Lelaki ini pancing gajinya 40k dan mampu kahwin 2,tapi respon ex gf lelaki ini tidak termakan dengan kata katanya disebabkan berlainan taraf.

Kehidupan Pendidikan Percintaan

Gambar sekadar hiasan.Assalamualaikum salam sejahtera. Min, aku bukan nak minta kecaman warganet. Tapi lebih nak meluah rasa kecewa dengan diri sendiri dan kadang2 rasa menyesal. Nak imbas balik cerita 8-9 tahun lalu. Masa tu aku study di sebuah kolej untuk sijil kemahiran. Aku tak handsome min. Hitam, buruk, selekeh, miskin.

Masa tu aku ada kenal dengan sorang perempuan. Dia sekolah berhampiran dengan kolej aku dan dia tingkatan 5 waktu tu. Dia cantik, tak cerah sangat tak gelap sangat, dia bijak ada masa depan, dan dia juga datang daripada keluarga yang kaya.Di pendekkan cerita, kami berkapel.

Cinta monyet lah waktu tu. Rasa bangga time tu sebab aku tak handsome, dapat girlfriend cantik bijak kaya. Time tu aku berangan kalau aku dapat kawin dengan dia, mungkin dia dapat bantu ubah ekonomi keluarga aku. Yelahh takkan isteri sanggup tengok suami susah kan. Sepanjang berkapel dengan dia, aku tak dapat nak ikut rentak dia sebab dia maintenance tinggi walaupun masih sekolah.

Pernah 1 masa dia hina aku sebab aku ada rm4 saja keluar dating dengan dia dan aku minta dia belanja aku sebab aku cakap win win situation lah sebab aku yg selalu keluar duit time dating. Masa tu aku tengah praktikal. Setiap hujung minggu kami dating. Setiap hujung minggu juga aku paksa dia ponteng kelas tambahan dan keluar dating dengan aku kalau syg kat aku.

Hampir setiap lewat malam aku call dia ajak sembang lama2 walhal aku tahu esok dia sekolah. Setiap malam juga aku ganggu masa ulang kaji dia. Aku paksa dia reply sms aku. Aku tak peduli pun jika dia ada exam di sekolah, aku tetap paksa dia gayut lama2 time malam kat telefon.

Sepanjang kapel, aku cakap kat dia pantang larang untuk hubungan kekal lama adalah boyfriend tak boleh beli baju untuk girlfriend sebab nanti hubungan cepat putus. Kononnya baju dibuat daripada kain, kain dibuat drpd benang dan benang cepat putus. Jadi sepanjang kapel, aku larang dia minta aku belikan baju.

1 haritu tu aku keluar dengan dia, dia minta nak beli baju tp nak aku yang bayarkan. Aku berkeras tak nak sbb aku pegang pada pantang larang tu. Dia merajuk. Masa tu result spm dia dah keluar dan aku tak ambil tahu pun result dia apa. Minggu depan kami keluar dating, dia beli sendiri baju yang dia nak tu.

Aku nak bayarkan, tapi depan cashier dia tolak duit aku.Aku tak sangka haritu itu adalah hari terakhir aku jumpa dia dan dia putuskan hubungan kami. Aku merayu tapi dia tak nak. Dia cakap selama setahun kami kapel, aku ni punca prestasi pelajaran dia jatuh. Dia cakap aku punca result spm dia teruk.

Dia cakap aku nak heret dia jadi bod0h macam aku, tak de pelajaran macam aku, tak de masa depan macam aku. Kalau lah dia tahu waktu tu aku cuma nak kan perhatian dia. Aku takut ada lelaki lain rebut dia dari aku. Sebab tu aku selalu kontrol dia, aku kongkong dia, aku paksa dia dengar cakap aku.

Sekarang aku dah kawin min. Dah ada sorang anak lelaki. Isteri aku bakal melahirkan anak kami yg kedua. Hidup aku dari dulu sampai sekarang kekal miskin dengan gaji tak seberapa, pelajaran tak tinggi, aku tak ada degree, aku tak ada diploma. Aku cuma ada sijil kemahiran sahaja.

Aku menumpang rumah mertua kadang2 rumah mak sendiri. Sampai sekarang aku tak ada rumah sendiri lagi.Isteri aku kerja biasa2 sekadar bantu ekonomi aku agar kami anak beranak takkan kebulur. Isteri aku juga tak berpendidikan tinggi, isteri aku tak cantik, Isteri aku orang kampung yang asal dari keluarga miskin macam aku.

Isteri aku serba serbi kurang.Sampai sekarang juga aku masih stalk fb ex gf aku. Sesekali ada juga aku text ex gf di fb, dia respon tp acuh tak acuh. Aku pancing dia yang aku gaji 40K dan mampu beristeri dua tapi katanya handbag dia lagi mahal dari gaji aku. Katanya dia beli kereta bmw X6 cash sedangkan aku hanya mampu pakai wira 4th hand yang hutang tah bila nak habis bayar.

Dia suruh aku cermin diri aku. Aku sedar min, aku sedar aku ni pipit dihutan sedangkan dia merak kayangan.Dia sekarang makin cantik, bekerjaya, kaya dan baru berkawin hujung tahun lepas dengan laki laki yang sekufu dengannya. Aku tengok video majlis perkahwinan dia di fb, gilang gemilang.

Suaminya seorang pegawai kanan polis. Bergaya betul mereka masa sword barrel.Cara pertuturannya high class. kalau nak dibandingkan dgn isteri aku, bahasa sangat rempit sama mcm aku. Isteri tak pandai bergaya. Tiap hari sebelum tidur aku akan stalk fb ex gf sebab nak tengok life dia.

Ternyata life dia lebih bahagia min.Sampai sekarang dia masih salahkan aku dan cakap aku lah punca dia gagal spm dan strugle untuk masuk uni. Aku dah minta maaf tapi masih dia reply acuh tak acuh. Katanya, jika masa itu boleh di kembalikan, dia menyesal kenal aku dan tak akan bercinta dengan aku.

Sampai sekarang dia benci aku min.Sebelum dia kawen dulu dia reply juga text aku di fb walaupun acuh tak acuh. Sekarang 1 apa pun dia dah tak pernah reply. Aku text ucap tahniah sbb kawen pun dia tak reply. Aku syak dia ada cerita pasal aku kat suami dia sebab bila aku stalk fb suami dia, aku nampak status perli2 aku kat fb.

Bila aku tengok dia bahagia, aku terfikir adakah aku yg bod0h dengan menidakkan jodoh aku 9 tahun yang lalu. Kalau lah aku tak pegang pantang larang kapel tu, kalaulah aku tak ganggu masa masa ulang kaji dia, kalau lah aku tak paksa dia ponteng kelas tambahan, mungkin sekarang dia isteri aku.

Mungkin sekarang aku tak menumpang tinggal di rumah orang tua. Mungkin sekarang ekonomi keluarga aku sedikit baik jika dia menjadi isteri aku. Min, kalau lah aku dapat putarkan masa kembali, aku nak perbetul salah aku dan aku nak berkahwin dengan dia min…. Aku masih sayangkan dia min, aku betul2 nak dia jadi isteri aku.

sumber: kisah rumah tangga.