Jawapan Mawar Karim bila ramai ingin tahu apa jadi dengan Restoran Fizomawar Kitchen setelah berpisah.

Artis

Selepas terlafaznya taIak satu antara pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim, peminat mula berteka-teki tentang hala tuju perniagaan yang dijalankan sejak berkahwin misalnya Fizomawar Kitchen. Menjawab persoalan itu kepada rancangan bual bicara Mingguan Wanita, kata Mawar nama dan hala tuju selanjutnya bisnes mereka itu masih belum diputuskan.

“Buat sementara ini kami belum putuskan untuk mengubah nama itu. Sehingga kini kami berkawan atas dasar rakan kongsi kepada perniagaan itu. Jika ada perubahan nama pun mungkin akan jadi Fizomaryam sebab pangkal M nama itu masih ada dan akan dikekalkan,” kata Mawar ketika dihubungi.

Fizomawar Kitchen mula beroperasi sekitar pertengahan Disember 2015 dan menyediakan pelbagai masakan berasaskan Thailand serta juadah ikonik negeri Cik Siti Wan Kembang. Restoran itu beroperasi di Bandar Baru Bangi dan beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Fizomawar Kitchen turut membuka cawangan kedua di Kota Bharu, Kelantan. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, 2 tahun. Pasangan itu memutuskan untuk berpisah taIak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada Rabu lalu.

Bila Ditanya Sama Ada Wujud Peluang Kedua…Ini Jawapan Bekas Isteri Fizo Omar, Mawar Karim

Berita mengenai pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang akhirnya telah berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada Rabu nyata mengejutkan ramai. Meski masing-masing sudah pun memberi penjelasan mengenai keputusan yang dibuat, namun rata-ratanya memuji kedua belah pihak yang mengambil pendirian untuk kekal berbaik demi permata hati.

Sementara itu, Mawar yang juga usahawan tudung terkenal turut ditanya media sama ada masih ada peluang untuk keduanya kembali atau ia masih terlalu awal untuk difikirkan.Bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu tidak belum dapat memberikan jawapan pasti.“Buat sementara ini, saya masih tiada komen. Masih baru lagi benda ni berlaku.

“Apa pun akan buat yang terbaik, menjadi kawan yang terbaik buat Fizo sebab Maryam (anak),” jelasnya ringkas.Untuk rekod, desas-desus mengenai kemelut yang melanda pasangan ini mulai bertebaran sejak Ramadan lalu.Bahkan, difahamkan keduanya turut menyambut menyambut Aidilfitri secara berasingan.Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber : Media Hiburan, Gempak

Baru Lepaskan Mawar Karim Dengan Talak 1, 10 Fakta Tentang Fizo Omar Yang Jarang Didedahkan.

Akhirnya kisah rumah tangga di antara pelakon dan usahawan, Fizo Omar bersama  bekas isteri, Mawar Abd. Karim telah menemui nokhtahnya. Pasangan ini akhirnya berpisah dengan taIak satu kira-kira jam 10.55 pagi tadi Mahkamah Rendah Syariah Ulu Langat, Seksyen 9. Apa pun, ketahui terlebih dulu mengenai 10 fakta menarik Fizo yang mungkin jarang diketahui umum.

PERTAMA, Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pada 19 Julai 1985. KEDUA, Bukan sahaja tampan malah pelakon ini juga seorang yang bijak. Fizo memiliki Diploma Kejuteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. KETIGA, Pelakon berusia 33 tahun ini merupakan anak kedua daripada empat adik beradik dan mempunyai campuran Melayu, Arab dan Siam. Ayahnya berketurunan Melayu manakala ibunya pula berketurunan Siam dan Arab.

KEEMPAT, Menyedihkan, Ayah kepada Fizo telah kembali ke rahmatullah pada Julai 2011. Wan Omar, 80, menghadap illahi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. KELIMA, Sejak kecil lagi, Fizo sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili negeri Kelantan dalam beberapa kejohanan yang disertai.

KEENAM, Pada tahun 2007, Fizo menyertai pencarian Hero Remaja 2007/2008 sekaligus menjadi naib juara. Juara untuk edisi berkenaan ialah Kamal Adli. KETUJUH, Selepas itu, Fizo memulakan karier sebagai seorang pelakon dan nama Fizo semakin dikenali apabila dia membintangi sebuah drama bersiri bertajuk Matahari pada tahun 2009 yang disiarkan di saluran TV3.

KELAPAN, Pada 10 November 2013, Fizo Omar selamat bergelar suami kepada seorang usahawan, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang. Fizo telah memberi mas kahwin berjumlah RM 506 kepada Mawar. KESEMBILAN, Fizo telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam pada 29 Disember 2017. KESEPULUH, Bagaimanapun, rumah tangga Fizo telah berakhir apabila Fizo telah melafazkan lafaz taIak satu kepada Mawar di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat pada 10 Julai. Bagaimanapun, keduanya berpisah secara baik dan reda dengan perpisahan itu.

Sumber : Mediahiburan

Setelah Hubungan Berakhir, Akhirnya Fizo Omar Bersuara.

KUALA LUMPUR – Harini kita dikejutkan dengan cerita artis terkenal tanah air iaitu Fizo Omar dan juga Mawar yang baru sahaja berpisah. Min doakan kesejahteraan Fizo sekeluarga, jangan lah timbul spekulasi tidak benar buat keluarga Fizo. Doakan lah yang terbaik. Menerusi halaman instagram Fizo Omar, Fizo meluah kan sesuatu dengan panjang lebar :

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN.Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami. Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.

Sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya.

Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.

Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak. Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

Sumber : IG Fizo Omar