Kisah Rumah Tangga

Isteri jumpa barangan wanita dalam kereta suami, isteri tak sangka suami sanggup main belakang bersama kawan baik isteri sendiri. Akhirnya tak sangka ini yang terjadi.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Isteri menemui pelembab bibir dan botol losyen di dalam kereta suami, suami cvrang bersama kawan baik sendiri.

“Kisah ini saya kongsikan pada kau sebab saya tahu melalui kau, orang ramai akan tahu keperit4n saya. Terima kasih Nad. Moga ini boleh membuka mata para wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati walaupun dengan orang yang amat kita kenali.” – Liza

2013. Impian untuk bersatu dalam ikatan perkahwinan jadi kenyataan. Saya dan Max bersatu dalam ikatan yang memang direstui kedua orang tua kami dan ahli keluarga yang lain. Saya tinggalkan semua impian saya di belakang iaitu ingin miliki perniagaan sendiri. Saya ikut langkah Max berpindah ke tempat lain.

Di awal usia perkahwinan kami, semuanya memang indah. 2 tahun pertama, kami diiuji bila saya mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Kesihatan saya semakin merosot. Tapi layanan Max masih sama seperti dulu, tak pernah berubah. Dia sentiasa ada bersama saya. Kami masih bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang kami hadapi.

Suatu hari, saya menerima panggilan telefon daripada rakan baik saya sejak zaman sekolah lagi. Maria menelefon saya dalam nada suara ketakutan dan menangis. Saya jadi risau. Saya tanya ada apa dan dia di mana. Dia katakan dia ada di rumah sewanya. Saya terus bergegas ke sana bersama Max. Kebetulan Max ada di rumah.

Sampai di sana, saya terkejut tengok keadaan rumah Maria yang tidak berkunci. Berselerak dan segala pasu bunga pecah. Saya terus mencari di mana Maria. Dia bersembunyi di dalam bilik tidurnya. Wajah Maria lebam dan kemerahan. Lehernya juga ada kesan merah. Saya menjerit terus peluk Maria yang saya sudah anggap seperti adik saya sendiri.

Max menelefon pihak polis. Maria tidak mahu menceritakan hal yang berlaku kepada saya. Saya faham kerana dia masih trauma. Kami menghantar dia ke hospital untuk rawatan lanjut. Sepanjang dia dimasukkan ke hospital, saya yang menjaga dia siang dan malam. Selepas 3 hari, barulah Maria buka mulut apa yang terjadi. Saya tak mampu berkata apa-apa. Saya memang tak suka tunang Maria sejak dulu sebab perwatakannya yang kasar dan amat menjengkelkan. Keluarga Maria juga tak pernah merestui hubungan mereka.

“Aku tak tahu apa nak buat, Liza. Aku takut. Selama ni dia cuma tinggi suara saja. Sejak dua tiga bulan ni, dia mula angkat tangan dan beduk aku. Paling teruk 3 hari lepas, dia ambil pisau dan ugut nak bahayakan nyawa aku. Kami bergaduh besar sampai habis semua barang dalam rumah dipecahkan.” Maria menceritakan segala yang terjadi dengan esak tangisnya.

“Jangan takut. Aku ada. Max dah lapor pada polis. Tunang kau sedang dicari polis. Selagi aku ada, kau akan selamat.” Saya memujuk Maria agar dia bersabar. Memandangkan Maria takut mahu ke pulang semula ke rumah sewanya, saya mempelawa dia untuk tinggal bersama kami buat sementara waktu. Max juga bersetuju. Kami tatang Maria bagai minyak yang penuh.

Segala keperluannya kami penuhi. Pernah berkali-kali Maria menangis dan menjerit kerana trauma pada perbuatan tunangnya. Saya dan Max memujuknya. Maria menghalang saya untuk memberitakan hal dirinya pada keluarganya kerana dia belum bersedia untuk pulang ke pangkuan keluarga. Saya hanya menurut sahaja.

Sudah hampir 3 bulan Maria bersama kami. Maria memang tidak lagi bekerja kerana keadaan dirinya yang masih belum sesuai untuk menerima beban tugas. Saya disahkan hamil 5 minggu dan inilah khabar baik yang saya dan Max nantikan selepas 2 tahun. Saya menunggu kepulangan Max untuk memberitakan khabar baik ini. Saya masih ingat saat itu saya dan Maria baru sahaja balik dari klinik untuk pemeriksaan.

