Kini viral di kelantan, cinta budu awek korea

Percintaan Viral

Makan nasi dagang bersama budu agak luar biasa namun bagi seorang wanita Korea, You Narae, sos bilis itu adalah satu kemestian buatnya setiap kali makan nasi. Situasi itu dialami apabila dia dan teman lelakinya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 27, mengunjungi rumah seorang kenalan sempena majlis kenduri di Kampung Petani Sering di sini, semalam

dan mereka dihidangkan nasi dagang sebelum wanita itu meminta budu untuk dimakan bersamanya. Telatahnya itu mencuit hati tetamu lain, sekali gus menarik perhatian ramai untuk mendekati wanita terbabit yang agak peramah. Wanita yang berusia 27 tahun itu mengikut Nik Muhammad Ryzal pulang ke kampung halaman jejaka itu di Taman Sari di sini, sejak 3 Jun lalu untuk menyambut Aidilfitri.

Sejak menjejakkan kaki ke Malaysia, You Narae berkata, dia sudah terpikat dengan negara ini khususnya Kelantan terutama dari segi makanan, dialek dan persekitaran yang dianggap sangat unik. “Saya sangat sukakan Kelantan sebab banyak makanan dan dialek mereka juga lain berbanding bahasa Melayu dan itu menyebabkan saya mahu mendalami semua berkaitan Kelantan.

“Sambutan Aidilfitri sangat meriah, ramai memakai pakaian yang cantik dengan pelbagai rekaan menarik, malah makanan yang dihidangkan juga sangat sedap.“Sejak hari raya pertama lagi saya dibawa beraya di beberapa buah rumah dan juadah yang paling saya gemar adalah lemang

dan ketupat yang dimakan bersama rendang,” katanya ketika ditemui. Mengenakan busana kurung moden warna merah hati, You Narae turut memakai selendang yang dililit sendiri dan kehadirannya di majlis kenduri itu menarik perhatian, malah ramai yang mengambil peluang bergambar kenangan.

KOTA BHARU 30 OKTOBER 2018. Nik Muhammad Ryzal, 26 berasal dari Kelantan yang menuntut di Universiti Korea, Seoul, sejak Disember tahun lalu mengajar teman wanitanya, seorang warga Korea, You Narae, 26 belajar menguasai Bahasa Melayu dan mampu menghafal lagu dikir moden dalam tempoh seminggu saja.

Nik Muhammad Ryzal berkata, dia mula mengenali wanita itu sejak setahun lalu ketika melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan di Universiti Korea, Seoul dan mula rapat sejak awal tahun ini. Katanya, hubungan mereka kini semakin serius dan You Narae sudah bersedia bila-bila masa untuk memeluk Islam, malah mereka berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada hujung bulan ini.

Lebih menarik, Nik Muhammad Ryzal melamar You Narae di hadapan tetamu secara mengejut tanpa diketahui wanita itu dan ketika sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya, perasaan terharu jelas tergambar di wajahnya. Nik Muhammad Ryzal berkata, dia menerima sokongan penuh daripada kedua-dua belah keluarga terutama ibu bapa You Narae yang menyerahkan kepada anak mereka untuk memilih mana-mana agama.

KOTA BHARU 07 JUNE 2019. Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 27, bersama teman wanitanya You Narae, dari Korea, memberi duit raya kepada kanak-kanak ketika mengunjungi rumah seorang kenalan sempena majlis kenduri di Kampung Petani Sering. STR/SITI ROHANA IDRIS.

KOTA BHARU 07 JUNE 2019. Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 27, bersama teman wanitanya You Narae, dari Korea, mengacau gulai kawah ketika mengunjungi rumah seorang kenalan sempena majlis kenduri di Kampung Petani Sering. STR/SITI ROHANA IDRIS.

“Sebelum ini mereka tidak menganut mana-mana agama dan saya berasa bertuah kerana perkenalan saya dengan You Narae membuatkan dia terbuka hati untuk mengenali Islam dan dia melakukan itu secara rela hati. “Sejak beberapa bulan lalu, You Narae sudah mula belajar cara bertudung, memasak juadah Melayu, cuba bertutur dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan dan paling penting dia bertanya mengenai Islam.

“Beberapa hari sebelum pulang ke Kelantan, dia asyik bertanyakan saya bila ingin dibelikan baju kurung dan tudung kerana tidak sabar hendak memakainya malah tudung yang dipakainya hari ini (semalam) juga dililit sendiri walaupun 40 minit masa diambil,” katanya.

Sumber : nalurikini

Artikel lain : Wanita jatuh cinta dengan lelaki gelandangan kini mereka dianugerahkan sepasang anak kembar.

