Lepas abang pergi buat selamanya, isteri kedua bedal rumah banglo, habis kwsp dan duit simpanan dikorek tiap hari dan tiada langsung yang tinggal untuk anak anak yatim isteri pertama

Kehidupan Keluarga Perkahwinan

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Salam ramadhan.. Aku nak ceritakan pasal pemergian abang ipar aku. abang ipar aku ni, aku panggil Abang Nan, berkahwin dua, ada dua anak (sepasang lelaki perempuan) dengan isteri pertama. Tapi isteri kedua tak ada anak. Kakak ipar 1st, aku bahasakan Kak Bah, yang kedua aku bahasakan Kak Nang.

Kak Bah ni jenis pendiam, introvert gla-gla (aku faham perangai dia sebab aku pun sejenis introvert juge). Dia bercrai dengan abang Nan sebelum aku kenal dengan somi aku lagi. Tapi aku dengan dia baik lepas abang ipar dijemput Ilahi. Dengan Kak Nang pun aku baik juga, tapi hmmm…. nanti kita sampai ke that part.

abang Nan pergi kerana sakit. Perginya mengejut, pada tarikh yang sepatutnya perkahwinan aku dilangsungkan pada ketika itu (kami tunda ke depan tarikh kawen atas sebab-sebab tertentu masa tu).Dia tinggalkan isteri dia, bekas isteri dan anak-anak tanpa persediaan dalam soal pembahagian harta.

Sebaik sahaja dia dah tak ada, yang aku care sangat pasal dua anak dia yang still kecik comey tu. Yelah nak makan apa lepas ni? Bapak dah tak ada untuk bergantung harap. Tapi aku diam, sebab waktu tu aku belum kawen lagi dengan somi, so aku tak ada hak nak masuk campur urusan keluarga dia.

Sebaik aku kawen, soal pertama lepas majlis aku tanya laki aku pasal kebajikan dua budak kecik tu yang dah automatic jadi anak sedara aku. Bila dah kawen, kita kena ingat, kita bukan kawen dengan laki kita ja, kita kawen sekali dengan kaum kerabat.haha

Aku ni bukan baik pun, cayelah bende-bende jhat yang korang terfikir nak buat tu semua aku buat, aku cuma tak sentuh benda terlarang, night club dengan main laki ja. Tapi aku tahu aku menghimpun dosa di hari-hari kehidupan, so aku tak nak tambah lagi dosa dengan abaikan kebajikan anak yatim dalam keluarga aku.

Sok-sok ketaq lutut bila ALLAH tanya weh.. Aku tak nak sebelah kaki aku esok-esok diheret ke Neraka, menjauh daripada Syurga…Ya ALLAH…nangesssssss. Mula-mula laki aku kata soal harta Kak Nang yang uruskan, so aku pun ok je. Tapi dari bulan ke bulan, makan tahun. Sepi tak ada berita. FYI, anak-anak sedara aku dengan Kak Bah tu hidup menyewa bilik ramai-ramai di sebuah bandar dekat Selangor.

Sedangkan Kak Nang hidup di rumah semi banglo dua tingkat, hasil perkongsian dengan Abang Nan. Rumah atas dua nama. Nama dia dan Abang Nan. Time raya aku dengan laki aku bawak anak-anak sedara balik beraya (sebab kami tinggal satu negeri). Depa tak ada baju raya, mak mertua akulah yang bersusah payah cari kain baju untuk budak-budak ni masa raya.

Isk sedihhh….aku nak tolong lebih-lebih, aku sendiri pun tak berapa nak mampu… makan sendiri pun tercungap-cungap nak kasi lepas. Banyak kali aku gduh ngan laki aku pasal ni, aku nak dia fight untuk anak-anak sedara, sebab dalam hierarki family mertua, selepas abangnya, laki aku la anak lelaki dalam family tu, so now dia kena pikul tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung dalam rumah tu. Aku gaduh ngan dia sebab aku tak nak pergi nanti dalam keadaan bende ni tak setel.

Setelah beberapa kali meninggi suara (ampunkan aku suami), akhirnya dia pun paham dan mula buat group whatsapp family antara adik-beradik untuk bincang pasal hal ni. Mak mertua aku turun g bincang dengan Kak Nang pasal tuntutan harta yang kami nak buat untuk anak yatim, dia melenting.

Katanya tak adil sebab rumah tu ada nama dia. Gduh- gduh dalam call pun bermula. Tuntutan faraid dibuat. Turun naik mahkamah. Bergduh luar mahkamah (Kak Nang tuduh mak mertua aku macam-macam depan hakim, kami diam ja sebab anything yang keluar daripada mulut boleh digunakan against diri sendiri balik masa dalam perbicaraan).