Maria juga cukup teruja dengan khabar itu. Sampai sahaja Max dari tempat kerja, saya baru sahaja mahu membawa Max ke bilik tidur untuk memberitakan khabar itu namun Maria terlebih dahulu bertindak. Saya terkedu. Saya betul-betul terkejut dengan tindakan Maria sedangkan sejak dari klinik saya sudah katakan jangan buka mulut sampailah saya khabarkan sendiri.

Dia bersetuju. Maria melompat kegirangan sambil bertepuk riang. Max tersenyum sambil melihat ke arah saya. Saya hanya mampu diam sambil melihat ke arah mereka berdua. Saya berkecil hati dengan tindakan Maria lalu saya ke bilik tidur. Entah kenapa cepat betul hati saya terasa. Saya terus menangis.

Max masuk bilik dan memujuk saya. Sejuk sedikit hati saya bila dipujuk oleh suami sendiri. Max katakan, maafkan Maria, dia mungkin terlebih gembira sebab selepas apa yang jadi pada dia, dia juga mahu menumpang kebahagiaan kami berdua.

Saya rasa malu bila mengenangkan hal itu. Kasihan Maria. Saya terus keluar bilik dan dapatkan Maria di ruang tamu. Dia juga menangis dan meminta maaf dari saya sebab terlanjur berkata-kata. Kami saling berpelukan. Malam itu, kami keluar makan malam bertiga.

Keberadaan Maria di rumah kami selama 3 bulan sampai ke pengetahuan kedua orang tua saya dan Max. Mereka tidak suka akan perihal itu kerana Maria bukan daging saya dan khuatir jika ada apa-apa yang terjadi nanti. Ibubapa saya meminta agar saya menghantar Maria pulang ke rumah orang tuanya sendiri. Saya mula berfikir tentang hal itu.

Nasihat orang tua tak pernah saya tolak. Saya bincang hal ini bersama Max dan dia bersetuju untuk memujuk Maria agar kembali ke pangkuan keluarganya. Tanpa kami duga, tindakan kami ini membuatkan Maria berkurung dalam bilik, tak mahu keluar apatah lagi makan dan minum. Dia mengugut mahu bahayakan nyawa sendiri jika kami membawanya pulang ke orang tuanya. Saya dan Max buntu. Kata putus kami berdua akhirnya membiarkan sahaja Maria tinggal bersama kami buat sementara waktu.

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi membangkitkan isu itu. Maria juga kembali ceria. Saya kasihan melihat keadaan Maria. Pasti dia rasa bersalah dan rasa dirinya tidak berguna. Yalah, dia sanggup melawan kedua orang tuanya hanya kerana seorang lelaki namun akhirnya lelaki itu bukanlah yang dia harapkan.

Maria juga berusaha mencari pekerjaan baru kerana dia malu makan dan minumnya ditanggung oleh Max memandangkan saya tidak bekerja lagi. Maria juga ada menjalani sesi pemulihan dan kaunseling. Nampaknya dia semakin membaik hari demi hari. Saya gembira melihat perubahan Maria.

Bila kandungan saya masuk 6 bulan, Maria mengatakan dia akan berpindah ke rumah sewa barunya. Dia sudah mendapatkan pekerjaan baru dengan gaji yang cukup untuk dirinya. Saya dan Max tumpang gembira dengan khabar itu. Maria sudah pulih sepenuhnya dan dia juga mengatakan dia dalam proses memutuskan pertunangan melalui mahkamah anak negeri dan menunggu bayaran denda dari bekas tunangnya. Saya dan Max menghantar Maria ke rumah sewa barunya.

Sejak dari itu, saya mulai keseorangan di rumah. Mula rasa sunyi kerana selama ini Maria ada bersama saya. Max pula selalu sibuk dengan kursus kenaikan pangkat dan sebagainya. Saya mula terfikir ingin pulang ke kampung dan berehat di sana. Sekurang-kurangnya di sana ada kedua orang tua saya juga adik-beradik yang lain. Mulanya Max tidak bersetuju sebab dia risau akan keadaan saya tapi bila memikirkan dia selalu sibuk dan pulang juga selalu lewat, dia akhirnya akur dengan kehendak saya. Saya pulang ke kampung saat sarat mengandung 7 bulan lebih.

