Isteri diminta tuliskan satu perkataan yang menggambarkan perkahwinan mereka, dia tuliskan 7 perkataan yang buatkan suaminya hampir pengsan.

Kehidupan Keluarga

Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan. Berita baik itu boleh datang dalam pelbagai cara. Bakal ibu ini menyampaikan berita dengan cara yang paling bermakna buat suaminya dalam satu sesi fotografi.

Dalam kegembiraan menyambut ulangtahun perkahwinan pertama mereka dengan rakaman foto, suami ini tidak menyangka akan menerima kejutan berita gembira dari isterinya. Dan reaksinya dirakam jurufoto. Selama tempoh sembilan bulan, Eric dan Kellyn Wilkes telah mencuba untuk memiliki anak sendiri dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan apabila Kellyn akhirnya hamil.

Namun begitu, berita ini perlu dirahsiakan dari Eric sementara beliau merancang satu kejutan. Bakal ibu yang berusia 30 tahun ini telah menghubungi jurufoto Callie Beale dan mereka telah bersetuju untuk merancang satu saat untuk memberitahu Eric akan berita kehamilannya dengan cara yang paling indah dan tidak akan dapat dilupakan.

Kellyn telah meyakinkan Eric, 36 tahun untuk mengambil bahagian dalam satu sesi fotografi penting dengan mengatakan yang ia perlu sebagai sebahagian dari sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember tahun lalu dan jurufoto Callie Beale telah meminta pasangan ini menulis satu perkataan yang menggambarkan kehidupan perkahwinan mereka pada tahun pertama di atas papan tulis.

Callie memberi idea, mereka akan mengadap satu sama lain, dan akan membalikkan papan tulis tersebut untuk dibaca, lalu Callie akan menangkap serta merakam reaksi dan saat tersebut. Sementara Eric menurut arahan Callie dengan menulis satu perkataan iaitu “memenuhi”, Eric tidak mempunyai idea langsung yang isterinya telah memecahkan satu perkataan yang dipersetujui mereka itu kepada tujuh perkataan.

Kellyn telah menulis dengan cantik di atas papan tulis tersebut, “Akan datang kamu akan menjadi seorang AYAH “. Apabila tiba giliran Kellyn untuk membalikkan papan tulis tersebut, kita dapat melihat bahawa sesi fotografi ini adalah satu saat untuk diingati. Reaksi Eric apabila membaca perkataan pada papan tulis tersebut merupakan satu saat yang tidak boleh dilupakan dan tidak dijangka.

Kellyn memberitahu majalah PEOPLE akan reaksi suaminya, “Apa yang pasti, saat ini adalah antara saat yang paling indah dan terbaik pernah berlaku dalam kehidupan saya.” Kellyn berkata, “Eric sangat bijak dan nalurinya selalu dapat mengesan sesuatu dengan cepat dan tidak mudah menerima kejutan. Jadi, apabila saya berpaling dan melihat wajahnya, saya tahu yang saya telah membuatnya berasa sangat terkejut dan gembira. Dan reaksinya telah memberi kegembiraan kepada saya.”

Pengumuman berita gembira itu telah membuat Eric berasa terpegun dan hilang kata-kata kerana beliau terlalu gembira untuk menerima hakikat dirinya akan menjadi seorang ayah kelak. Kellyn berkata, “Eric begitu teringin menjadi seorang ayah buat sekian lama. Kami telah mencuba untuk jangka masa yang lama dan sememangnya menantikan berita gembira ini. Apabila mendapat berita ini, Eric berasa terkejut dan beliau memerlukan sedikit masa untuk menerima dan mempercayainya.”

Menurut Kellyn lagi, “Kami berasa terharu dan menitiskan air mata apabila berita itu telah diketahui. Pada malam tersebut, Eric masih tidak mempercayai dan berasa sangat teruja bahawa beliau akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi.”

Tahniah kepada Kellyn dan Eric Wilkes yang akan menjadi ibu dan bapa tidak lama lagi. Anda berdua telah merakamkan saat dan memori paling berharga dalam foto yang cantik, dan lebih banyak memori indah akan menyusul lagi selepas ini.

Kredit imej: Kellyn Carter Wilkes / Callie Beale

Artikel lain : Bagi Pasangan Yang Masih Belum Dapat ZURIAT, USTAZ Pesan Satu SYARAT Mudah Kalau Nak ANAK Cepat..

