Agama Artis Kecantikkan Kehidupan

Info yang ramai wajib tahu tentang penyakit Ain. Suka tunjuk kecantikan isteri, kesegakkan suami dan kecomelan anak.

Salah satu sebab kenapa kita tak digalakkan untuk menunjuk-nunjuk adalah kerana wujudnya penyakit ‘Ain. Apa itu penyakit ‘Ain? Ramai tak tahu atau tak ambil peduli dengan penyakit ni tapi seriously, ia adalah penyakit yang sangat bahaya sebab boleh memudaratkan seseorang. Apa itu…

‘Ain: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu. Rasulullah SAW pernah berpesan: “Setiap yang memiliki kenikmatan, pasti ada yang dengki” (Sahihul Jami’ 223) Penyakit ni boleh terkena dekat sesiapa pun.

Pasangan suami isteri, keluarga, orang kaya, usahawan dan golongan lain jugak. Anak kecil pun boleh! Sebab tu dalam Islam, kita tak digalakkan untuk berkongsi gambar atau video anak selepas baru dilahirkan. Bukanlah tak boleh share langsung, tapi berpada-pada…

Anak kecil terkena…

Pernah tengok kan anak kecil menangis atau meraung yang luar biasa? Menurut Facebook post ni, penyakit yang terkena pada kanak-kanak tidak semestinya boleh dirawat dengan ubat-ubatan dari doktor. Ada juga sebab syar’i iaitu penyakit ‘Ain ni lah. Sebagaimana pernah terjadi di zaman Rasulullah SAW. Beliau pernah melihat anak perempuan di rumah Ummu Salamah istri beliau. Di wajah anak itu ada warna kehitaman. Beliau kemudian berkata kepada Ummu Salamah,

“Ruqyahlah dia, kerana dia terkena ‘ain.” (H.R Bukhari dan Muslim) Suami isteri pun kena? Ye, suami isteri pun boleh kena penyakit ni. Mana-mana pasangan pun boleh terkena kalau kebahagiaan mereka dicemburui orang lain dalam diam. HANYA MELALUI GAMBAR SAHAJA.

Sebagai contoh, tweet ni yang tunjuk gambar pasangan suami isteri bersama bayi kecil mereka jadi sasaran penyakit ‘Ain. Antara perkataan yang tertulis dekat gambar tu adalah, TALAK, KEBENCIAN dan PISAH. Jangan terlalu menunjuk kecantikan isteri, kesegakan suami, kecomelan anak, kecanggihan gajet, kemegahan kereta yang kita ada.

Semua mengundang pandangan yang buruk. Kadang-kadang kita tak sedar, kita pandang sesuatu dengan iri hati serta rasa dengki. Pendek cerita, penyakit ‘Ain ni memang wujud dan bukannya sesuatu yang tidak sahih atau khurafat. Kalau nak tahu, penyakit ni boleh juga terjadi daripada padangan yang penuh kekaguman tanpa disertai rasa dengki, malah boleh terjadi dalam kalangan orang yang soleh.

Rasulullah SAW pernah mengesahkan tentang Al-‘Ain ini dalam beberapa hadis. Antaranya : “Mintalah pertolongan kepada Allah daripada Al-AIn (mata jahat) kerana ia adalah benar”. (Riwayat daripada Aisyah). “Al-Ain adalah benar, jika ada sesuatu yang mendahului qadar, ia akan didahului oleh al-ain. Apabila diminta bagi mandi, maka mandilah”. (Riwayat Muslim).

Macam mana nak elak?

Antara doa-doa yang boleh kita amalkan untuk hindari diri dan orang tersayang daripada terkena penyakit ‘Ain adalah: Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan syaitan, binatang beracun dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.” (HR. Bukhari dalam kitab Ahaditsul Anbiya’: 3120)

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.” (HR. Muslim 6818) Boleh juga amalkan doa yang dibacakan oleh malaikat Jibril alaihissalam ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat gangguan syaitan, iaitu:

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu.”

sumber: mstar

Menunjuk-nunjuk tidak kena tempat

SEMASA kecil, sebahagian besar daripada kita pasti terdidik dengan budaya merendah diri, bertimbang rasa, jauh sekali menunjuk-nunjuk apa yang kita miliki. Secara peri­badi, saya masih terkenang-kenang peringatan emak. Jika makan benda sedikit yang tidak mampu dikongsi ramai, jamah sahaja di dalam rumah.

