Artis

Terkejut, isteri kedua Amar Asyraf tiba tiba munculkan diri untuk jelaskan status diri, tak pernah bertemu

ISTERI kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry akhirnya tampil membuka mulut dan mengaku sudah berkahwin dengan aktor itu beberapa tahun lalu. Vivy berkata dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain sedar dengan statusnya sebagai isteri kedua.

“Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga. “Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku

selepas ini dan reda dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah. “Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka a1b suami walaupun dalam keadaan mar4h macam mana pun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri,” katanya.

Ellika Azman ded4h hubungan dengan Amar Asyraf. Pada Khamis, seorang wanita bernama Ellika Azman membuat pendedahan hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Dalam pada itu, Vivi yang juga bekerja sebagai penerbit di sebuah stesen TV ini berkata, isteri pertama Amar iaitu Arna Salleh mengetahui tentang perkahwinan tersebut. Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. VIVY JEFFRY- Isteri kedua Amar Asyraf

Biarpun tidak pernah bertemu, namun mereka hanya berhubungan menerusi telefon sahaja. Kata Vivy, keluarga dan kawan rapat turut mengetahui tentang perkahwinan tersebut. “Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa.

Selama ini kami hanya berhubung menerusi telefon sahaja. “Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini,” ujarnya.

Amar sedang menyelesaikan masalah ini dengan isterinya Arna Salleh. Amar memberitahu dia dan isterinya, Arna dalam proses menyelesaikan mas4lah rumah tangganya tanpa campur tangan pihak luar. Amar yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.

Sumber: Mstar

Ellika Azman buka mulut cerita hal sebenar detik perkenalan dengan Amar sehinggalah perancangan untuk berkahwin

Setelah Sekian lama Menyepi,nama pelakon Amar Asyraf tiba tiba kembali menjadi hangat apabila seorang wanita dikenali sebagai ellika azman tampil mendakwa  dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktor tersebut sejak september lalu.Ellika menceritakan Setiap Butiran detik perkenalan sehinggalah perancangan untuk berkahwin

Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui Amar mempunyai dua orang isteri. Sebelum ini ada kenalan memaklumkan Amar sudah mempunyai dua isteri tetapi saya tidak percaya. 

Bagimanapun, minggu lepas Allah tunjukkan kebenaran apabila saya mendapat tahu yang isteri kedua Amar baru saja melahirkan anak. Lebih menyedihkan, sebenarnya saya bakal menjadi isteri ketiga!Ellika mengakui kesilapannya bercinta dengan Amar yang berstatus suami orang dan dia rela membuka aib sendiri kerana mahu aktor itu bertanggungjawab ke atas isteri kedua dan anaknya yang baru lahir.

Saya dimaklumkan Amar belum lagi menjenguk isteri kedua dah anak mereka. Saya tahu, bila saya memilih untuk bercinta dengan Amar, perkara terbabit memang salah kerana dia berstatus suami orang.Namun, apa yang membuatkan saya lebih geram dan tampil mendedahkan perkara ini kerana dia tidak jujur dan tidak bertanggungjawab terhadap isteri kedua dan anak mereka. Saya ingat saya yang paling teraniaya, rupanya isteri kedua dan anak mereka lebih teraniaya!

Saya tak kisah bila ada orang nak kata saya buka aib sendiri asalkan pendedahan ini dapat membuatkan Amar bertanggungjawab terhadap anaknya itu.Terdahulu, Ellika menerusi akaun Instagram, turut mendedahkan beberapa gambar dan video mesra bersama Amar. Dia bertindak mendedahkan perkara itu supaya wanita lain di luar sana tidak mudah tertipu dengan godaan dan ayat manis lelaki itu. Sumber Berita : Astro Gempak

Akhirnya Amar Asyraf buka mulut mengenai tuduhan cinta tiga seginya dengan seorang gadis yang tular baru baru ini.

Nama pelakon Amar Asyraf tiba-tiba menjadi perhatian apabila bintang berusia 33 tahun itu dikaitkan dalam kontroversi cinta bersama seorang gadis, sebagaimana yang didakwa gadis berkenaan menerusi media sosial. “Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, tambahan pula hubungan saya dengan gadis itu sudah berakhir pada Mac lalu.

Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia kami. Saya juga berharap, penjelasan ini dapat menutup semua isu yang tercetus. Apa yang berlaku antara kami sudah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi. Tetapi, jika ada pihak yang terus mengungkit perkara itu, saya tidak teragak-agak membawanya ke muka pengadilan,” katanya yang masih berstatus suami orang.

Pada masa sama, Amar turut salahkan diri sendiri kerana membiarkan diri terjerat dengan cinta tiga segi. Ditanya mengenai reaksi isterinya iaitu Arna Salleh mengenai hal berkenaan, Amar seprtti yang dipetik Berita Harian mengakui hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

“Isteri tahu hubungan saya dengan gadis itu. Dia tidak melatah, malah tenang apabila saya berterus terang perkara sebenar. Dia bagaimanapun, terkilan apabila cerita itu mula tersebar. Keluarga juga tahu mengenai perkara itu. Saya akui, saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini dan tidak akan sekali-kali menuding jari menyalahkan orang lain,” katanya lagi seperti yang dipetik.

