Isteri Amar Alfian dedah perbualan wasap sebagai bukti pernyataan suaminya curang dan bukan rekaan semata mata.

Artis Kehidupan Keluarga Kisah Rumah Tangga Pelik Tapi Benar Penceraian Perkahwinan Terkini

EPISOD krisis rumah tangga Ammar Alfian terus berlarutan apabila isterinya, Nelissa Nezam sekali lagi tampil membongkarkan perlakuan curang pelakon itu.Kali ini Nelissa lebih berani apabila turut mendedahkan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara mereka berhubung isu berkenaan.

Menerusi posting di Instastory, Nelissa mendakwa suaminya itu memutar belit permohonan maaf yang dibuat sebelum ini.“Saya tidak akan duduk dan berdiam diri ketika si penipu, curang ini memanipulasi dan memberi gambaran seolah-olah saya pula yang menipu.

“Kamu fikir saya ada masa dan tenaga untuk menuduh suami sendiri berlaku curang sewaktu saya sedang hamil?“Mereka bukan bodoh untuk menilai kamu yang pernah ada rekod lampau. Saya tidak terkejut sekalipun dia sudah memperbodohkan saya selama tiga tahun,” katanya.

Nelissa memuat naik perbualan Whatsapp antara dia dan suaminya, Ammar Alfian.Nelissa menjelaskan perkara itu selepas berang dengan kenyataan Ammar sebelum ini yang menafikan dakwaan isterinya itu.Selain itu, Ammar menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya juga adalah fitnah.

Berasa berang dengan tindakan suaminya itu, Nelissa turut memuat beberapa paparan skrin Whatsapp yang menunjukkan Ammar mengakui meniduri wanita berkenaan dan memohon maaf terhadap isterinya itu.Dalam pada itu, Nelissa berkata, suaminya itu sendiri telah mengakui pernah meniduri wanita berkenaan ketika sedang sarat mengahamilkan anaknya.

Malah dia turut menyifatkan aktor filem Paskal itu sebagai seorang pengecut.“Jangan pernah sesekali pun fikir saya mengambil ringan dengan menuduh dia telah berlaku curang jika saya tidak pasti bahawa ia adalah benar.“Lagipun dia sendiri sudah mengaku kepada saya.

“Pengecut ini takut kerana penipuannya selama ini berbalik padanya. Jangan berpura-pura menjadi mangsa,” katanya.Nelissa menjelaskan kenyataannya sebelum ini adalah benar dan bukannya fitnah.Selain itu, Nelissa menegaskan kenyataan yang dibuat sebelum ini adalah benar dan bukannya fitnah yang dilempar terhadap suaminya.

“Apa yang telah saya nyatakan bukan fitnah! Jangan sesekali putar belit permohonan maaf saya dan buat saya kelihatan seperti penipu.“Sebelum ini saya meminta maaf kerana bersikap secara tidak rasional kerana mengutamakan anak kita dan berasa kasihan terhadap kamu.“Saya tak perlukan kamu untuk memaafkan saya. Seharusnya kamu yang bimbang untuk mendapatkan kemaafan kerana ini melibatkan kehidupan dan masa depan saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Alfian difitnah! Cerita curang hanya spekulasi… “Saya maafkan isteri”

SELEPAS pelbagai spekulasi mengenai dakwaan berlaku curang terhadap isteri yang sarat mengandung, pelakon Ammar Alfian akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar.Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Ammar berkata isterinya iaitu Nelissa Nezam turut mengakui kesilapan selepas menghebohkan dakwaan berkenaan di media sosial.

“Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu.“Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.“Saya juga memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya,” katanya.

Isteri Ammar, Nelissa Nezam kini hamil enam bulan.Ammar memuat naik kenyataan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.Bagaimanapun dia memadam kenyataan itu selepas lima minit.Dalam pada itu, Ammar turut mengakui telah menyekat beberapa akaun peminat termasuk rakan yang dirasakan menentang dirinya.

“Anda memilih untuk percaya kenyataan sebelah pihak sahaja.“Kepada rakan mahupun mereka yang berpura-pura, jika anda disekat atau saya tidak megikuti anda, ia bermaksud saya tahu anda berdiri untuk menentang saya.“Saya maafkan anda semua tetapi saya tidak akan pernah melupakan… Terima kasih,” katanya.

“Ramadan tahun ini menguji saya dengan cara yang tidak dijangka. Saya dapat tahu suami yang dikahwini selama tiga tahun telah berlaku curang ketika saya sedang sarat mengandungkan anaknya.“Saya tidak pernah tahu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan.

