan peniaga sekiranya harga yang dikenakan dianggap tidak munasabah.

“Sebelum beli tanya dulu harga. Kalau ambil sikit saja takkan sampai RM98? Kalau betul dia ambil sedikit tapi kena RM98, kenapa beli juga? “Patut tanya makcik gerai tu macam mana boleh sampai RM98. Kita ada hak sebagai pengguna, kalau harga tak munasabah boleh tanya dan minta dia buat pengiraan.

“Bukannya terus beli walaupun mahal lepas tu buat posting mengadu. Dakwaannya dibuat tanpa bukti apakah isi yang diambil. Hanya tunjuk bungkusan plastik berisi sup daripada pandangan atas sahaja jelas meragukan,” katanya.

Sumber: MSTAR ONLINE

Wanita Naik Kereta Mewah Bergaya Tapi Komplen Harga Kuih 50sen Mahal

Pakai kereta BMW, dompet LV , tudung Aryani, beli kuih tepi jalan pun nak minta diskaun ke wehhhhh. Acik kuih : eh kay, mehlah singgah ni. Acik bungkus kat kau meehon ni. Mehlah. Adui acik ni, aku tengah jogging ni lah dia panggil. Dia tak tahu ke orang jogging ni nak pakai kebaya raya ni, di ajak pulak aku melantak meehon sedap dia tuuuu. K : ala cik, saya diet ni. Acik kuih : alah, kau diet bukan kurus pun. Nah nah acik bungkus ni.

Kau suka keria kan, ni acik bagi sekali. Ada rezki kau pagi ni. K : sedang memberikan senyuman paling manis di dunia. Datang sebuah BMW merah berhenti laju di sebelah aku. “fuyooooo, BMW 7 Series oi” aku cuma bercakap dalam hati. Kalau cakap kuat nanti di katanya aku jakun pula hehehehe

Sis BMW : kuih berapa satu? Acik kuih : kuih 50 sen cik. Sis BMW : hah 50sen? Inilah orang melayu, meniaga tepi jalan pun harga macam mahalnya. Takkan karipap ni 50sen, sekejaplah saya ambil duit! Eh aku pula yang berasap tengok perempuan ni. Acik kuih cuma menunduk. Sis BMW masih membebel ke arah keretanya mencapai handbag.

Dan aku, dengan sepantas kilat terus membungkus semua kuih yang ada. Ala bukan banyak pun 15 karipap,10 keria, 20 seri muka, 20 donut, 15 popia, 30 ketayap, 15 bingka, 20 cek mek molek, 15 puteri mandi, 20 nona manis. Total tak sampai 100 pun.

Dan sis BMW datang tercengang.K : cik nah 150. 100 untuk kuih, 50 lagi belanjalah adek cantik ni meehun acik ni, rugi tak makan. Sedap. Dan berjalanlah aku berpenuh tangan ala balik pasar ramadhan.Adek bangla jalan kaki gi kerja dapat 3 pek. Abang gad 3 orang dapat 4 pek. Polis ronda dapat 3 pek. Aci india tengah jalan dapat 2 pek. Adek jalan kaki gi sekolah dapat 3 pek. Staff kat opis dapat 3 pek. Dan aku masih manis setelah belasah 5 biji kuih nona manis. Ok nyesal makan karbohidrat banyak oi

Kawan-kawan, kalau kau beli kuih tepi jalan, tolonglah jangan minta diskaun. Kalau kau rasa mahal, berlalulah pergi, tak perlu komplen perli perli.b50 sen bukan sekadar harga kuih,bTapi harga penat lelah acik tu bangun awal pagi dan tidur lewat malam setiap hari. Harga risaunya dia menampung hidup anak di rumah.

Harga kasihnya dia pada keluarga yang mengharap hasil jualan itu. Dan kau selamba herdik dia begitu. Hebat sangatkah kau? Mohon kongsikan cerita ini sebab mana tahu akak BMW tu boleh terbaca post ini hehehhe. Dan mungkin ada kawan kawan kita yang terbiasa minta diskaun begini begitu terlupa akan hal ini.

Sumber: Kamalia Kamal / susukurma

Kredit:OtakBulu via kucinghitamm