Kemelut Janna Nick dan Sheila Rusly tentang anak lelakinya, akhirnya Jinggo suami Sheila buka mulut.

Artis

“VIDEO yang saya rakam ini tidak menyindir mana-mana individu termasuk Janna Nick. Ia dibuat secara spontan dan tiada kaitan dengan sesiapa,” kata pengarah produksi, Azman Yahya atau Jinggo. Suami kepada pelakon, Sheila Rusly itu menegaskan, menerusi video dimuat naik di Instagram (IG), hari ini, dia tidak menujukan sebarang sindiran kepada pelakon, Janna Nick.

Biarpun tidak menyebut nama, ada dalam kalangan pengikut IG mengaitkan Janna Nick selepas Jinggo mengatakan perempuan yang cantik sering mendatangkan masalah kepadanya. Jinggo yang dihubungi berkata, terpulang kepada mana-mana pihak untuk mentafsir kerana jika berfikir negatif ia akan menjadi negatif.

Jinggo tidak menyindir Janna Nick atau sesiapapun dalam video yang dimuat naik di IG nya. “Setiap hari saya memuat naik video di IG dan bercakap umum kepada pengikut. Memang kami suka bergurau bersama kru dan pelakon seperti Ayda Jebat yang memahami.

“Lagi pun, saya tidak cakap nama mana-mana orang. Jika dilihat dalam video yang dimuat naik di YouTube sebelum ini, saya akan bercakap tanpa mengkhususkan kepada sesiapa,” katanya. Menurutnya, pemikiran orang ramai tiada kawalan dan ia terpulang pada tafsiran masing-masing. “Saya buat IG bukan untuk mendapatkan wang. Ia cuma kaedah untuk berfikir dan aktif memandangkan saya adalah pengarah produksi,” katanya.

Sementara itu, Janna Nick yang dihubungi memberitahu belum menonton video dimuat naik Jinggo di IG berkenaan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : hmetro

Janna Nick Bergurau Tak Kena Tempat, Komen Menggunakan Bahasa Kasar Di Video Anak Hairul Azreen, Janna Ditegur Oleh Warganet.

DIRINYA pernah terkait dengan isu ‘bercakaran’ sesama artis baru-baru ini. Begitupun, bakat yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Janna Nick, menganggap perkara itu tidak memberikan kesan negatif terhadap kerjayanya sebagai anak seni. Sebaliknya, ia tentu sekali mengajar beliau untuk menjadi insan yang lebih berhati-hati.

Bukannya mahu bermusuh dengan sesiapa, apatah lagi pada tanggapannya artis baharu datang silih berganti, Janna, 21, menjadikan episod panas membabitkannya dengan Ruhainies sebagai pengajaran untuk menjadi lebih matang. Tidak juga menjadikannya sebagai jalan pintas untuk melonjakkan nama, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner lebih suka menumpukan perhatian pada cara bagaimana untuk mengekalkan kedudukannya agar terus relevan dalam industri hiburan tanah air.

Baru-baru ini, Hairul Azreen telah memuat naik video gelagat comel anak keduanya, Alisa Aisya di Instagram, yang sudah pandai membuat mimik muka apabila namanya dipanggil. Apa yang menjadi perhatian  ialah komen Janna yang ditegur warganet Video tersebut telah berjaya menarik tumpuan ramai, dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 246,000 walaupun baru dua jam dimuat naik.

Comelnya…aku pijak kang. Namun, salah satu komen daripada rakan artis iaitu Janna Nick telah mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen, yang merasakan komen yang diberikan berbunyi agak kasar.

Ok one more time… Selepas ditegur, Janna bertindak memadam komen tersebut dan menukarkan kepada bahasa yang lebih elok. Memanglah Janna tiada niat untuk memijak bayi Hairul, tetapi tidak semua orang boleh menerima gurauan kasar, tetapi disini sikap Janna juga perlu dipuji kerana tidak mudah melatah dan menerima teguran dengan positif.