Bagi aku ini natijah, natijah kita sebagai Islam tidak terdidik dengan hukum Islam yang betul. Allahu. Jauhkan diriku dan keturunanku daripada sifat hasad dan tamak. Aku tak kata aku baik. Tengok duit RM10 atas lantai pun boleh goyah iman. Tapi ingatlah hukum ALLAH TAALA yang memerhatikan kita siang dan malam.

Kak Nang marah, tak puas hati sebab rumah tu nak dibahagi dua, di mana bahagian milik suaminya dipecah-pecahkan mengikut faraid, yang mana anak sulung (anak lelaki) dapat bahagian paling banyak. Katanya rumah tu dibayarnya atas gaji sendiri masa suaminya sakit dan tak mampu bekerja. Banyak manalah yang dia dah bayar? Kalau dihitung himpun pun, tak boleh cover pun separuh daripada harga rumah pun.

Abang ipar ada KWSP yang mencecah ratusan ribu, semuanya diletakkan 100 percent atas nama Kak Nang (yang mana aku sangat terkejut). Walaupun penama hanya pemegang amanah, di mana pemegang amanah perlu beramanah membahagi duit tersebut kepada berhak, tapi tidak pada Kak Nang, dia beranggapan asal dah nama dia, so ratusan ribu tu hak mutlak dia la okeh…

Beberapa minggu sebelum abang ipar pergi buat selamanya, abang ada buat permohonan untuk pengeluaran wang KWSP dan ia diluluskan dua hari sebelum abang ibpar pergi. Pada hari pemergian abang, (entah bila masa dia pegi buat) Kak Nang pegi buat transaksi pemindahan wang KWSP masuk ke akaun Maybank.

And since that, dia keluarkan kira-kira RM1,500 setiap hari daripada akaun Maybank abang, pendek kata dia korek sampai kering kontanglah akaun tu. Katanya dia guna duit tu untuk bayarkan hutang abang dengan bank, tapi bila kami pergi sendiri cek dengan bank, bank kata hutang abang dah lama dah selesai. So pegi mana duit anak-anak yatim tu semua…

Abang ada Kereta Honda, mahkamah dah perintahkan kereta tu dijual dan dibahagikan mengikut faraid. Mak mertua aku sayanggg sangat kat kereta anak dia. Dia kata dia nak ‘nampak’ anak dia sentiasa depan mata, so dia yang ‘beli’ kereta tu ikut harga pasaran dan bayar bahagian faraid tu kepada anak-anak abang dan Kak Nang. Bahagian dia pun dia sedekahkan kat anak-anak abang.

Kak Nang kata nama aku tak ada dalam senarai faraid (bukan orang yang menuntut) so dia nasihatkan aku supaya jangan nak campurlah urusan ni. ALLAHU…Kalau ALLAH lepaskan aku gitu je esok-esok, tak pa lah jugak, ini dengan aku sekali diheret sama. Isk…

So nasihat aku…Tolonglah wanita-wanita-wanita-wanita-dan lelaki… tolong sedar kedudukan awak-awak semua, kalau awak isteri kedua, jangan makan duit anak yatim. Ada atau tak ada anak sendiri, bahagi ikut faraid, yang mana anak lagi berhak ke atas harta si bapa.

Yang lelaki, jangan dibutakan dengan cinta sangat. Buat pertimbangan wajar. Anda nak tenang-tenang bersoal jawab dengan malaikat di alam sebelah sana kan? So please be wise. Memang pemergian seseorang tak kenal waktu, di kala jari menaip ni pun aku boleh dijemput Ilahi, tapi sementara kita masih berkesempatan bernafas ni, now is the time to make things right. (Ive done my part dalam soal harta siap-siap.huhu)

Sekarang, kami masih naik turun mahkamah. Sanggup tak sanggup, tengah bawak perut memboyot pun kene jugak pegi drive jauh-jauh demi anak-anak sedara tersayang. Untuk anak-anak sedara aku, aku sayang sangat kat korang tau. Along rindu sangat kat korang yang sekarang dah duduk jauh dari aku. Pujuklah ibu (Kak Bah) balik sini semula, jangan pinggirkan kami. Jangan putuskan hubungan kita sebagai keluarga hanya sebab orang lain.

Perbicaraan mahkamah kembali lagi. Cuma kali ni aku dah tak follow mak mertua aku sampai ke Seremban (depa bicara di Seremban) sebab aku baru tukar tempat kerja, so tak boleh cuti-cuti sangat. Nehi~Nehi~Nehi (baca gaya Hindustan).

