Kehilangan Dr Rozmey terjawab, selepas beberapa tahun hilang tanpa berita.

Inspirasi Kehidupan

Mungkin telah lama kita tidak mendengar nama Datuk Dr Hj Che Rozmey Che Din atau lebih mesra dipanggil Dr Rozmey oleh rakyat Malaysia. Dikenali netizen dengan kejayaannya dengan produk Dr Rozmey. Usahawan yang berasal dari Jitra, Kedah ini tidak lepas dari menempuh jatuh bangun dalam dunia perniagaan dan menghadapi pelbagai cabaran. Suatu masa dahulu, Dr Rozmey hanya mengusahakan perniagaan makanan kesihatan bersama isterinya Noor Halawiyah Abdullah pada 2006 secara kecil-kecilan. Dikenali sebagai seorang yang tidak pernah mengalah, Dr Rozmey menerapkan pemikiran berfikir di luar kotak untuk terus memajukan perniagaannya. Pada beliau, hanya satu, tiada hal negatif dalam hidup yang membawa kebaikan. Sentiasa positif dalam kehidupan. Mana tidaknya, pada masa produk Dr Rozmey mula meningkat, banyak sebaran palsu yang di buat melalui Facebook mengenai produk dan dirinya.

Bantu Rakyat. Sebenarnya, disebalik semua itu, Dr Rozmey terus mengeluarkan produk yang membantu rakyat Malaysia. Antara produk beliau yang sangat popular pada masa itu adalah Jus Mate 5. Antara testimoni terbaik Jus Mate 5 adalah Dr Farid. Beliau konsisten dengan Jus Mate 5. Jika dahulunya berat badan 168kg, kini menurun sehingga beliau 72kg. Syarikatnya, Herbal Prima Marketing terus meningkat maju dan mempunyai 300 orang pekerja.

Siapa Sangka. Siapa sangka Dr Rozmey yang dahulu menerima pendapatan sekitar RM35 sejam sebagai doktor separuh masa di klinik swasta telah mampu membina empayar sendiri. Dalam masa yang sangat singkat, Dr Rozmey berjaya melonjakkan dirinya ke arah satu peringkat yang sangat dikagumi dan menjadi antara usahawan bumiputra pertama yang membanggakan dan seterusnya meletakkan satu tanda aras baru dalam bidang perniagaan di Malaysia. Langit tak selalunya cerah, Dr Rozmey juga tidak lepas dari cabaran. Mana tidaknya, orang yang dipercayai dan paling rapat dengan Datuk Rozmey sendiri telah melakukan pecah amanah terhadap Herba Prima Marketing, sebuah syarikat diasaskan Datuk Rozmey sendiri. Kes ini juga sangat memberi impak kepada Herbal Prima Marketing.

Nasihat Doktor. Nasihat Datuk Romey kepada semua usahawan di luar, “jangan kita mudah percaya dengan orang lain bila kita menjalankan bisnes. Perlu teliti dan sentiasa ambil tahu tentang syarikat dan jangan harapkan orang lain 100%”. Kini, berbekalkan genetik usahawan yang memang sebati dalam dirinya, Dr Rozmey mengorak langkah baru dengan terus tekad membantu dalam sektor pertanian pula. Melalui perkenalan Baja DDR, yang mampu menyelesaikan masalah para petani. Baja DDR banyak membantu rungutan petani dan pekebun dengan memperbaiki kandungan pH dalam tanah. Kini para petani mampu melipat gandakan hasil sehingga 100%. Konsep Baja DDR adalah memperbetulkan segalanya dari asas iaitu dari tanah, sistem akar dan penyerapan nutrisi makanan yang jauh lebih cekap. Perkembangan terbaru ini sangat membantu bagi para petani, pekebun, kontraktor landskap, pengurus taman dan peminat tanaman bunga-bungaan.

Perkembangan Terbaru. Dr Rozmey memperkenalkan satu formula unggul melalui rumusan khas 27 jenis bakteria hidup yang boleh dibahaikan kepada 7 kumpulan yang memberi manfaat. Baja DDR mengandungi bahan organik seperti asid amino, asid fulvic, rumpai laut dan dan bahan bukan organik seperti NPK dan unsur surih. Masalah tanah menjadi masam kerana pH tidak betul di dalam tanah juga adalah antara masalah yang mampu di atasi Baja DDR. Begitu juga dengan kurang bahan organik, tanah terlalu kering, atau bertakung air. Baja DDR mampu menjadi jawapan untuk semua masalah ini.

Ini adalah inisiatif baru Dr Rozmey mengembangkan bidang keusahawanan beliau. Kami mendokan Dr Rozmey terus maju di dalam semua bidang yang diceburinya. Bak kata pepatah, membujur lalu melintang patah. Respect!

sumber via apekes