Video Yusuf Tenangkan Adiknya Yang Sedang Nangis Saat Hanis Dan Hairul Tiada, Yusof Buat Ramai Melting

Baru-baru ini, keluarga bahagia Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bertambah ahli keluarga dengan kehadiran anak kedua mereka pada Pada 24 May lalu. Lengkap sepasang, kali ini pasangan ini dikurniakan baby perempuan setelah melahirkan Yusuf Iskandar pada 2016. Bagaimanapun, baby kedua ini dikatakan seiras Yusuf dan diberi nama Alisa Aisyah.

Terbaru pula, menerusi Instagram Hairul memuat naik rakaman video anak sulungnya sehingga ia menjadi perhatian ramai dan meraih hampir 700 ribu tontonan. Kelihatan Yusuf sedang menenangkan adiknya dan gelagat comelnya itu menerima pujian peminat anak selebriti selain mereka juga cair dengan kelakuan Yusuf.

VIDEO :

Sumber  :  Instagram Hairul Azreen,Hanis Zalikha via HCL

Hanis Zalikha Selamat Melahirkan Anak Keduanya Bernama Alisa Aisyah Di Bulan Yang Mulia Ini

Pada pukul 5.59 petang tadi, pelakon dan juga pengacara cantik, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan bayi perempuan. Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh suaminya iaitu Hairul Azreen di akaun Instagramnya. Dapat baby girl. Menerusi muat naik itu juga, Hairul turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

“Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira,Di bulan ramadhan ni isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59pm , Dua2 anak Daddy lahir hari Jumaat, Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang Thank you my bam bam”

Buka akaun Instagram. Bayi comel yang lahir pada hari Jumaat ini telah diberi nama Alisa Aisyah binti Hairul Azreen. Anak kedua pasangan selebriti tersebut di lihat begitu comel dipelukkan Hairul. Mereka juga telah membuat akaun Istagram rasmi untuk anak kedua mereka.

Assalamualaikum Alisa. Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah diatas kelahiran bayi perempuan pasangan sama cantik sama padan ini. Mereka turut mengucapkan selamat berpantang kepada Hanis Zalikha. “Eh kenapa yusuf jadi kecik balik ni!!! Copy paste sungguh tahniah keknissss!!!”

“Wahhhh sebijik muka abang lah. Tahniah Hairul and family!” “congrats! Alhamdulillah sihat & comelllllll jugakkk” “Alhamdulillah rezeki ramadan!!!! Pasni theyusufiskandar mesti belajar make up kan adik dia” “alhamdulillah. thaniah..kuo² muka abg dia sgt..seronoknya ada bby..doakn sy pulak ada rezeki bby..”

“Alhamdulillah . Assalamualaikum Alisa Aisyah muka yusof” “Allahuakbar cantiknyaaaa tahniahh buat family” “Buka2 ig jaa nampak post ni alhamdulillah , selamat berpantng mommy nis” “Congratulations Hairul & Keknis haniszalikha. Assalamualaikum baby Alisa Aisyah” “alhamdulillah selamat bersalin. Comelnyaa.” “Anaaaaaaaaaa..anak buah kita dh bertambah nihhhhhhhhh ”

Sebelum ini, Hairul dan Hanis telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Yusuf Iskandar yang sudah pun menjangkau usia 3 tahun. Petah berkata-kata dan sangat aktif, keletah Yusuf sering menjadi perhatian para pelayar Instagram. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Janna Nick Tak Kisah Suami Tak Kaya Asalkan Rajin

Baru-baru ini, Janna Nick kongsikan ciri-ciri lelaki idamannya. Menurut Janna, dia mengakui takut didekati lelaki kaya kerana tidak mahu dianggap dirinya mudah dibeli dengan wang ringgit. “Memang saya tak pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin lelaki kaya. Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan lelaki kaya sering berfikiran semua wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit,” katanya kepada BH Online.

Menurutnya lagi, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana baginya wang bukan penentu kebahagiaan. “Saya tidak kisah jika bakal suami nanti tidak kaya. Asalkan dia rajin, itu sudah memadai kerana boleh juga membantu bisnes saya. Kalau malas, saya tendang saja,” ujarnya. Apabila ditanya tentang sikap terbukanya berkawan dengan golongan

sejenis, dia tidak boleh membataskan pergaulannya memandangkan dia merupakan seorang ahli perniagaan. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Janna Nick, Hairul Azreen, astrogempak, bharian via tubeviral