Isteri hairan dan pelik apabila kawan selalu sangat datang ke rumah, satu hari semuanya terbongkar.

Kisah Rumah Tangga Tips

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Isteri Hairan Kawan Selalu Datang Rumah, Semuanya Terbongkar Satu Hari. Saya nak ceritakan pengalaman saya selama hidup berumah tangga ni. Saya dan bekas suami kahwin muda, kerana tuntutan kerja kami terpaksa pjj faktor ni pun sebab masalah gaji suami yang tak cukup dan saya tak boleh nak berhenti kerja sesuka hati sebab beberapa bayaran utama tiap-tiap bulan saya yang kena bayarkan.

Hidup kami berjalan seperti biasa, setiap hujung minggu kami akan berjumpa suami di selatan saya di pantai timur.Tapi betul kata orang naluri isteri tak akan pernah silap tentang suaminya. Saya dah mula syak suami saya selngkuh dengan kawan saya sendiri jugak tu. Masa suami saya takda dia boleh datang rumah saya tanpa ada rasa bersalah.

Mungkin Allah nak tunjuk kot, suami saya dengan perempuan tu kena tangkap basah. Berderai hati saya masa tu Allah saja yang taw dia merayu untuk saya terima dia lagi sampai sanggup bersumpah junjung Al-Quran yang dia takkan lagi buat perangai macam tu, yang dia takkan lagi contact dengan perempuan tu.

Saya sanggup letak tepi sakit hati saya, air mata saya sebab fikir sayangkan rumah tangga walaupun suami buat saya macam tu sikit tak pernah terdetik kat hati saya untuk selingkuh dengan suami tapi benda ni tak habis dekat situ masih lagi jadi.

Sampai 1 hari tu saya terjumpa fon yang dia sorok untuk berhubung dengan perempuan tu. Paling luluh lagi hati saya siap ada gambar dia dengan perempuan tu dalam keadaan yang tak sepatutnya tapi saya tak taw la mana silap saya sampai saya boleh lagi maafkan dia lagi. Saya sanggup lagi ketepikan rasa sakit saya tu, air mata ni jangan la cakap Allah saja tahu macam mana perit nya saya telan.

Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan perbelanjaan saya yang tanggung sebab gaji suami sikit sebab dia da wat loan peribadi dulu. Salah saya mungkin sebab terlalu sayangkan suami sampai saya sanggup biarkan hati saya sakit.

Kemuncak saya nekad untuk berpisah bila suami kahwin di siam sebab perempuan tu dah mengandung. tuan dan puan taw saya masa taw tu sikit pun saya tak sentuh atau jentik perempuan tu yang saya mampu katakan “demi Allah sampai bila bila aku takkan maafkan hang” dan mungkin part paling bodoh lagi time tu saya masih lagi sanggup nak terima suami dengan syarat dia lepaskan perempuan tu. Mesti tuan dan puan rasa saya bodoh kan??? tapi semua tu atas sebab saya sayangkan suami.

Satu hari tu masa perempuan tu dah bersalin saya ada p tengok baby tu. Masa tu Allah ja taw macam mana hati saya menangis tengok baby tu. Masa tu saya dah tekad baby tu dan perempuan tu lebih perlukan saya sebab perkahwinan saya dan suami belum dikurniakan anak biarlah saya yang undur diri. Saya minta suami lepaskan saya, berubah la jadi suami dan ayah yang terbaik untuk keluarga yang baru ni.

Saya dah cakap dekat suami yang saya dah maafkan dia sebab baik buruk dia, dia tetap lelaki yang pernah jadi sebahagian dari hidup saya cuma untuk saya maafkan isteri baru dia tu mungkin agak susah tapi untuk saya bangun balik dari ape yang jadi bukanlah mudah.

Keluarga kawan-kawan saja yang tahu macam mana derita untuk saya bangun balik tapi alhamdulilah kini saya boleh kembali bangun, boleh kembali senyum dengan hidup sebab saya percaya selepas apa yang Allah duga saya ni pasti akan ada bahagia untk saya selepas ni. Sebelum kantoi diaorang kahwin saya pernah mimpi suami bawa perempuan tu pergi klinik buat pemeriksaan ibu hamil, besar betul kuasa naluri hati yang tuhan anugerahkan buat isteri.

8 Tanda Suami Curang Yang Isteri Selalu Tak Perasan

Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mengimpikan hidup bahagia tanpa kehadiran orang ketiga dalam perhubungan. Namun, resmi hidup. Bukan semuanya indah. Ada di antara kita yang diuji dengan kehadiran orang ketiga di dalam rumah tangga. Kebiasaannya naluri seorang isteri sangat kuat.

Kalau ada sesuatu perkara yang dilakukan oleh suami di belakangnya, sedikit sebanyak naluri isteri akan dapat mengesannya. Anda rasa tak sedap hati? Rasa macam suami anda sedang main kayu tiga? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tanda suami curang sebagai panduan anda.

1. Handphone dikunci dengan password

Apabila anda berumah-tangga, bermakna anda berkongsi hidup dan berkongsi segalanya. Anda  oleh mengakses handphone suami anda pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan. Kalau tiba-tiba hanphone suami anda dikunci dengan password, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Suami anda takkan mengunci handphone dengan password melainkan ada rahsia yang disorok dalam handphone dan tidak mahu anda menemuinya.

