Artis Kehidupan Viral

Isu rumahtangga belum habis, suami Lufya pula dikatakan songsang angkara foto yang ada di website tak senonoh

Kisah rumah tangga Lufya Omar dan suaminya dilihat dalam keadaan goyah apabila dia mengambil keputusan untuk mendedahkan masalah perkahwinannya di media sosial. Oleh sebab itu, ramai yang mula menyuarakan rasa simpati terhadap keadaan dialami oleh Lufya setelah tiga tahun melayari rumah tangga.

Your husband is sonsang?

Namun begitu, menerusi posting tersebut ada satu komen yang telah mengundang persoalan netizen kerana seorang pengguna Instagram telah bertanyakan adakah suami Lufya bernafsu songsang. Takut jatuh fitnah, seorang wanita bertanya terus dekat Lufya berkenaan maklumat yang dia jumpa di salah satu website.

Dia difitnah!

Walau bagaimanapun, Lufya dilihat menafikan perkara itu dan menyatakan bahawa firasatnya memaklumkan semua hal tersebut adalah fitnah semata-mata. Ramai warga internet akui kebanyakkan gambar yang ada di website tak senonoh hanyalah palsu semata. Mungkin untuk naikkan website itu dan tarik ramai pembaca, like dan sebagainya.

Dah teka dari awal…

Menerusi ruangan komen juga, beberapa warga internet turut mempersoalan mengenai perkara sama berkenaan suami kepada Lufya yang juga merupakan seorang doktor perubatan dan model sambilan. Keranap penampilannya yang suka bergaya, mungkin jadi penyebab utama persoalan yang tak sepatutnya keluar daripada makcik bawang. Tapi apa apa pun, bertanya tak salah kan…

Walau bagaimanapun setakat ini kedua-dua pihak belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai persoalan yang dilemparkan oleh warga internet di Instagram Lufya. Semoga masalah tersebut dapat dijernihkan dengan baik dan perbincangan sesama sendiri menemui jalan penyelesaian.

Sumber : Lufyaalana

Sukarnya nak jadi isteri solehah

“SAYA bercita-cita nak menjadi isteri solehah sebab itu diam sampai makan diri. Saya pernah sakit kemurungan. “Tak sangka impian dan cita-cita nak menjadi isteri solehah sesukar ini cubaannya,” kata penyanyi, Lufya Omar, 34, mengulas krisis rumah tangga yang dihadapi bersama suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom.

Terdahulu di ruangan status Instagramnya, pemilik nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia sudah lama bersabar dengan sikap suaminya. Malah, sepanjang tiga tahun perkahwinan mereka, Lufya berkata, suaminya sudah beberapa kali mengulangi kesalahan sama.

Dia turut mempersoalkan cara suaminya menyelesaikan masalah dihadapi mereka, malah mendakwa lelaki itu lari daripada tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut. “Sudah cukup lama saya dianiaya! Fitnah isteri pada keluarga macam-macam hanya untuk nak tutup kesilapan besar. Cukup-cukuplah,” katanya kepada Harian Metro.

Dakwa Lufya, suaminya sudah mula buat hal ketika di awal tiga bulan perkahwinan mereka lagi. “Kesabaran saya diduga terlalu lama. Sejak tiga bulan kita berkahwin, awak sudah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran. “Kesalahan itu awak ulang sehingga enam kali! Saya diam sampai tak mampu pikul sendiri lagi.

Luka di badan tak sesakit luka dalam hati ini. Terima kasih,” katanya. Tahun lalu, kisah pergolakan rumah tangga Lufya dan suami pernah hangat diperkatakan hingga ada mengatakan mereka mahu berpisah. Namun, ia dinafikan Lufya. Lufya dan suami berkahwin pada 28 November 2016 serta dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Sumber: harian metro