Artis Kehidupan Keluarga

Kisah seorang ibu yang mencari anaknya. Mak dah cukup sengsara di sini. Kalau sayang mak, ambil mak di rumah orang tua tua.

“Nak, kalau sayangkan mak, ambil mak di rumah orang tua-tua. Mak tak nak duduk sini.” Begitu rintihan seorang wanita warga emas yang ingin mencari anak-anaknya kerana tidak mahu menghabiskan sisa hidupnya di pusat jagaan warga emas. Posting video tersebut tular di Facebook selepas ia dimuat naik oleh seorang usahawan wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Sri.

Menerusi video berdurasi 31 saat itu, Maimon Abdul Hamid yang berusia 67 tahun merayu agar anaknya sudi membawanya tinggal bersama. “Harapan mak jangan lupa… mak dah cukup sengsara di sini. “Kalau ada perikemanusiaan seorang anak…” katanya melalui rakaman tersebut.

Menurut wanita yang merakam video itu, dia berharap Maimon dapat bersatu dengan anak-anaknya untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai sebuah keluarga pada tahun ini. “Saya cuma nak penuhi impian Makcik Maimon berjumpa semula anak-anak dia.

“Saya juga bukan nak jaga tepi kain orang , tapi terpaksa ambil jalan viral ini semata-mata nak tolong dia,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Maimon kini tinggal di pusat jagaan warga emas di Johor Bahru. Tambah wanita yang menetap di Johor Bahru itu, dia dan rakan baiknya sering berkunjung ke pusat jagaan yang menempatkan Maimon

selepas warga emas itu dibuang keluarga beberapa tahun lalu. Menurut Sri, Maimon memiliki tujuh anak hasil daripada tiga perkahwinannya. Selepas video tersebut tular, anak bongsu Maimon yang kini menetap di Batam, Indonesia berjaya dijejaki. “Anak lelakinya hidup susah di Batam,

tetapi sanggup berhijrah ke Malaysia untuk menjaga ibunya. Tetapi, masalah untuk mendapatkan permit pekerjaan bagi anak lelakinya itu mungkin timbul. Jadi, kalau ada sesiapa yang dapat hulur bantuan, dapatlah Makcik Maimon bersatu dengan anaknya,” kata Sri.

sumber: mstar

Artikel lain: 7 Cara Menghargai Ibu Bapa Ketika Mereka Masih Hidup

CARA MENGHARGAI IBU BAPA. Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya. Adakah dengan ungkapan sahaja sudah menunjukkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah? Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sesungguhnya kita semua sudah mengetahui bahawa syurga itu di tapak kaki ibu, tapi sejauh manakah kita menjaga syurga kita dalam hidup kita?

Ayah yang membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya menjadi manusia yang bekerjaya di dunia ini. Apa balasan kita terhadap pengorbanannya? Terbayarkah kita setiap keringat yang di keluarkan oleh ayah untuk melihat kita berjaya? Hargailah ibu dan ayah selayaknya.

Balaslah setiap pengorbanan mereka dengan kasih dah sayang kita. Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita. Bagaimana anda menghargai ibu dan ayah anda? Jadikanlah panduan ini untuk anda menyayangi insan yang bernama ibu dan ayah.

1. Lemah-Lembut Semasa Berbicara. Apabila manusia semakin berumur mereka lebih sensitif dalam setiap perkara. Lidah umpama belati yang tajam menghiris setiap hati manusia dengan kata-kata. Pastikan setiap bicara kita lemah-lembut apabila berhadapan dengan ibu dan ayah kita yang semakin berusia. Genggam erat tangan ibu-bapa kita

2. Gembirakan Hati Mereka. Semasa kecil, ibu dan ayah sentiasa memenuhi permintaan kita dengan harapan kita gembira. Balaslah jasa mereka dengan menggembirakan hati mereka. Tidak perlu duit beribu ringgit cukuplah kita prihatin dengan keperluan mereka. Gembira di sini terlalu banyak konteks yang boleh dibincangkan. Secara mudahnya, usah sesekali mengguris hati mereka. Panjatkan doa agar ibu-bapa sentiasa dilindungi Allah

3. Doakan Ibu Bapa. Doa merupakan senjata orang mukmin. Biar jauh beribu batu tapi jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat Doa juga pengikat kasih sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahukan wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali selepas solat, titipkan doa untuk mereka. Orang tua selalu menunggu panggilan anak-anak

4. Hubungi Mereka Walau Di mana Kita Berada. Hubungilah ibu dan ayah anda sekerap yang mungkin. Mengambil berat tentang mereka adalah tanggungjawab setiap anak. Gunakan kemudahan teknologi yang ada sekarang untuk menghubungi mereka. Hargailah ibu dan ayah anda.

Tanpa mereka siapalah kita. Cintailah mereka tanpa syarat,kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga tidak bersyarat. Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita. Bukan kek yang ibu-bapa mahu, cukup sekadar doa

5. Hargai Mereka Pada Hari Lahir Kita. Biasanya, ramai orang menyambut ‘birthday’ dengan kawan-kawan. Jarang kita dengar ada yang hubungi ibu yang melahirkan kita. Ramai yang berseronok dengan kawan-kawan sehingga melupakan orang yang meraung kesakitan ketika melahirkan kita. Percayalah, setiap ibu akan menunggu anak-anak mengucapkan “Terima kasih mak” pada hari lahir anak-anaknya. Teruja dapat jumpa cucu dan anak-anak

6. Peluk Dan Cium Ibu Bapa Selalu. Semakin mereka bertambah usia, semakin sensitif. Mahupun luaran tidak menunjukkan mereka ingin dipeluk dan disayang, ibu-bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh. Rumah yang pada masa dahulu penuh dengan hilai tawa, semakin suram.

Anak-anak yang jarang melawat membuat mereka semakin terasa keseorangan. Pelukan dari cucu tidak sama dengan pelukan anak sendiri. Anda anda rasa sebak bila memeluk orang yang bertanggungjawab melahirkan kita. Seronok bersembang dengan kawan-kawan lama.

7.  Bawa Mereka Melawat Saudara Mara Dan Kawan Lama. Usah ingat mereka tidak mahu melihat dunia luar. Jangan salah tafsir di sini. Mereka bukannya mahu di bawa ke Langkawi  atau Kota Kinabalu untuk bercuti hujung minggu atau semasa musim cuti sekolah. Bagi mereka, itu sudah lama berlalu.

Jauh di sudut hati mereka, ibu-bapa mengharapkan anak-anak membawa mereka melawat saudara mara yang sudah lama tidak ketemu. Mereka dambakan pertemuan dengan kawan-kawan lama sekolah mereka, lebih-lebih lagi yang 20-30 tahun tidak berjumpa.

Mereka ingin mengimbau tempat mereka membesar, sekolah mereka belajar dan tempat mereka mula-mula memulakan kehidupan sebelum kelahiran mereka. Permintaan ini jarang dizahirkan oleh mereka. Semoga anak-anak lebih memahami kehendak ibu-bapa ini.

sumbeR: zayan.my