Tapi pada hari perbicaraan tu, lepas habis kerja aku+anak kecik+ laki aku terus shoot ke rumah kakak ipar aku sebab mak mertua aku lepak dekat sana. Sampai-sampai je belum pun hempas bontot dekat atas sofa kakak ipar aku, aku terus mulakan mesyuarat bawang dengan mak mertua aku.

Kata mak mertua aku; “Abe mu nikoh nga ore gilo! (baca gaya ore Klate) means “abang ipar aku ni kahwin dengan orang ‘gla’,”. Kenapa mak mertua aku cakap macam tu? Sebab Kak Nang (isteri kedua abang ipar aku) sendiri mengaku dia tu tak betul kepala otak. Siap ditunjuknya dekat hakim yang dia pemegang kad OKU. Dia kata dia cuma ada kad tapi tak buat rawatan.

Aku tepuk dahi. Sampai macam tu sekali dia buat, semata-mata nak dapatkan simpati hakim. Kenapa aku kata dia hanya berpura-pura nak dapatkan simpati pihak mahkamah? Sebab dia nak bolot semua harta atas nama dia.

Sebelum ni dia pernah call mak mertua aku dan cakap duit laki semua dekat tangan dia, jadi dengan duit, semua benda dia boleh buat. Jadi tak mustahil dia boleh buat apa-apa dokumen palsu yang boleh mengesahkan dia sebagai pesakit mental/OKU.

Kakak ipar aku cerita, depan hakim buat macam tak bermaya, lembik, macam dialah yang dianiaya kami sekeluarga, tapi bila keluar saja bilik mahkamah, suara dia paling nyaring bertempik dekat mak mertua aku. Siap bertekak lagi. Dalam mahkamah, mak mertua aku persoal dia ke mana pergi kesemua duit-duit simpanan yang sepatutnya difaraidkan kepada anak-anak (anak-anak dengan isteri pertama, Kak Bah).

Dia kata duit diguna untuk bayar hutang-hutang. Eh hello kau ingat kami bodoh? Last time punya perbicaraan, dia claim kata abang banyak hutang, berhutang dengan company dia, terus kami singgah company untuk tengok sebanyak mana hutang yang ada. Yes,tak dinafikan memang banyak hutang, tetapi hutang tu dah lama langsai. Dicover insurans selepas abang ipar pergi buat selamanya.

Hutang kad kredit yang berderet-deret pun sama, insurans cover. So pegi mana duit yang beratus ribu ringgit dalam kwsp tu? Duit simpanan pun dikaut lesap. Hakim tak puas hati bila pihak kami bentangkan surat pengesahan kata hutang dah setel. So hakim minta penjelasan pegi mana duit-duit tu semua. Jadi dia list kan penipuan demi penipuan yang terlintas dari kepala dia.

Dia kata dia pernah balik kampung dalam beberapa kali nak jumpa dengan mak mertua aku untuk bincang pasal ni, so die kata dia pakai duit simpanan untuk balik kampung. (hakikatnya dalam tiga tahun, cuma sekali dia balik kampung jenguk mak mertua aku dengan kubur).

Dia kata tiap kali balik kampung dia tidur hotel. So kat situ memang pala otak dia la (maaf iols isss mencarut). Dia balik kampung tidur rumah mak mertua aku,dia tidur dalam bilik aku dengan laki aku. So apa benda hotelnya? Kat situ dia claim habis ribu riban.

Lepas tu korang bayangkanlah, depan hakim, dia ungkit balik semua duit yang dihabiskan untuk kos rawatan semasa abang masih hidup. 1st, duit rawatan semua pakai duit sumbangan kawan-kawan yang datang melawat+duit insurans+duit pampasan berhenti kerja.

2nd, buat rawatan kat Putrajaya pakai GL company yang pada masa tu masih valid walaupun dia dah diberhentikan. 3rd apa benda nak claim-claim pulak, tu dah jadi harta peninggalan kot., harta anak yatim. So kau faraidkan jelah so yang layak dapat ni dapat bahagian masing-masing.

And FYI, semasa abang pergi buat selamanya, duit sumbangan kawan-kawan masih berbaki berbelas ribu, di mana sebelum tu abang Nan pernah bagi segedebak duit atas tangan, (berbelas ribu baiii) pada aku dan ex-tunang aku (sekarang suami) untuk didepositkan dalam akaun.

