Artis

Komposer Edry Abdul Halim dedahkan sesuatu tentang anak ketiganya. Tak sangka ini kata kata cikgu kepada anaknya yang merupakan anak Autisme.

Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim bersyukur kerana akhirnya anak ketiganya, Emery, 11, yang merupakan anak autisme sudah bersekolah di Manchester , United Kingdom. Edry memberitahu Emery mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah tersebut yang dikhaskan untuk anak-anak istimewa seperti anaknya.

“Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain.. “Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son,” tulisnya. Anggota kumpulan KRU itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terdahulu Edry pernah memberitahu dia membuat keputusan untuk berhijrah bersama keluarganya ke Manchester bagi membolehkan Emery mendapatkan pembelajaran terbaik sebagai golongan autisme. Hampir 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohamed dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Emil, 18, Edylia, 15, Emery, 11, dan Elya, 8, Edry mengakui dia tidak pernah meluangkan masa yang banyak dengan keluarga.

Oleh sebab itu, apabila berita pembubaran KRU diumumkan, lelaki berusia 42 tahun itu memberitahu selepas ini fokusnya hanya keluarga, bukan lagi kepada muzik. Hal ini kerana anak ketiga Edry, Emery merupakan kanak-kanak istimewa autisme yang tidak mampu bercakap seperti orang lain. Dia memerlukan sekolah serta pengajian yang berbeza di luar negara.

Bakal berhijrah ke benua Eropah demi memastikan kebajikan anaknya itu terjamin, Edry memberitahu, dia tidak mahu lagi culas dalam memberikan perhatian kepada Emery setelah tanggungjawab seni secara rasminya tamat bersama KRU.

Dalam perkembangan lain, Edry memberitahu dia tetap akan meneruskan kariernya seperti biasa malah sudah pun melancarkan syarikat rakaman iaitu KRU Entertainment UK Limited yang berpangkalan di Manchaster. Kata Edry, penubuhan syarikat itu diharap dapat mencari bakat baharu dari Eropah selain memperkenalkan artis dari negara Asia ke sana.

“Saya juga akan berulang-alik ke Malaysia… Seboleh-bolehnya sekali dalam dua bulan. “Sekiranya ada kerja perlu diselesaikan mungkin saya akan lebih kerap pulang ke sini,” jelasnya.

sumber : Astro gempak

‘Edry yang cipta’

Lagu Aku Sanggup yang dikatakan dicipta penyanyi Singapura, Sufi Rashid menimbulkan tanda tanya apabila turut layak ke separuh akhir program Muzik Muzik 32 (MM32) memandangkan syarat pertandingan hanya komposer tempatan yang layak bertanding.

Sufi ketika ditemui berkata, lagu itu memang ada mendapat sentuhan ideanya, tetapi diolah dan dihasilkan semula oleh komposer Edry Abdul Halim. “Memang Edry yang menghasilkan lagi Aku Sanggup. Saya cuma memberikan idea, tetapi secara keseluruhan dia yang hasilkan. Jadi, tiada isu mengenai komposer dan kerakyatannya,” katanya yang menghargai hasil karya Edry untuk lagu itu.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif MM32, Nurhul Huda Khalid berkata, sejak di peringkat awal penyertaan, lagu itu adalah karya Edry. “Memang ketika penyertaan dihantar, pihak kami dimaklumkan Aku Sanggup adalah hasil karya Edry dan tidak timbul sebarang masalah mengenainya,” katanya. Sufi akan bertanding pada minggu kedua separuh akhir MM32 yang akan bermula Ahad ini hingga 12 November depan.

Sumber : myMetro