2. Tidak membenarkan anda memegang handphonenya

Tanda suami selingkuh yang kedua ialah secara tiba-tiba anda tidak dibenarkan untuk menyentuh handphone dia. Kalau selama ni anda bebas menggunakan handphone suami anda, tapi sejak akhir-akhir ini anda dimarahi setiap kali memegang handphone dia, ini adalah petanda yang sangat kuat bahawa suami anda bermain kayu tiga di belakang anda.

3. Berkepit dengan handphone 24 jam

Naik hairan anda dibuatnya, sejak akhir-akhir ini suami anda tak  boleh berenggang dengan handphone nya. Masuk ke dapur bancuh air, bawa handphone. Nak mandi pun bawa handphone. Waktu malam bila tidur, pun bersama handphone yang diletak di bawah bantal. Dahlah 24 jam berkepit dengan handphone, mesej pula tak putus-putus masuk. Macam lipas kudung tangan suami anda menaip mesej, Jika ini berlaku, jangan dibuarkan. Kemungkinan besar suami anda sedang berbalas mesej dengan perempuan lain secara sembunyi-sembunyi di hadapan mata anda.

4. Mesej dan call history selalu dipadam

Orang yang memadam mesej dan call history handphone sebelum balik ke rumah pastinya ada rahsia yang ingin disembunyikan. Kalau bukan nak sembunyikan rahsia, kenapa perlu berusah-payah nak memadam semua rekod aktiviti anda di handphone sepanjang hari semasa berada di luar rumah? Bukanlah kami nak menghasut anda, tapi bagi kebanyakan kes suami selingkuh, ini adalah salah satu daripada tanda yang berlaku tetapi diabaikan oleh para isteri.

5. Duduk jauh dari anda semasa berbalas mesej

Biasanya bila balik ke rumah selepas seharian di pejabat, pasangan suami isteri akan duduk bersama untuk melepaskan rindu. Bersembang tentang apa yang berlaku sepanjang hari. Berkongsi cerita jika ada perkara kelakar atau pelik yang berlaku. Ini adalah suasana normal dalam rumah tangga yang harmoni dan bahagia.

Namun, kalau sejak akhir-akhir ini suami anda kerap duduk jauh dari anda sambil tangan ligat menaip mesej di handphone, hati-hati. Pasti suami anda sedang bermesej dengan seseorang yang dia tidak mahu anda ketahui. Secara logiknya, kalau suami anda sedang bermesej dengan rakan-rakan yang biasa, kenapa perlu duduk jauh dari anda seolah-olah taknak anda membaca apa yang ditulis?

6.  Berbalas mesej sehingga lewat malam

Biasanya pasangan suami isteri akan masuk tidur bersama setiap malam. Sementara melelapkan mata, anda pasti akan berpelukan sambil bersembang dari hati ke hati. Sebelum tidur merupakan saat intim suami isteri yang sangat istimewa. Namun, kalau sejak akhir-akhir ini suami anda memilih untuk memegang handphone daripada meluangkan masa bersama anda sebelum tidur, kami tak salahkan anda kalau anda berkecil hati.

Lagi-lagi kalau suami anda kelihatan terlalu kushyuk mengadap handphone sehingga lewat malam. Lampu bilik dah ditutup, yang anda nampak cuma wajah suami tercinta yang diterangi cahaya samar dari skrin handphonenya yang dimalapkan.

Sebagai seorang isteri, pastinya anda akan tertanya-tanya dengan siapa suami anda berbalas mesej sehingga lewat malam. Apa yang penting sangat sampai tak sempat tunggu pagi esok? Mungkin anda tak mahu memikirkan yang bukan-bukan, jauh sekali daripada berburuk sangka kepada suami sendiri.

Tapi kami perlu ingatkan anda. Perbuatan suami anda adalah tidak normal. Tiada sahabat atau rakan sekerja yang akan berbalas mesej selama berjam-jam sehingga lewat malam. Itu adalah perbuatan mereka yang sedag hangat dilamun cinta. Tak ingat saat anda sedang kemaruk bercinta dulu? Macam inilah keadaannya.

7. Mengadap handphone sambil tersenyum lebar

Sudahlah 24 jam berkepit dengan handphone. Handphone dikunci dengan password yang anda tak tahu. Tangan tak henti-henti menaip mesej. Kalau anda cuba nak pegang handphone dia, suami marah. Anda makin curiga bila melihat wajah suami yang tersenyum lebar sambil mengadap handphone. Pasti anda tertanya-tanya siapa yang dah berjaya menghiburkan suami anda? Siapa yang sedang membuatkan suami anda tersenyum?

Sedarlah. Ini adalah di antara tanda paling nyata yang menunjukkan bahawa suami anda ada wanita lain dalam hidupnya. Tak perlu tunggu sehingga anda jumpa kesan lipstick atau tercium bau perfume wanita lain pada baju suami anda.

8. Menjawab panggilan telefon jauh daripada anda

Semasa berada di rumah, kalau suami anda pergi jauh supaya anda tak dengar perbualannya di talian, ini adalah satu lagi tanda yang suami anda selingkuh. Selama ini, setelah sekian lama anda bersama, tak pernah sekali pun suami menjawab panggilan telefon dengan cara sebegini rupa. Kenapa tiba-tiba tak mahu anda dengar apa yang dibualkan?

SUMBER : Bidadari