Max selalu pulang ke kampung bila hujung minggu untuk melawat saya dan keluarga yang lain. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana saya percaya pada suami saya. Sehingga suatu hari, saya terjumpa satu selendang dalam kereta suami saya. Saya tahu itu bukan kepunyaan saya.

Bila saya bertanya, dia cuma menjawab selendang kepunyaan rakan satu tempat kerja, dia tumpangkan balik. Saya hanya biarkan saja. Kali kedua, saya menemui pelembap bibir dan botol losyen lagi. Kali ini, saya tidak boleh terus bersangka baik. Takkan tumpangkan kawan sampai benda begini pun boleh tertinggal. Saya diamkan kerana tak mahu bersoal jawab di hadapan orang tua saya.

Bila malam sebelum tidur, saya mula bertanya kepadanya. Suami saya hanya berdiam diri. Dia langsung tidak menjawab pertanyaan saya. Saya menangis bila melihat respon suami saya. Jadi memang betul dia ada perempuan lain selain saya. Kami gaduh dingin dan dia pulang semula ke bandar tanpa saya peluk dan salam seperti biasa. Sakit hati saya. Saya tidak tahu mahu meluah pada siapa. Pada ibubapa saya, saya tak mahu mereka susah hati nanti. Saya menelefon Maria dan meluah padanya. Baru terasa lega dalam dada.

Tanpa saya duga, keesokan harinya, Maria tiba dengan membawa hadiah dan buah tangan. Dia khuatir akan keadaan saya dan buat keputusan mengambil cuti kecemasan dan melawat saya di kampung. Terharu saya padanya. Kami memang rapat. Susah dan senang kami bersama. Maria meminta saya bersabar dengan perubahan Max.

Puas saya meluah padanya. Segala keperitan 2 tahun lalu juga saya luahkan. Tangisan saya, turut menjadi kesedihan buat Maria. Malam itu, saya masih ingat lagi, Maria bermalam di rumah dan kami tidur bersama. Ibubapa saya sempat menasihati Maria agar pulang ke pangkuan orang tuanya. Maria hanya mengangguk dengan senyuman. Saya yakin, suatu masa nanti, dia akan pulang juga ke orang tuanya.

Ketika saya sarat mengandung 9 bulan dan hanya tunggu hari sahaja lagi untuk melahirkan, saya menerima satu pesanan Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali mengatakan suami saya sudah seminggu tidak ke pejabat. Saya terkejut. Ada apa dengannya? Saya menghubungi suami saya namun tiada jawapan.

Saya menghubungi Maria dan meminta dia mencari Max untuk saya. Maria bersetuju dan akan memaklumkan apa-apa khabar kepada saya nanti. Siang malam saya berusaha menghubungi Max dari kampung namun tiada jawapan. Saya yang sedang sarat hamil, kaki bengkak, berjalan jauh juga sudah tidak mampu, hanya mengharapkan Maria untuk membantu saya.

Keluarga Max juga ada dimaklumkan hal yang sama dan abang sulung Max, bernama John, telah mengambil cuti dan mencari Max. Saya dan keluarga hanya mampu menunggu khabar dari John dan juga Maria. Saya jadi risau kerana terakhir kali kami berjumpa adalah saat kami gaduh dingin itu. Perasaan bersalah mula menghuni diri. Setelah 5 hari menunggu, John pulang dengan khabar yang mengubah kehidupan saya 360 darjah. Saya sehingga ke saat ini masih belum mampu menerima kenyataan ini.

“Liza, saya minta maaf sebab saya terpaksa juga cakap. Saya sudah puas nasihatkan dia supaya ingat kau dan anak kamu berdua yang bakal lahir. Kasihan kau. Tapi, macam dia lalai, macam saya ni bukan abang dia. Dia buat bodoh saja dengan saya. Saya tahu, kalau saya cakap, mesti kau takkan percaya sebab dia kawan baik kau. Saya pun tak mahu percaya tapi benda jadi depan mata saya. Saya malu ada adik macam Max.”

“Apa maksud kau John?!”