Vic Kocula merupakan seorang lelaki gelandangan ketika pertama kali bertentang mata dengan kekasih hatinya, Emmy Abrahamson yang merupakan seorang pelakon Sweden yang terkenal pada ketika itu. Kredit: Chris Mcandrew

Vic, 36, dibesarkan di Toronto, Kanada, oleh bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan dan ibunya yang berkerja sebagai tukang cuci. Vic menjadi gelandangan apabila dia mengembara ke Eropah dan menyedari bahawa dia tidak lagi mempunyai wang dan memutuskan untuk tinggal di jalanan

dan melakukan kerja-kerja umum dengan bayaran tunai.Akhirnya, Vic tenggelam dalam dunia dbahanh terlarang dan minuman keras, mengusung beg tidur dan tin-tin air minuman keras dalam beg.Vic, berkata: “Secara perlahan-lahan, tiba-tiba suatu hari saya menyedari, ‘Oh tuhanku, saya seorang gelandangan yang kaki botol.” Kredit: Alamy

Berbeza pula halnya dengan Emmy. Emmy, 41, berasal dari Sweden dan sering kali mengembara kerana tugas bapanya sebagai wartawan urusan luar negeri.Emmy berpelajaran tinggi dan mampu bertutur lima bahasa dan merupakan lepasan dari sekolah lakonan di London, sebelum menemui Vic Kocula yang kaki botol. Kredit: The Sun

Kisah cinta mereka mendapat perhatian apabila Emmy berkata: “Saya jatuh cinta dengan seorang lelaki yang tinggal di belukar. Seorang lelaki yang tidak mempunyai pendapatan, atau prospek kerjaya – atau kasut.”Emmy memutuskan untuk berhenti dari bidang lakonan dan kini

merupakan seorang pengarang buku kanak-kanak.Kisah cinta pasangan yang luar biasa ini bermula pada 12 tahun yang lalu apabila pasangan ini ditakdirkan bertemu di sebuah taman di Amsterdam, ketika Emmy sedang menunggu seorang pengarah filem. Kredit: ITV

Vic berkata: “Seorang wanita cantik duduk di sana sendirian dan dia kelihatan sangat bersemangat, dengan senyuman di wajahnya. Saya pergi dan berbual dengannya. “Vic, yang pada ketika itu berumur 25 tahun, tidak mempunyai penampilan yang begitu menarik.Dia berkata: “Apabila anda seorang gelandangan, kaki anda menjadi teruk. Anda tidak mencuci stoking dan anda tidur di taman dengan kasut basah sentiasa di kaki anda.”

Kredit: YouTube/ Steve TV Show

Namun, Vic memberanikan diri dan berbual dengan Emmy. Ajaibnya, Vic berjaya memikat Emmy kerana bagi Emmy, Vic mempunyai “mata berwarna coklat yang indah” dan mereka ketawa beberapa kali sepanjang sesi perkenalan yang ringkas itu.Apabila Vic meminta Emmy bertemu dengannya enam hari kemudian, di kerusi taman yang sama, dia bersetuju.

Emmy, yang pada ketika itu baru sahaja menamatkan hubungan selama empat tahun, berkata: “Di satu pihak, saya telah dilenyapkan oleh penampilannya yang tidak disukai. Tetapi ada sesuatu tentang dia yang sangat menarik yang membuatkan saya mahu berjumpa dengannya lagi. “Apabila Vic muncul – 20 minit lewat dan menunggang basikal kanak-kanak – Emmy masih terpikat dengannya.

Kredit: The Sun

Emmy, yang telah menulis novel (How To Fall In Love With A Man Who Lives In A Bush) berdasarkan kisah cinta mereka, berkata: “Saya benar-benar cuba untuk melawannya tetapi saya sangat tertarik kepadanya.”Selama enam jam mereka bertemu di Amsterdam, berkelah dan menikmati pemandangan, Emmy yakin dia sudah jatuh cinta.

Dia berkata: “Sepanjang masa bersama, saya menyedari Vic adalah orang paling lucu, paling gembira dan paling optimis yang pernah saya temui. Dia mempunyai impian untuk kehidupan yang memukau dan hebat. “Pasangan ini berjumpa sebanyak tiga kali sebelum Emmy pulang ke Vienna, Austria. Perpisahan ini seolah-olah menyebabkan mereka mungkin tidak akan bertemu lagi. Kredit: YouTube/ Steve TV Show

Emmy ada memberikan Vic nombor telefonnya tetapi kerana Vic tidak mempunyai telefon sendiri, maka Emmy meragui bahawa Vic akan menghubunginya.Tetapi tiga minggu kemudian – pada hari ulang tahun ke-30 Emmy sementara Vic menghabiskan hujung minggu di bilik besi kerana mengambil ayam tanpa kebenaran– Vic telah menelefonnya.

Vic telah memperoleh wang yang mencukupi dengan melakukan kerja-kerja umum untuk membeli tiket kereta api ke Austria dan bertemu dengan Emmy. Dua tahun kemudian, mereka telah berkahwin di istana grand Belvedere di Vienna. Kini, pasangan ini adalah ibu bapa kepada kembar berusia enam tahun, Desta dan Til.Vic berjaya membetulkan dirinya, tingggalkan minuman keras dan kembali belajar di universiti selama lima tahun sementara Emmy menyokongnya.

Vic belajar bahasa Sweden dan kini seorang jurutera mekanikal.Walaupun pasangan ini mempunyai kisah percintaan yang luar biasa, namun tidak semua orang merestuinya. Emmy berkata: “Saya kehilangan dua orang kawan lama saya kerana mereka tidak dapat menerimanya. Hal ini sangat menyakitkan hingga ke hari ini.” Kredit: The Sun

Buat ibu bapa Emmy pula, mereka tidak tahu bahawa Vic pernah menjadi gelandangan sehinggalah mereka membaca novel karangan Emmy itu.Selepas bertemu Vic untuk kali pertama, ibu bapa Emmy merestui hubungan mereka.Vic tahu betapa bertuah dirinya kerana diberi peluang oleh gadis cantik yang ditemuinya itu. Sekiranya mereka tidak bertemu di taman, Vic tidak tahu apa yang akan berlaku kepadanya.

Sumber: The Sun via era baru.