Terdahulu, seorang gadis yang dikenali sebagai Ellika Azman ada membuat pendedahan, mendakwa dirinya hampir mendirikan rumah tangga dengan pelakon lelaki popular berstatus suami orang. Ellika menerusi Instagram, turut berkongsi beberapa gambar dan video bersama, selain mendakwa, dia berbuat demikian kerana tidak mahu ada wanita lain di luar sana melalui hal sama.

Difahamkan, keduanya berkenalan saat membintangi pementasan teater, Puteri Saadong di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, pada Ogos, tahun lalu. Amar atau nama lengkapnya Amar Asyraf Zailudin mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.

Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Amar Asyraf

Gadis dedah jalin hubungan dengan pelakon terkenal yg sudah berkahwin. Ingatkan dia saja terkena, rupanya ada lagi yg tersakiti.

Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya. Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perpisahan dalam rumah tangga tersebut. Mengejutkan apabila seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman tampil membuat pendedahan bahawa dirinya pernah menjalin hubungan cinta hingga hampir mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus.

Melihat kepada foto dan video yang dikongsinya, ada warga internet mendakwa lelaki yang dimaksudkan mirip kepada seorang pelakon terkenal. Menerusi ruangan kapsyen, wanita berkenaan berkongsi mengenai hubungan yang dikatakan bermula sejak September tahun hingga keduanya mengambil keputusan untuk bernikah.

“Assalamualakum, mungkin apa yang akan i share malam ni akan mengejutkan dan menyakiti beberapa pihak. Tapi demi Allah, apa yang i cuba sampaikan malam ini bukannya untuk kepentingan diri i seorang sahaja, tapi sebagai manusia yang ada perasaan dan jugak tahap kesabaran yang selama ni i cuba kawal sehabis mungkin

untuk menjaga aib and nama beberapa pihak yang terlibat termasuklah diri i sendiri. I harap apa yg berlaku dalam hidup i selama setahun ni cukup nemberi pengajaran untuk diri sendiri dan jgak semua perempuan di luar sana,” tulisnya. Ellika mendakwa dirinya menjadi ‘cair’ apabila lelaki berkenaan dikatakan hari-hari memberi mesej, menghubungi seterusnya meluahkan perasaan.

“September, 2018, my relationship with this one guy yang bertatus suami orang bermula. I tahu benda ni memang salah and tak sepatutnya berlaku. But, i gagal. Bila hari hari dia text, call and meluahkan perasaan perasaan, lama lama i pun cair. Ya, my mistake. Tapi takde istilah i goda dia ya dalam hal ni. Cuma silap i, bila lama lama tu i terjatuh hati jugak dengAn dia.

So bermulalah kisah cinta antara i dgn this guy. Sampai lah March, dia datang jumpa parents i mintak restu. Then benda ni berterusan and jadi lebih serious sampailah kami decide untuk bernikah. And pernikahan tu sepatutnya berlaku minggu depan. Malah, Ellika turut memaklumkan majlis pernikahan mereka sepatutnya dilangsungkan minggu hadapan.

Bagaimanapun, dia mendapat tahu lelaki tersebut sebenarnya turut mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil dari perkahwinan berkenaan. “Nak dijadikan cerita, sejak makin nak dekat macam macam benda jadi so i decide to istikharah &.. ya, Allah have a better plan for me. Alhamdulillah, last last minute dapat tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak dari perkahwinan kedua ni.

“So hari yang sepatutnya i patut jumpa his mama and abah, i sebenarnya dah decide nak diamkan je pasal benda ni and batalkan semua plan nikah ni. So.. tiba tiba dapat call dari dia. Benda yang paling i terkilan and sedih, dia abaikan tanggungjawab dia as a husband and father sejak baby ni dilahirkan. Sekali pun tak pernah jenguk anak tu sampai ke harini.

“Niat i angkat tu sebenarnya nak bgtahu dia batalkan jelah tapi tiba tiba kena tuduh dengan mama dia lepastu mintak i 100k lol,” jelasnya lagi. Pada masa sama, Ellika juga memberitahu dia akan berkongsi lagi kerana tidak mahu dirinya dianggap mereka cerita dan dia berani untuk berkongsi kerana ada insan yang lebih tersakiti.

“I akan share satu satu sebab taknak ada mana mana pihak anggap i reka cerita. I, dia and Allah tahu apa berlaku. I berani share walaupun benda ni mengaibkan diri i jugak but i dah tak kisah dengan semua tu sebab i ingatkan i dah cukup teraniaya rupanya ada yang lebih tersakiti dari i which is his second wife. And i hope takde lagi yang akan jadi sasaran seterusnya. Stay tuned for more,” tulisnya panjang lebar.

Serentak dengan pendedahan tersebut, entri berkenaan mendapat pelbagai reaksi ramai. Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri. Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain. Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perpisahan sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Kredit: MH Foto: Instagram Ellika Azman