Jutawan muda ini tawar gaji 200k dan melancong ke seluruh dunia untuk dijadikan pembantu peribadinya.

Kehidupan Pekerjaan Pelik Tapi Benar

Jika anda sedang mencari kerja atau peluang kerjaya yang lebih baik, maka ini mungkin menjadi salah satu pekerjaan yang anda impikan. Malah, bukan anda seorang sahaja yang menginginkan kerjaya seperti ini, tetapi semua orang di dunia. Pekerjaan yang mudah dan gaji yang tinggi.

Matthew Lepre, seorang jutawan berusia 26 tahun yang mempunyai bisnes secara atas talian ataupun lebih dikenali sebagai e-commerce sedang mencari seorang pembantu peribadi yang akan membantu beliau menguruskan perniagaannya di seluruh dunia.

“Saya dihubungi banyak pihak yang bertanya macam mana untuk memiliki kehidupan mewah seperti ini dan saya sebenarnya memerlukan seseorang untuk membantu menguruskannya (hidup dan perniagaan)”Menurut lepre, beliau mahu mencari seorang yang memenuhi ciri-ciri ini :#Mesti mempunyai kemahiran pengurusan

#Boleh mengaturkan keperluan untuk melancong #Mempunyai pengetahuan dalam media s0sial #Seorang yang multitasking dan Detail-oriented #Boleh membuat kerja pengkeranian dan memiliki kemahiran komputer #Memiliki passport yang sah sekurang-kurangnya 12 bulan

#Bekerja keras dan mempunyai etika bekerja yang baik #Paling menarik, gaji yang bakal diterima oleh pembantu peribadinya itu mencecah $ 52,000 (RM211,116) setahun. Tetapi, jika mempunyai pengalaman, anda berkemungkinan akan menerima gaji lebih tinggi dari nilai tadi.

Beliau pernah menjadi penuntut jurusan pergigian di univerviti namun memilih untuk tidak menamatkannya dan menubuhkan sebuah perniagaan e-commerce iaitu Academy Worrior pada usia 23 tahun.Siapa pun pasti akan melalui fasa sukar di dalam hidup. Menurut Lepre, dia juga

begitu setelah keluar dari universiti namun beliau berusaha untuk mencari ilmu dan pengetahuan tentang cara mengembangkan bisnes. Dan ternyata usahanya berhasil apabila beliau sekarang berjaya menghasilkan keuntungan kira-kira $ 120,000 (RM487,257) sebulan yang diperolehi dari empat buah perniagaan e-commercenya.

Lepre menamakan jawatan tersebut sebagai ‘Pekerjaan Paling Hebat Di Dunia’ dan mengatakan bahawa pembantu peribadinya itu akan pergi ke seluruh dunia dengannya. Bukan cuma itu, semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya termasuklah penginapan dan insurans kesihatan

Lepre memilih untuk bekerja sambil bersantai kerana menurutnya pekerjaan itu adalah paling ideal untuk dirinya dan beliau mahu seseorang untuk ‘merasai’ perkara yang sama. Walaupun kehidupan Lepre kelihatan mewah dan ‘mudah’, beliau bukanlah seorang yang sambil lewa dalam pekerjaannya.

Lepre berkata :“Saya buat banyak kerja setiap hari tetapi saya tetap berpegang pada prinsip work hard, play harder“Lepre banyak meluangkan masa untuk meneroka Jepun, Dubai, Hawaii dan pada 1 April ini beliau akan menghabiskan satu bulan untuk menubuhkan pejabat barunya di Thailand.

Sumber : news.com.au via siakap keli

Pasangan Tawar RM360,000 Kepada Orang Gaji Yang Sanggup Bekerja di Rumah Mereka Selepas 5 Yang Lain Melarikan Diri Kerana Berhantu

Sanggupkah anda bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji RM360,000 (RM30,000 sebulan)? Tapi sebelum mengangguk kepala tanda setuju, anda perlu tahu bahawa pada tahun lepas, sudah lima orang pembantu rumah melarikan diri dari rumah terbabit kerana dikatakan berhantu.

Satu pasangan dari Scotland sanggup menawarkan gaji semahal itu kepada sesiapa sahaja yang sanggup bekerja sebagai pembantu rumah mereka asalkan tidak melarikan diri sebagaimana pembantu-pembantu rumah sebelum ini.Menurut satu iklan yang diletakkan di Childcare.co.uk, pasangan itu berkata mereka sedang mencari pembantu rumah yang boleh bekerja dan tinggal di rumah mereka di Scottish Borders.

Iklan itu menyebut, selain gaji yang mahal, pembantu rumah itu juga akan mendapat bilik dengan dapur peribadi dan cuti 28 hari setahun.“Kami telah tinggal di rumah ini selama 10 tahun. Ketika membeli, kami diberitahu ianya berhantu tapi kami tidak mengedahkan amaran tersebut. 

“Lima orang pembantu telah lari dari jawatan itu pada tahun lepas, yang mana setiap satunya memberi alasan mereka diganggu dengan insiden ghaib, termasuk bunyi-bunyi pelik, kaca pecah dan perabut bergerak-gerak.
“Ini jelas satu tempoh yang mencabar buat anak-anak kami.

Secara peribadinya, kami langsung tidak mengalami sebarang kejadian ghaib, memandangkan kejadian itu dilaporkan berlaku hanya bila kami tiada di rumah. “Kami juga sanggup membayar harga yang lebih tinggi dan kini mencari orang yang sesuai dalam kadar yang segera.” tulis iklan terbabit.Jika anda tidak kisah berpindah ke Scotland dan tidak takut berhadapan dalam situasi-situasi seram seperti dalam cerita ‘The Conjuring’, dipersilakan untuk melihat iklan itu di sini.