Minggu lalu ramai warganet bersimpati dengan luahan hati pengacara, Farah Adeeba yang memberitahu dirinya gagal dalam rawatan menjalani rawatan IVF. Dia yang sudah 14 tahun berumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun dia dan suami tidak pernah berputus asa mencuba untuk hamil, walaupun telah mempunyai dua cahaya mata angkat.

Mungkin belum rezekinya untuk dapat zuriat sendiri dan disuruh menjaga amanah Allah itu terlebih dahulu. Admin suka dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh pasangan ini. Kita doakan agar satu hari tercapai juga hasrat Farah dan suaminya untuk mempunyai zuriat dari daging sendiri.

Bukan pasangan ini sahaja yang belu dikurniakan anak, tetapi ramai lagi suami isteri yang masih menanti kehadiran zuriat. Admin terbaca perkongsian seorang lelaki bernama Mizan As-Syatirie ini yang menceritakan pengalaman hidup berumah tangga selama lapan tahun tanpa cahaya mata dan perkongsiannya menarik perhatian hampir ribuan warganet.

Dalam postingnya, dia memberikan tip yang paling berharga kepada pasangan yang ingin memiliki cahaya mata. Dia menulis posting itu dua tahun lalu tetapi apa yang ditulis masih boleh kita amalkannya hingga sekarang. Moga dengan perkongsian ini dapat anda jadikan panduan dalam melayari bahtera rumahtangga bersama pasangan tercinta, terutama bagi yang masih belum dikurniakan zuriat.

Coretan Malam…

Dulu hampir 8 tahun atok dan wife takde zuriat.. Boleh dikatakan setiap bulan, bila nampak wife tak solat, atok tau dia tgh uzur.. Maksudnya tak sangkut lagi ler… Memula tu memang terasa.. Lama-lama tu dah jadi biasa.. Tak mengharap langsung pun.. Setakat org tanya2 ni, kami buat bodoh je.. Lantak ler nak tanya apa pun.. Paling tinggi kami senyum je.. Jawab karang, kasar bunyi nyer..

Memula dulu kalau pergi Parkson, memang elakkan lalu kat bahagian baju bebudak.. Janggal.. Pastu kami ubah cara kami.. Kami belek baju2 comel tu.. Kami masuk kedai baby berangan mcm ada anak sendiri.. Satu hari wife cakap, dia nak beli baju2 ni.. Nak hadiahkan kat anak-anak buah.. Atok cakap sukati la.. Daripada baju, mainan sampai ke barang kemas dia belikan.. Suka dia bila tengok anak buah bergaya..

Dia kalau nampak ada baby kecik, tak kira anak siapa, dia akan bagi duit “tilik bayi”.. Paling sikit RM5.. Amek berkat kata dia.. Atok plak, kalau pegi 7E ke, ada bebudak dengan mak bapak dia nak beli jajan, kalau waktu tu ada duit lebih, atok akan bayarkan.. Pastu pegang kepala budak tu.. Amek berkat..

Kata orang, budak memang taktau nak do’akan kita lagi.. Tapi dorang ni suci.. Takde dosa.. Malaikat yang akan do’akan kita bagi pihak dia.. Pastu macam2 ikhtiar la kami cuba.. Buah zuriat daripada Mekah, berurut sana sini, jamu tu jamu ni, supplement tu supplement ni, pegi jumpa ramai gynea… Tapi nan hado!

Pastu ada sorang Ustaz ni bagitau atok.. Kalau nak cepat dapat anak, satu je syaratnya.. ISTERI KENA BEBETUL RASA BAHAGIA.. JANGAN MARAH-MARAH DIA.. KENA MANJAKAN DIA.. Pastu, dengan rasa terpaksa (hehehe) atok mula manjakan wife.. Orang pompuan ni adat le.. Bila kena manja, kadang2 kepala tu jadi sikit besarlah.. Hehehe.. Tapi atok sabar.. Layankan je.. Daripada terpaksa, lama-lama jadi rela.. Sebab bila isteri ni bahagia, dia akan layan suami dia mcm raja.. Atok gak yang untung.. hehehe..

AlhamduliLLaH, pastu ALLaH hadirkan budak kuntet sorang ni dalam hidup kami.. Bermula la episod kami bertiga pula setelah sekian lama hidup berdua.. Jadi, kepada pasangan yg masih menanti zuriat, InshaALLaH rezeki korang ada.. Ikut je petua-petua ni eh..

Sumber dari Facebook Mizan As- Syatirie