Keluarga miskin tapi beranak ramai,anak petani sering dihina disekolah,keluarganya terlalu daif sehingga terpaksa membahagikan empat ekor ikan kepada 13 orang.

Kehidupan Keluarga Kisah Rumah Tangga Sedih

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang berduit dan mampu memiliki apa yang kita inginkan apabila kita minta. Bagi sesetengah individu, rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha yang keras.Dalam perkongsian IIUM Confessions, seorang lelaki bernama Sam telah menceritakan jerih perit kehidupannya menjadi anak petani yang sering dihina oleh guru dan rakan sekelasnya kerana mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“ Nama aku Sam dan semestinya ia bukan nama sebenar. Asal dari negeri Pok Jib. Lelaki dan sekarang kerja kerajaan. Aku cuma nak meluah pasal adik beradik aku yang seramai 14 orang. Kakak, abang dan adik aku telah menghadap ilahi masa kecil. Aku anak kelima (selepas tolak abang dan kakak yang dah tak ada).

“ Jadi, 11 oranglah kiranya yang duduk serumah. Termasuk ibu ayah aku, kami duduk 13 orang serumah. Rumah kami rumah kayu. Duduk kat kampung yang rata-ratanya adalah keluarga terdekat kami.”Cerita Sam bermula apabila dia masuk ke sekolah menengah. Oleh kerana dia banyak bercakap,

dia mengikuti debat sekolah dan mewakili negeri. Kemudian dia menjadi ketua pengawas pula semasa di Tingkatan Enam (2011). Namun kedatangan seorang guru dari Borneo telah mengubah segala-galanya.Sewaktu sesi perkenalan bersama guru tersebut di kelas, Sam dihadapkan dengan pelbagai soalan.

Antaranya, soalan mengenai berapa adik beradik yang dia ada.“ Aku cakap 11 orang. Anak kelima. Dia terkejut. Terkedu sebentar. Pastu dia cakap, ramai gila. Kuat eh bapak ko. Masa ini kawan-kawan aku dok gelak. Aku macam, apa masalah kau adik beradik aku ramai?“ Tapi dalam hati, hormat guru itu nombor satu.

Aku diam. Senyap. Kawan-kawan masih gelak. Cikgu pun. Aku malu. Rasa nak nangis. Tapi aku cakap dalam hati, tak apa. Sabar. Kau lelaki. Tahan air mata,” cerita Sam.Lepas tu guru tersebut menyuruh satu kelas membuat pembentangan pula. Semuanya mengenai keluarga kerana semata-mata nak menghabiskan dua jam kelasnya yang pertama kali mengajar di situ.

Kesemua rakan-rakan Sam membentangkan mengenai keluarga mereka yang kecil dan berjaya.Ibu bapa mereka kebanyakannya guru, pilot, miliki bisnes sendiri dan anak-anak datuk datin. Sam terkedu, adakah dia seorang saja anak petani di sini? Dia masuk sekolah itupun kerana cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Kemuncaknya apbila rakan kelas aku seorang ni buat pembentangan beliau. Ayah pilot. Mak guru. Ayat beliau yang aku takkan lupa:“ Malaysia makin mundur disebabkan lambakan penduduk yang miskin tapi subur membiak. Dah tahu hidup miskin, beranak setiap tahun tu kenapa?

“ Mak dah jadi kilang anak. Lepas itu sibuk nak minta subsidilah, bantuan kewanganlah. Patut Malaysia amalkan satu keluarga satu anak sahaja. Ayah kerja petani tapi anak berderet.” Fuhh pedas tegurannya tu!Waktu tu Sam tergamam mendengar kata-kata rakan sekelasnya. Dia kemudian membentang tentang keluarganya pula.

Ibunya seorang suri rumah manakala ayah pula kerja sebagai petani. Kadang-kadang mereka sekeluarga makan empat ekor ikan berkongsi 13 orang. Kadang pula tiada lauk langsung. Mereka hidup susah namun tidaklah melarat.Walaupun Sam berjanji suatu masa nanti dia akan berjaya dan dia meminta orang ramai jangan memandang enteng kepada anak seorang petani.