“Saya ke rumah kamu dua. Saya ketuk banyak kali baru Max buka. Saya masuk dan saya terkejut bila nampak tu perempuan ada di sana dengan dia. Saya tanya bagus-bagus sejauh mana hubungan mereka berdua. Bagus mengaku dan jangan berdalih. Perempuan tu mengaku memang dia sudah lama ada hubungan dengan Max sejak dia tinggal dengan kamu berdua lagi. Bila saya tanya Max kenapa kau sampai hati bodohkan Liza. Alasan dia, dia tak tahan tengok perempuan tu hari-hari ada di rumah. Malu saya, Liza. Saya cukup malu dengan adik saya sendiri.”

“Perempuan mana?! Perempuan siapa?!”

Masa itu satu badan saya menggeletar. Saya mula sesak nafas. Nasib adik lelaki saya berdiri di sebelah saya, saya hampir jatuh terduduk, adik saya sempat sambut saya. Airmata saya tak mampu keluar masa itu. Saya macam kena kejutan elektrik dan saya hanya mampu berdiam diri. Saya dapat dengar suara John dan ahli keluarga yang lain memanggil saya supaya sedar dan saya dapat rasa badan saya diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta.

Masa itu, saya genggam erat tangan adik lelaki saya. Dia menangis dan minta saya bersabar. Itulah pertama kali saya melihat adik lelaki saya menangis. Saya pandang ke hadapan, saya nampak John yang memandu kereta dan disebelahnya adalah ibu saya.

“Tim, bapa kau sama uncle di belakang kan?”

Saya dapat dengar soalan ibu kepada adik lelaki saya. Adik lelaki saya mengangguk. “Tim, sakit Tim. Berdenyut.” Saya sempat tarik lengan baju adik saya. Adik saya panik dan minta John memandu lebih laju. “Tahan, Liza. Sekejap lagi sampai.” Suara ibu kedengaran.

“Kurang ajar punya betina sial. Sudah saya jangka ini akan jadi. Entah perangai sundal siapa dia ikut! Dasar anak tak kenang budi! Nasib aku ni yang selamatkan dia masa hampir sesak nafas di sungai dulu zaman nakal sama si Liza ni. Si Tim ni yang berlari macam mau putus nafas minta tolong. Kalau tidak, jadi zombi sudah dia! Sial punya betina!” Bebelan ibu buat saya menitiskan airmata. Sakit rasanya. Sangat menyebalkan namun saya cuba bertahan.

“Sabar aunty. Kita utamakan Liza dulu. Nanti kita atur tu.” John lagi bersuara. Subuh itu sekitar jam 4.30 pagi, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.2kg. Tapi, perasaan saya tidaklah sebahagia wanita lain saat melahirkan. Rawan di hati tak mungkin ada ubatnya. Saya mengabaikan anak saya sendiri.

Saya menolak untuk menyusukan dia sampai saya dimarahi oleh jururawat dan ibu saya sendiri. Saya dirujuk ke bahagian psikologi, barulah mereka tahu apa masalah saya. Doktor bahagian psikiatrik membuat family conference, suami saya hadir bersama. Saya langsung tidak memandang wajahnya.

Saya tidak benarkan dia menyentuh anak saya. Saat saya dibenarkan pulang, dia ada datang untuk menjemput saya dan anak kami. Dia merebut anak kami dari tangan ibu saya. Saya menjerit dan menampar wajahnya, dia melawan dengan menampar saya semula. Dengan luka yang masih baru, saya jatuh ke lantai. Adik saya yang saya angkat saya semula. Saya ludah wajah suami saya dengan penuh rasa marah.

Saya singgah ke rumah sewa kami untuk mengambil barang-barang saya yang lain. Saya dapat membayangkan betapa hangatnya mereka berasmara tanpa rasa bersalah di atas katil. Menitis airmata saya. Saya cepat-cepat ambil barang saya semua dan saat itulah saya jumpa gaun tidur berwarna merah di bilik mandi.

Dan gaun itu sudah semestinya bukan milik saya. Saya ini perempuan kampungan yang hanya guna baju kelawar, kain batik sahaja. Sedangkan si betina itu, macam-macam jenis baju hot dia ada, yang menampakkan segala isi montok dada, apalagi bahagian lain. Jijik saya mahu mengenangkan wajah sundal itu. Saat saya keluar dari rumah, saya melihat kereta sundal itu ada di luar.