Berpeluh kami dua cari Maybank terdekat untuk depositkan duit tu. (cuak takut kena apa apa, isk)Bila jumpa atm yang boleh depo, berulang kali kami depositkan sebab one shot depo limit hanya sampai 99 keping not je. Huhu. Depan hakim Kak Nang mengaku abang ipar aku sangat banyak hutang. Hari ni jugak, tiba-tiba terbukak cerita yang berhutang dengan ah long. Entah mana dia kutip petik idea ah long ni aku pun tak tahu.

Abang ipar dah pergi dekat tiga tahun, tak penah pulak keluar cerita berhutang dengan ah long sebelum ni, tak kan la ah long tu nyanyok kot orang dah pergi tiga tahun baru sekarang nak mai tuntut hutang??? Lagipun di akhir-akhir hayat, ayah mertua aku ada tanya, ada tak berhutang dengan sesiapa sebab ayah mertua aku nak tolong jelaskan hutang-hutang dia.

Abang ipar kata tak ada. Tapi kali ni boleh berbangkit pulak ceritera ah long pernah datang rumah dan tuntut duit RM10 ribu, iaitu hutang abang. Dia jugak mengaku kat hakim dia bagi ja la RM10 ribu tu kat ah long yang datang mintak duit tu. Bila mintak bukti, dia tak boleh nak kasi pulak.

Lepas dihitung kira, masih lesap berpuluh ribu daripada jumlah duit abang, bila hakim mintak penjelasan dia senyap tak nak beritahu ke mana duit-duit tu semua. So perbicaraan ditangguh setakat itu. Marah? Yes aku memang marah sangat-sangat. Tu hak anak-anak sedara aku kot. Hidup depa masih panjang lagi. Kenapalah kau terlalu pentingkan diri sendiri Kak Nang? Kami tak nak pun bahagian kau.

Yang kami nak faraidkan adalah bahagian, dibahagi kepada yang berhak dan yang layak, TERMASUK KAU SEKALI, bukannya kami menidakkan hak kau. Aku dengan suami pun tak ada satu sen pun yang layak ke atas duit tu. Kami tak nak pun makan harta anak yatim, besar dosanya. Allahu3…Gigil jari nak menaip bila fikir azab ALLAH.. Aku marah sebab dulu anak-anak sedara aku ni duduk dekat Semenanjung lagi, senang aku nak ‘ambik’ depa nak bawak pegi berjalan ke, balik kampung ke apa.

Now Kak Bah dah bawak diri dengan anak-anak sedara aku sekali balik ke Sabah. Korang rasa susah ke senang aku nak jumpa balik dengan diorang? Nak mintak Kak Bah sharing alamat, memang tak lah. Silap hari bulan kalau terlampau memaksa, memang beliau tukar nombor terus, langsung dah tak dapat contact dah.

Dulu masa raya aku boleh mintak dengan Kak Bah nak bawak balik anak-anak abang ni, now dengan kekangan jarak dan komunikasi memang segalanya hampir kepada mustahil. Kepada readers, please…ingatlah kami dalam doa kalian meskipun kalian tak mengenali kami. Jadikan apa yang kami lalui hari ini sebagai pengajaran kepada semua.

Supaya kita semua beringat dan berhati-hati dalam memilih jodoh. Siapa sangka masa masih hidup, dia tampak sempurna di mata kami, tapi di sebalik senyumannya tersembunyi rencana jahat. Aku pun dah pesan dekat suami, esok kalau nak cari jodoh lagi, jangan cari orang gla tau! Yang merana nanti anak akulah. Hahah! Duhhh

Satu lagi, aku cerita ni bukan nak harapkan pujian tauu… Tujuan aku ni cuma nak berpesan-pesan dan beringatlah sesama kita. Tak lain tak bukan hanya dengan niat ‘for a better us and Islam in future’. Aku tahu kisah keluarga aku ni tak kan menjadi titik noktah selepas ni. Akan ada lagi keluarga lain yang akan mengalami ujian sama, jadi sekurang-kurangnya jadikan perkongsian aku ni sebagai panduan dan rujukan untuk korang.

Satu lagi, buatlah sesuatu dengan harta yang korang ada. Aku sendiri dah bahagikan EPF aku ikut peratusan faraid, supaya tak bergaduh berkekah masing-masing nanti bila aku dah takde nanti. Buatlah sesuatu sementara kita masih hidup, supaya senang kelak bila kita tak lagi bernyawa.

Sekarang mahkamah kat Seremban tu nasihatkan mak mertua aku supaya bawa kes ni ke mahkamah sivil di mana kat sana nanti akan diadili dan dibahas secukupnya. Nanti sequel seterusnya (kalau ada yang nak baca haha) aku update lagi.

Sumber : Dunia Kini