Artis

Video kawan Cina semangat nak terangkan pasal nasi kangkang tapi tiba tiba terkejut tengok reaksi dekan

Sporting habis dekan ni! Seorang lelaki  ada kongsi video dekat Twitter yang menunjukkan rakan kelas dia berbangsa Cina yang cuba terangkan sesuatu. Menurut Adam, rakan wanitanya itu baru je dapat tahu dan faham maksud sebenarnya istilah nasi kangk4ng.

Bukan tu je, yang comelnya bila dah faham tu dia semangat nak explain dekat semua orang dan salah seorangnya adalah dekan dorang! i can dan will never forget that the fact my chinese friend discovered nasi kangkang dan she wont stop explaining it to anything that walks… that includes my dean.

Video ini dirakamkan pada tahun 2017 tapi dimuat naik baru-baru ni. Bukan setakat suka dengan cara rakan Adam yang comel tapi warganet juga terhibur dengan reaksi dekan fakulti mereka. Sebenarnya dekan mereka tu memang suka bagi reaksi yang macam tu!

Bukan setakat dalam video tu tapi Adam ada upload GIF tunjuk camera cut dekat dekan waktu konvokesyen. Ramai yang komen pasal dekan fakulti mereka termasuklah yang cakap rakan Adam ni cute sangat waktu dia semangat nak explain pasal nasi kangk4ng tu.

Yela, dah sah sah dekan tu tau maksud nasi kangk4ng tapi dia layankan je. Haha!Lecturer macam nak tak nak je dengar 😂” “Chill teruk dean.” “Comelnya kawan you!”  “Dean tu macam ‘apa bendalah yang bukan bukan kau ajar budak ni 😂’.”

Admin pun terhibur tengok reaction dean ni. Sempoi and sporting je layankan student haha! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Dunia Empire Media

Sumber  : Lobak Merah

Foto jari rare milik bakal doktor gigi ini tular di media sosial. Malah pernah ditegur ketika rawat pesakit.

Jari Farah yang boleh dibentuk menjadi bentuk hati. BAKAT unik seorang gadis yang boleh membuat bentuk hati menggunakan dua jarinya ternyata mengejutkan warga internet. Menerusi foto tular yang dimuat naik di Twitter, ramai yang tertanya-tanya mengenai kebolehan itu, tidak kurang juga yang berjenaka mengenainya. Empunya badan,

Farah Hazwani Jumadi, 24, sewaktu dihubungi mStar mendedahkan dia sedar akan kebolehan unik dirinya itu sejak kecil lagi. Malah, dia juga sering menjadi perhatian rakannya sehingga diminta membuat bentuk hati menggunakan jari dalam persembahan nasyid yang disertainya. Foto jari Farah yang tular di Twitter.

“Saya sebenarnya memang dari kecil jari jenis yang fleksibel, malah kawan-kawan sekolah pun memang suka main dengan jari saya. Tetapi untuk bentuk hati tu memang spefisik saya buat bila kawan minta semasa latihan nasyid dekat Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya (UM). Mereka yang minta nak tengok kalau-kalau saya boleh buat bentuk love,” ujarnya pada Rabu.

Ramai je yang kaitkan jari saya dengan several medical condition atausindrom macam Marfan’s syndrome. Tapi untuk kes saya, memang tak ada kena mengena dengan keadaan tu, ia sekadar jari fleksibel je. Even masa saya study, lecturer pun tegur jari saya masa saya tengah rawat pesakit sebab dia curious kalau-kalau saya sakit,” ujar graduan bidang pergigian itu.

Posting tular di Twitter. Sehingga kini, posting melibatkan foto jari Farah menerima hampir 40,000 ulang kicau (Retweet). Malah, ramai warga internet turut tinggalkan komen mereka menerusi ruangan balas posting berkenaan. salah satunya “Love dia sumpah rare teruk. Dah macam nak patah jari tu.” “Serius laa boleh buat love macam tu?” tanya seorang lain warga internet. “Siapa nak try buat sila la ambil insurans dulu,” komen beberapa warga internet secara berjenaka.

sumber: mstar