Jangan pandangnya sebagai seorang pengemis!Dan kini Sam berjaya membuktikan janji-janjinya. Bermula dengan menjadi guru sandaran, kemudian dia mengambil ijazah dengan wangnya sendiri tanpa meminta bantuan daripada mana-mana sumber. Sekarang, dia bekerja dengan kerajaan dengan gaji RM18,000 sebulan! Wow!

“ Aku pernah berjanji akan buktikan anak petani yang miskin itu akan berjaya. Dan sekarang, aku berjaya. Rumah kami telah berpindah ke tempat lain. Negeri lain. Jauh menyeberangi Laut China Selatan. Aku dan keluarga ingin mulakan hidup baru,” kata Sam lagi.Sementara ayahnya kini bukan lagi seorang petani namun seorang nelayan pula.

Walaupun Sam sudah mampu menyara kehidupan mereka, ayahnya berkeras mahu bekerja. Lelaki tua itu juga kini sudah memiliki kereta pacuan empat roda hasil duit jerih payahnya.“ Anak petani itu berjaya. Kepada cikgu, sekiranya cikgu membaca confession ini, saya tidak mengambil hati perbuatan cikgu. Kawan sekelasku, anak pilot.

Jangan merasa bersalah denganku lagi. Aku bersyukur dipertemukan dengan kalian. Hari itu menjadi titik tolak keazaman aku belajar lebih keras sehingga berjaya,” kata Sam di akhir entri.Sesungguhnya janganlah memandang rendah akan kesusahan yang dialami orang lain. Beri semangat dan bantu mereka untuk terus berjaya dalam hidup.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: iiumc via lobakmerah

Kisah ibu melahirkan 21 anak, persalinan pertama usia 13 tahun

Brilio.net – Setiap orang memiliki perbedaan pendapat dan keinginan dalam mempunyai keturunan. Sebagian orang menyukai anak sedikit, namun sebagian yang lain menginginkan kehadiran buah hati dalam jumlah banyak.Jika di Indonesia ada Gen Halilintar yang terdiri dari 11 anak,

maka di Inggris ada sebuah keluarga yang melebihi jumlah anggota Gen Halilintar. Ya, keluarga Noel dan Sue Radford menjadi keluarga dengan jumlah anak terbanyak di Inggris.Dilansir brilio.net dari mirror.co.uk pada Sabtu (5/1), seorang ibu berusia 43 tahun bernama Sue Radford beserta suami dan ke-21 anaknya diundang salah satu saluran TV di Inggris.

a pun diwawancara tentang keluarga besarnya itu.Rupanya, Sue Radford hamil anak pertamanya di usia 13 tahun, sementara pacarnya masih berusia 18 tahun. Hal ini menjadi sebuah fakta yang mengejutkan dan berhasil menyedot perhatian masyarakat di Inggris.

Kini Sue Radford sudah memiliki 21 anak. Anak terakhirnya berjenis kelamin perempuan dan kini masih bayi. Sudah terbiasa melahirkan anak, pada kelahiran anak terakhir Sue seakan tidak begitu merasa kesulitan. Bahkan ia berhasil melalui proses persalinan anak ke-21 itu hanya dalam 12 menit saja.

Tahun lalu, Sue berbicara kepada This Morning, dengan pembawa acara Eamonn Holmes dan Ruth Langsford tentang persalinan anak terakhirnya yang mudah. “Dia sangat cepat, dia tidak mengalah. Saya pikir mereka punya tenaga kerja saya sekitar 12 menit,” ucap Sue.Sue juga menjelaskan bahwa ini adalah anak terakhirnya. Ia tidak berniat memiliki anak lagi.

“Aku berkata pasti tidak ada lagi terakhir kali. Aku pikir kita hanya suka memiliki keluarga besar. Menyambut bayi yang baru lahir ke dalam hidup kita,” tuturnya.Dengan banyaknya anak yang ia miliki, itu berarti bahwa Sue juga akan memiliki lebih banyak keturunan. “Jika itu kecanduan, kami akan menyerah. Kami akan selalu memiliki banyak cucu.”