Dia tak berani keluar dari kereta. Saya ambil pasu bunga kecil kaktus saya yang bersusun di luar rumah dan saya hempas ke cermin keretanya. Tak cukup dengan itu, saya angkat lagi cangkul kecil yang saya selalu guna untuk menanam bunga, saya baling ke keretanya. Bunyi kaca berderai membuatkan jiran lain keluar dari rumah. Sundal itu juga keluar dan bergegas ke arah saya dan mahu beduk saya tapi dia silap.

Adik saya terlebih dahulu menghalang dan menolaknya lalu jatuh ke lantai. Dia bangun dan menolak kepala adik saya. Saya menarik rambutnya dan sekuat tenaga saya tonyoh mulutnya sehingga membuatkan bibirnya yang tadi cantik merona merah jadi seperti bontot babun. Dia menarik rambut saya dan menendang perut saya.

Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Saya tak mampu melawan lagi. Saya jatuh terduduk dan terasa pitam. Saat itu saya dapat dengar suara jeritan bapa saya. Ibu juga sama. Adik saya memapah saya masuk ke dalam kereta. Melihat wajah anak saya yang didukung oleh ibu, saya rasa terhina. Saya rasa cukup bodoh.

Selepas insiden itu, ibubapa saya tak membenarkan suami saya melawat saya apatah lagi anak kami. Saya berehat secukupnya dan dengan sokongan kedua orang tua saya, saya rasa cukup bahagia. Apatah lagi adik-beradik saya setia bersama saya. Keluarga Max juga sering datang melawat. Mulanya mereka menyalahkan saya juga kerana membiarkan Maria tinggal bersama kami tapi lama-kelamaan mereka sedar kesalahan anak mereka.

Saya faham sebab yalah, keluarga mana mahu mengakui kesalahan anak mereka. Tapi Tuhan itu maha kuasa. Satu demi satu mata mereka terbuka dengan kebenaran. Alih-alih menantu seperti saya juga disalahkan kerana tidak menjaga rumahtangga dengan baik. Saya akur. Saya berdoa pada Tuhan supaya mata mereka terbuka. Akhirnya, mereka meminta maaf pada saya bila di depan mata mereka sendiri melihat keselingkuhan anak mereka dengan perempuan lain.

Surat saman dan ganti rugi sampai ke tangan saya. Saya tersenyum sinis. Sampai begini sekali sundal itu menuntut saya atas kerosakan keretanya. Saya biarkan sahaja sampailah saya habis berpantang. Saya minta bantuan ibu untuk menjaga anak saya. Saya ke mahkamah anak negeri dan berjumpa rakan saya yang bertugas di firma guaman.

Saya minta panduan mahkamah anak negeri bagaimana sekiranya ada orang ketiga dalam suatu rumahtangga. Saya tersenyum puas bila surat dan fail denda ada depan mata saya. Cukuplah saya melepaskan kemarahan saya pada hari itu, saya bukan manusia bodoh dan beremosi untuk buat itu semua lagi. Saya masih ingat pesan adik saya, Tim.

“Kalau boleh marah macam mana pun kau, jangan sampai kau mahu sebar sana sini. Tiada untung. Kau jumpa mahkamah anak negeri, minta nasihat mereka apa patut kau buat. Lagi bagus kalau kau jumpa orang gereja, katekis, minta nasihat apa boleh kau lakukan. Kau bijak, Liza. Kau ada degree, ada pelajaran, jangan guna jalan singkat. Guna jalan undang-undang saja. Itu saja caranya.”

Macam-macam cara Max mahu jatuhkan saya. Dia menuntut hak untuk anak kami. Satu pun saya tak endahkan. Saya urus bahagian saya dan akhirnya saya menang. Mereka berdua datang ke rumah saya dan memohon maaf. Maaf? Semudah itu minta maaf. Saya sudah cukup bersabar dengan mereka. Ibubapa saya adalah antara insan yang terluka dengan perbuatan mereka.

“Perempuan tak kenang budi!”

Saya dapat dengar bunyi tamparan dari ibu buat perempuan itu. Max sampai melutut pada saya minta beri peluang. Saya hanya berdiam diri dan menolak tubuhnya. Tim yang banyak menyabarkan saya. Jika tidak, pasti sudah ada yang hilang nyawa hari itu.