Perkongsian Nelissa sebelum posting ini dipadam.“Tapi saya percaya bahawa semuanya berlaku dengan alasan dan Allah mempunyai rencana yang lebih baik untuk saya dan bayi dalam kandungan ini,” katanya.Pendedahan ini dibuat Nelissa di Instagram pada Isnin.Bagaimanapun posting berkenaan dipadam selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Terdahulu, isteri aktor itu mendedahkan suaminya, Ammar beraku kurang terhadap selepas membina mahligai selama tiga tahun.Lebih memeritkan apabila perkara itu diketahui Nelissa ketika sedang sarat hamil enam bulan.Nelissa dan Ammar, 32, mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 secara tertutup tanpada sebarang publisiti kepada pihak media.

Sumber : mStar

Isteri Amar Alfian Dedah Kelakuan Suaminya Yang Kantoi Curang Ketika Dirinya Sedang Mengandung 6 Bulan.

Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam mendakkwa suaminya cuurang ketika dirinya sedang hamil enam bulan.Pendedahan terbabit dibuat oleh Nelissa menerusi sebuah entri terbaru di akaun Instagram miliknya.Nelissa memuat naik foto alat penguji kehamilan bersama kapsyen panjang lebar.

“This Ramadan has tested me in ways I never thought I would be tested… Unfortunately I found out my husband of 3 years cheated on me while I was 6 months pregnant with his child.“When I found out, it felt like my whole world had come crashing down and that I would not have the will to get through it.

“Thankfully I’m finding the strength in me through the support of close family and friends that is helping me pick up the pieces that he so carelessly br0ke.“I never knew I was married to someone that is capable of such a heartless act. But I believe that everything happens for a reason and that Allah has better plans for me and my baby.

“Even though this Ramadan has been the toughest for me to endure, I’m thankful for all that it has thought me and will continue to teach me. It will only get better from here, Insya-Allah. #singlemother,” tulis Nelissa.Menerusi pemerhatian di di laman Instagram Nelissa, wanita itu telah memadamkan fotonya bersama Ammar.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Nelissa memohon agar wanita itu tabah menghadapi dugaan.Buat masa ini, Ammar belum memberikan sebarang komen berkenaan dengan perkara ini.Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kandungan ini merupakan kehamilan pertama Nelissa semenjak berkahwin.

Sumber : Astrogmpak

Peminat tak nak tahu kisah saya – Ammar Alfian

KUALA LUMPUR: Pelakon kontroversi, Ammar Alfian, 29, percaya peminat sudah tidak lagi berminat untuk mengetahui cerita mengenai dirinya.Justeru, Pelakon KL Gangster 2 itu berasakan, tiada apa lagi kisah berkaitan dengannya yang perlu dikongsi bersama media.

Ammar berkata demikian menerusi mesej dikirimkan melalui aplikasi WhatsApp kepada BH Online apabila diajukan pertanyaan sama ada dirinya mempunyai kelapangan untuk ditemubual.”Kalau setakat nak jumpa, boleh, tetapi tak payahlah nak buat cerita fasal saya. Setakat lepak boleh saja. Orang pun sudah tak mahu tahu fasal saya,” katanya.

Sebelum itu, Ammar memberikan persetujuan untuk berbuat demikian, namun tidak lama kemudian beliau memohon maaf dan membatalkannya secara baik.Nama pelakon drama Abong Sado Jemur Kain terbabit hangat kembali baru-baru ini apabila dirinya turut terkait dengan isu penyebaran

gambar tidak berpakaian yang didakwa mirip pelakon Idris Khan dan Atikah Suhaime.Lelaki berbadan sasa itu dikatakan menjadi dalang kepada penyebaran gambar kontroversi berkenaan. Namun, Ammar menerusi laporan media sebelum ini sudah menafikan perkara terbabit.

Ammar sendiri sejak akhir-akhir ini agak sepi daripada dunia hiburan selepas berkahwin dengan wanita bernama Nelissa, 25 tahun, di Johor Bahru. Beliau kini menetap di Melbourne, Australia, dan dalam proses memohon untuk menjadi pemastautin tetap negara itu.

Sejak September lalu Ammar pulang ke tanah air bagi menyambut Aidiladha bersama keluarga. Ketika artikel ini ditulis, Ammar masih berada di Malaysia dan sempat memuat naik gambar bersama isteri ketika berada di Masjid Kristal, Terengganu.Ammar juga sempat menulis keterangan gambar di laman sosialnya yang memberikan bayangan seolah-olah beliau

kini mula berfikiran positif. Pelakon terbabit seakan-akan enggan lagi melayan cerita tidak berfaedah, termasuk kisah sensasi terbaharu mengaitkan namanya. Selain itu, Ammar juga mahu membuka buku baharu dalam hidupnya bersempena sambutan Maal Hijrah, baru-baru ini.

“Bersyukur dengan apa yang kita ada, hidup ini tak lama. Kurangkan persepsi negatif dan sentiasa berfikiran positif. Insya-Allah, hidup kita akan aman dan bahagia.”Buka buku baharu. Mulakan penghijrahan ke arah yang lebih baik. Hijrah itu tak susah. Susah itu datang daripada fikiran kita. Betulkan niat. Insya-Allah, kita akan dilindungi dan dibawa ke jalan yang benar,” tulisnya.