Lelaki ini terkejut saat dia terjumpa handbag hitam penuh dengan barang bernilai di tepi dinding sebelah kereta Panamera.

Kehidupan Lawak Pelik Tapi Benar

Ganjaran berbuat baik dibulan puasa.Mlm tdi pegi tesco ,masa nk balik nampak la dari jauh 2 orang suami isteri tengah masukkan barang yang dibeli dalam kereta idaman aq.. Panamera beb..Tapi dorang macam tergesa-gesa.. Mungkin nak cepat kot2 ada kes kecemasan.. Aku jalan macam biasa ja pergi dekat kereta.. Kebetulan parking bertentangan dgn kereta diorang.. Elok diorang beredar.. Aku pun nak naik kereta..

Sebelum naik kereta aku suka cek tayar dengan body kereta.. Mna tau kot2 ada org buat naya ka apa ka.. Hehe.. Tiba2 mata ni ternampak ada handbag tersandar dekat tepi dinding.. Kaler hitam bercorak.. Mula macam malas nak ambik tau.. Pastu dalam hati.. Ish.. Beg siapa la tu..Beranikan diri pergi ambik..

Masa tu tiada orang sangat.. Tu yang ambik.. Aku masuk kereta cepat cepat lepas tu apa lagi. Buka laa.. Masyallah.. Iphone s7+ dengan samsung s10 + kot… Huyoo..Buka purse.. Ada kertas cek tulis rm120,000.00..Nak pengsan tengok nilai cek tu.. Dok belek2 benda dalam beg ada perfume, ada kunci audi gilooo.. Buku bank maybank.. Cek jumlah baki rm1,689,922.69..

Dalam envelope kira2 ada rm20,000.00…Ketaq kepala weihh.. Cina kaya nohh…Hehe.. Aku rasa wife laki tu punya beg sbb dlm ic muka sama aku tengok tadi..Tapi aku ni bukan jenis nak makan duit haram.. Ingat allah nampak.. Bulan ramadhan pulak tu.. Start kereta nak pergi balai polis terus.. Tgh dok bawa kereta dengar macam phone bunyi lagu cina..

Congcodeicongcongcodeiii… Bagi signal, park tepi jalan..Ishh.. Terkejut pon ada.. Haihh.. tak sempat nak jawab.. Call masuk lagi.. Dekat screen phone naik nama my hubby.. Aku jawab cepat2..Helo.. Dia pon helo..Ya hello.. U kat mana? Dengar macam bising2 dalam kereta..Hello.. I terjumpa beg wife u dekat tesco tadi..

Dia cakap haiyooo.. Arrr u ada mana? U ada mana?..Dengar suara wife dia bising2 meraung menangis sama..Cakap cina.. Lepastu laki dia macam marah bini dia kot.. Hehe.. Suruh diam kot..Ok tak pa camni.. Kita jumpa dekat tesco semula.. I td otw mau pergi balai buat report.. Alang2 u sudah call.. Kita jumpa senang I bagi beg dekat u..

Dia pun kata ok.. Bagitau no plat kreta senang nak cam.. Aku pun patah balik pergi tesco.. Dalam 15 minit macam tu diorang sampai.. Aku pun turun kereta diorang pun sama turun kereta.. Tengok wife dia merah biji mata , hidung pon merah bagai.. Sotsrettt sotsrettt pegang tisu lap hingus.. Haha.. Lawak pon ada..Aku pun serah beg kat wife dia…

Nasihat lain kali hati hati jangan cuai.. Aku suruh dia cek beg.. Takut nanti hilang apa apa aku kena pulak nanti.. Laki dia cakap terima kasih banyak2 lepas tu cakap sorry susahkan u.. Bini dia pon cakap benda yang sama.. Aku kata its ok.. Aku ckp kalau aku tak ambik tadi belum tentu diorang dapat balik beg ni.. Ya lah.. Lain org lain perangai nya..

Diorg pun tak boleh lama nak cepat2 sbb td ada saudara call kata ada yang menghadap ilahi.. Sbb tu tadi tergesa2..Dh settle satu hal.. Aku pun lega xpyh nk ssh2 p balai buat report.. Alhamdulillah.. Dpt tolong org hari ni.. Wife dia mnta no. Phone aku.. Aku pun bg je laa.. Lps tu nmpk laki dia bwa kluar smpul duet raya cina..

Cpt2 bg dkt wife dia suruh bg dkt aku.. Wife dia pun cpt2 hulur kt aku.. Aku kata ‘xpa xpa saya ikhlas tolong’.. Dia pksa suruh ambik juga siap ckp, anggp ni angpow dr kami berdua..Aku dgr kata angpow, apa lg.. Dlm hati brapa la dlm tu..Hihi.. Aku pun ckp ayoo ssh2 ja.. Dia pun explain psl cek dlm begduit tu..

Bla.. Bla.. Bla… Klau x habis lah nasib dia kena dgn bos dia.. Ooo.. Cmtu.. Ok ok.. Tu yg cuak separuh nyawa.. Xhabis2 ckp tq tq tq.. Muka pun nmpk mcm lega.. Masing2 beredar…Aku dok dlm kreta lg.. Gedik nk buka angpow.. Dpt rm10 pon xkisah.. Buka2 sampul xde pulak duit.. Hmm kecewa ckit..