“Aku jaga kau, tatang kau macam minyak yang penuh, siang malam kau aku bagi makan, tapi apa kau buat? Sampai hati kau kan buat macam ni. Kau tak rasa malu ka? Kurang sangatkah laki lain di dunia ni sampai laki aku kau kebas!” Saya ludah perempuan itu, melepaskan amarah saya yang terakhir.

“Dia juga mahu, Liza! Apa aku boleh buat?!” Dia melawan semula.

“Kalau dia mahu, kau juga patut sedar dirilah, sundal! Dia tu laki aku! Kau pun suka kan kena cucuk?! Yakan?! Bernafsu sangat kan!” Saya tampar kepalanya. Tim cepat-cepat tarik saya dan minta saya bersabar. Kau pun sama! Apa kurang aku? Sama juga lubang kan?! Ka dia lagi sedap?! Sama juga lubang kan?!

Lubang aku masih fit juga, yang selalu kau puji-puji fit tapi sama dia juga kau asah batang kau, diam-diam kau mengasah sama dia. Sial punya laki! Kau tau ka, aku sanggup tanam impian aku sebab mau kawin sama kau saja! Ini kau balas?! Sialan! Mudah-mudahan kau mandul lepas ni!

Sialan!” Saya baling cawan ke arah Max. Marah saya lepaskan sepuasnya. Sampah!

Dan hari itulah, hari terakhir saya melihat mereka berdua. Saya mampu bertahan kuat kerana mengenangkan anak saya. Anak yang saya abaikan saat lahirnya. Saya tolak dia saat mulutnya tercari-cari puting susu untuk dihisap. Saya menyesal tak sudah bila mengenangkan masa itu. Hari ini setiap kali terkenang, saya akan peluk dan cium anak saya sepuasnya.

2018. Saya bangkit semula selepas sejuta kelukaan yang bekas suami dan bekas teman baik saya curahkan. Dengan bantuan adik dan bapa saya, saya bangun dengan membuat pelaburan dan perniagaan. Dengan kelulusan yang saya ada, saya cari jalan untuk mendapatkan pendapatan. Syukurlah walaupun tak banyak mana, saya mampu sediakan aset sebuah rumah untuk anak saya bila dia besar nanti. 2018 adalah tahun kemenangan untuk saya. Saya tidak lagi pandang ke belakang. Tipulah kalau saya kata saya tak terkenang sejarah hitam itu. Memang akan terkenang tapi apa saya buat, saya akan gunakan itu sebagai pendorong saya untuk melangkah lebih jauh dengan anak saya.

Anak saya walaupun belum cukup besar, saya sudah bawa dia melancong ke sana sini bersama ibubapa saya. Turki. Paris. Jepun. Korea. Australia. Dubai. Keperluan anak saya tak pernah kurang dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhinya setiap saat. Dan simpanan anak saya sudah mencecah 100K setakat ini. Syukur kepada Tuhan.

Ada hikmah semua ini terjadi dalam hidup saya dan saya percaya jika saya kembali meratapi, saya takkan mampu berjalan sejauh ini. Ada juga yang nasihatkan saya supaya bukukan karya ini untuk tatapan wanita lain supaya tidak terperangkap dalam kesedihan dan masa lalu tapi saya memilih untuk berkongsi dengan Nad sahaja. Saya memilih Nad untuk menyampaikan mesej ini kepada semua wanita diluar sana. Melalui Facebook, ramai wanita akan terbuka mata berbanding buku, tak semua orang akan beli dan baca.

Saya cukup bersyukur ada keluarga yang menyokong saya, bersama saya saat susah dan senang, menasihati saya supaya berfikiran waras. Saya dengar khabar dari John, Max sudah berpindah ke tempat lain bersama Maria. Mereka satu keluarga malu dengan saya tapi saya masih mengekalkan keharmonian kami sama seperti dulu. Musim perayaan, saya akan datang melawat dan bawa buah tangan.

Nasihat saya, berhati-hatilah selalu. Kadang orang yang kita percaya, itulah yang dalam diam mahu menghancurkan kita. Wanita itu seharusnya saling mendukung bukan menghancurkan. Malulah bila kau wanita tapi dalam masa yang sama dengki dengan wanita lain. Get a life, ladies! Kau akan ada kebahagiaan sendiri!

Salam maju jaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

SUMBER : Natalia Aivy Dibit