Jangan sesekali tunjuk kepada kawan, kasihan jika dia teringin. Emak cukup bimbang jika perbuatan saya itu akan memberi kesan psikologi yang buruk kepada rakan sekali gus menyusahkan ibu dan bapanya rakan tersebut. Hakikatnya, sejak dahulu lagi orang Melayu merupakan kelompok yang tidak suka bersikap sombong, di sam­ping sering mengamalkan nilai merendah diri.

Antara peri­bahasa yang menerangkan pemikiran tersebut adalah bawa resmi padi, makin berisi makin menunduk (makin ba­nyak ilmu atau tinggi pangkat makin merendah diri). Perbandingannya pula adalah jangan sesekali ikut resmi jagung, makin berisi makin jegang (makin kaya, berpangkat, berilmu, makin berlagak sombong).

Pada masa sama, sebagai seorang Melayu yang berpegang kepada ajaran Islam, kita juga dilarang sama sekali bersifat riak dan cuba menunjuk nunjuk. Justeru, tidak hairanlah jika kita dapat melihat ramai individu berpengaruh, cemerlang dalam bidang tertentu di sekeliling kita yang masih memperlihatkan sifat me­rendah diri yang tinggi,

jauh sekali bersifat bongkak. Walaupun bergelar ilmuwan yang bijak pandai, usahawan sukses bertaraf bilionair atau ulama hebat dalam bidang­nya, tidak pernah kita mendengar mereka mendabik dada memperkecilkan kemampuan orang lain. Membaca kisah kejayaan taikun Melayu terkemuka,

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary hakikatnya menye­darkan kita bahawa kerja keras, iltizam untuk berjaya dalam melakukan sesuatu adalah tidak memadai. Sebaliknya, menurut beliau, setiap usaha itu mesti dilaksanakan dengan tawaduk, jauh sekali sombong membangga diri. Pastinya, sehingga kini, taikun bumiputera hebat itu tidak pernah memaparkan koleksi jam tangan atau harta peribadinya,

apatah lagi memaparkan penyata caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja beliau kepada umum! Namun hari ini, pada zaman penggunaan media sosial yang semakin meluas dan tiada sempadan, budaya merendah diri dalam kalangan mereka yang berjaya nampaknya semakin sukar untuk dipatuhi.

Facebook, Twitter, Instagram dan aplikasi-aplikasi lain menjadi tempat mereka yang sukses ini ‘berkongsi’ apa yang mereka miliki kepada umum. Jika matlamat perkongsian sekadar hendak menaikkan semangat masyarakat untuk berjaya seperti mereka, silakanlah. Kongsilah sebanyak mana yang mahu. Tetapi malangnya ada segelintir yang suka menunjuk-nunjuk, namun tidak kena tempat.

Lebih malang, ada yang tidak kaya atau berjaya setara mana pun, sombong saja yang lebih. Baru-baru ini, tular seorang individu yang mendakwa memiliki lebih lima buah rumah kos rendah dan sederhana (yang kemudiannya disewakan) diserbu warganet. Dalam negara yang mengamalkan ekonomi bebas, tidaklah menjadi kesalahan pun seseorang itu memiliki banyak rumah.

Mahu miliki 100 buah rumah pun tidak menjadi masalah. Namun yang tidak manisnya adalah apabila dia mempersoalkan mengapa kalau dia mampu, kenapa orang lain tidak? Pernyataan itu bukan sahaja membangga diri, sombong tetapi juga memperlekeh kemampuan orang lain pada ketika semua maklum,

rumah kini melampau-lampau harganya. Berkata seorang alim, Syeikh Abdul Qadir Dastuti: “Seorang hamba (Allah) tidak patut berbangga dengan ilmu, harta dan kuasa yang dimilikinya sebelum ia selamat melintasi titian sirat. Apa guna pujian manusia jika kita tetap terjatuh ke dalam neraka pada hari kiamat nanti?”

Menunjuk-nunjuk, membangga diri atas sesuatu, khususnya perkara yang sukar dimiliki orang lain, bukanlah tindakan yang bijak sebalik­nya memperlihatkan kedangkalan sikap kita memahami kesusahan, keperitan hidup mereka yang kurang mampu!

Sumber: kosmo online