Tp ada kertas berlipat.. Aku pun buka.. Ya allah..! Rm10, 000.. Berkelip2 mata.. Xtaw nk ckp apa.. Nk nangis pun ada.. Nk jerit pon ada..Biar betul.. Byk sgt ni.. Mcm nk bg blik.. Tiba2 phone aku bunyi.. Ada msg msuk.. Aku baca “Tq u sudah senangkan kita.. Enjoy your shopping.. Ikhlas dr kmi gongxi2..”Xtaw nk ckp apa tgamam ni.. Aku pun drive balik rumah cpt..Sapa nak shopping raya dgn akuuu??? Jom cepat aku belanja!!Syoknyaaa mimpi sebelum sahur pagi tadi!!Siapa yg baca sampai habis dia power.

Sumber : Saya Anak Johor

Jumpa duit bukan rezeki terpijak

PERLUKAH penemuan wang serendah RM5 dihebahkan secara besar-besaran? Apa yang perlu dilakukan jika kita menjumpainya?Menurut Pegawai Syariah di Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Ustaz Muhammad Arham Munir Merican Amir Feisal Merican,

dalam situasi itu, kaedah sepatutnya adalah menyerahkan harta tercicir itu pada pihak pengurusan tempat tersebut atau pihak berkuasa seperti polis.Ujar beliau, tujuannya bagi memastikan pemilik asal kembali dan mencari harta tersebut, beliau boleh menjumpainya semula.

“Sebagai contoh, duit tercicir di masjid, pemilik asal mungkin akan kembali dan bertanya kepada ahli jawatankuasa masjid atau seseorang yang kehilangan dompet mungkin akan melaporkannya kepada pihak polis,” katanya.Beliau turut menegur sikap sebilangan masyarakat yang mengambil jalan mudah dengan memasukkannya ke dalam tabung masjid.

Walaupun, ia tindakan yang baik, jelas beliau, pendekatan yang sepatutnya adalah memberikannya kepada pihak pengurusan kerana bimbang pemilik asal datang menuntutnya.”Mungkin bagi kita RM5 itu kecil, namun bagi pemilik asalnya, kita tidak tahu. Pihak pengurusan pula harus bijak menguruskannya.

Ada masjid yang ada papan khas untuk barang-barang hilang, ada juga yang menyimpannya dan apabila ada yang datang menuntut, akan ditanya soalan-soalan berkaitan supaya dapat dipastikan pemilik asalnya,” katanya. Muhammad Arham Munir Merican berkata, ia penting kerana Hifzul Mal atau penjagaan harta merupakan salah satu daripada maqasid syariah (tujuan syariat).

Jelas beliau, Islam sangat menitikberatkan isu pemilikan harta berdasarkan firman ALLAH SWT:”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil…” (Surah an-Nisa’: 29)Selain itu, ujar beliau, Nabi Muhammad SAW telah menegaskan tentang penjagaan hak harta ini dalam khutbah Wada’.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya darahmu, hartamu dan kehormatanmu terpelihara antara sesama kamu sebagaimana terpeliharanya hari ini, bulan ini dan negerimu ini.” (Riwayat Bukhari & Muslim)Apakah hukum mengambil dan menggunakan barang tercicir? Jawab Muhammad Arham Munir Merican:

“Pada asasnya hukum mengambil dan menggunakan barang tercicir adalah haram.”Namun, ia diharuskan dengan niat bukan untuk kegunaan peribadi tetapi atas dasar menjaga amanah dan ingin memastikan barang itu dapat kembali pada pemilik asal.”Katanya, jika barangan yang dijumpai itu rendah nilainya tetapi menjadi tumpuan orang ramai seperti wang yang nilainya kecil,

seseorang itu perlu mengumumkan selama mana ia merasakan pemiliknya tidak mahu lagi mencarinya.Sekiranya barangan yang dijumpai itu rendah nilainya dan barang itu tidak menjadi tumpuan orang ramai dan mudah rosak seperti tali, kayu atau makanan, ia tidak harus mengumumkannya.

Bukan rezeki.Bagaimana pula dengan pernyataan berbunyi: “Jika jumpa duit, perlu ambil kerana ia rezeki terpijak!.”Menjawabnya, Muhammad Arham Munir menegaskan, benar ia satu bentuk rezeki, namun bukan rezeki ke atas duit itu.USTAZ MUHAMMAD ARHAM MUNIR MERICAN

“Ia adalah peluang kita membuat pahala dengan menjadi pemegang amanah dan membantu mereka yang kehilangan duitnya untuk mendapatkannya kembali,” ujarnya.Kepada mereka yang pernah ‘terguna’ duit yang dijumpainya, jelas beliau, andai diketahui pemilik asal, pulangkanlah.

“Jika tidak diketahui pemiliknya, kembalikanlah ke tempat duit itu dijumpai dan buatlah hebahan selama tiga hari atau lebih mengikut anggaran nilai barang tersebut.”Tanyakanlah kepada pihak pengurusan tempat itu sekiranya ada yang datang mencari.”Sekiranya di dalam jangka waktu itu tidak ada orang yang menuntut, maka, ia perlu berazam untuk membayarnya kembali sekiranya ia dituntut atau serahkan nilai duit itu kepada Baitulmal,” jelasnya.