Macam tak betul, ungkapan rakan mengguris hati gadis yang beli cincin untuk dirinya sendiri.

Kehidupan Tips

Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang gadis tular bila memuat naik tangkapan skrin perbualan bersama seorang rakan mengenai cincin yang dibelinya. “Macam tak betul” demikian ungkapan yang dilabelkan kepadanya memandangkan cincin kebiasaannya dibeli oleh teman lelaki atau insan istimewa khas buat si gadis pujaan hati.

“Saya belikan sebentuk cincin untuk diri sendiri, tapi tengok apa yang kawan saya kata. Saya tak faham. Perempuan tak boleh beli cincin untuk diri sendiri?” luah gadis itu sehingga menjadi tular dan meraih pelbagai reaksi netizen.

Gadis yang baru berusia 18 tahun itu berkata, cincin perak itu dibeli di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, ditemani ibu saudara dan neneknya, Ahad lalu. Hanya mahu dikenali sebagai Nurul Anis Safiqah, katanya, ia merupakan cincin pertama yang dipakainya memandangkan hanya mempunyai aksesori rantai dan gelang yang dibelikan oleh keluarganya sebelum ini.

“Saya dah lama teringin nak pakai cincin tapi tak berkesempatan beli. Lama juga teringin sejak setahun lalu. Saya hanya risik-risik cincin kat internet dan laman sosial. Sebelum ni pun tak ada nak tengok cincin kat kedai emas atau aksesori, tapi bila dah pusing-pusing satu KLCC Ahad lepas, nampak satu kedai terus saya fikir inilah masanya untuk saya pakai cincin. Jadi, saya pun belilah,” katanya kepada mStar.

Anis yang berasal dari Kuala Lumpur itu meluahkan perasaan betapa gembiranya apabila akhirnya berpeluang membeli cincin yang diidam-idamkan. Biarlah cincin yang saya dapat tu sebagai tanda pasangan tu nak hubungan yang lebih serius bersama saya… seperti cincin risik, tunang, kahwin.

“Bila saya kongsi pasal cincin tu di status WhatsApp, ada rakan yang nampak sehingga mempersoalkan mengapa saya beli cincin tu sendiri, bukannya lelaki atau kekasih yang belikan. Masa tu saya terkejut dan sakit hati sebab tergamak dia kata saya ni ‘macam tak betul’ hanya kerana saya beli cincin tu. Salah ke kalau saya yang beli,” katanya yang mengakui masih belum mempunyai teman lelaki.

Anis menyarungkan cincin yang baru dibelinya.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, mempunyai kekasih bukan bermakna perempuan boleh mengharapkan lelaki untuk menghadiahkan atau membeli aksesori yang sering dikaitkan dengan pasangan bercinta atau sudah berkahwin itu.

“Kaum perempuan sepatutnya tunjuk diri mereka kepada lelaki bahawa mereka boleh independent(berdikari), tanpa bergantung kepada lelaki semata-mata. Kalau hanya harapkan lelaki belikan cincin, jangan salahkan mereka kalau kaum perempuan sering dilabel sebagai materialistik,” katanya.

“Rasa gembira sangat sebab dapat beli cincin tu guna duit sendiri guna hasil bisnes online saya secara kecil-kecilan. Lagipun saya beli cincin tu untuk aksesori peribadi bukan sebab saya feeling nak ada pasangan. Sudah tentu saya berharap agar dipertemukan jodoh suatu hari nanti. Biarlah cincin yang saya dapat tu sebagai tanda pasangan tu nak hubungan yang lebih serius bersama saya… seperti cincin risik, tunang, kahwin.

“Kalau setakat baru bercinta, beli sendiri saja. Tak perlu lah tunggu lelaki,” katanya sambil menambah ciri-ciri lelaki pilihanya adalah bertanggungjawab, berdikari dan menghormatinya dan keluarganya. Anis mengharapkan agar cincin yang diterimanya itu nanti membawanya kepada hubungan lebih serius. Sehubungan itu, Anis menegaskan bahawa dia berhak untuk membeli apa saja yang diingininya selagi berkemampuan dan berusaha untuk mendapatkannya.

Sumber Mstar via Awatttsyeikhh

Artikel lain : Penat Bekerja, Hadiahkan Diri Sendiri Dengan 10 Benda Paling Best Ini..

Pernah ke bila anda sudah bekerja keras dan mencapai matlamat (tak kisar kecil atau besar), anda berhenti dan mengupah diri sendiri – kiranya self reward? Tidak tahu pada anda, tapi penulis memang mengamalkan cara ini, penulis penat mencari rezeki dan bila tiba masanya penulis sanggup berhabis untuk benda yang penulis idamkan, walaupun mengambil masa yang lama. Cara ini membuatkan penulis rasa puas dan ingin meneruskan usaha dan kerja keras lagi.

Bila kita tidak mengupah diri sendiri, ia akan mengurangkan tenaga dan semangat kita. Mengupah atau menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri terutamanya sesuatu yang menarik minat kita sendiri memberi kesan motivasi supaya terus berusaha! Bila tiba masa nak self reward, ini ada beberapa idea boleh dipertimbangkan.

Tiket Konsert – Beli tiket konsert penyanyi yang anda suka. Kalau layan K-Pop cuba lihat selebriti mana yang akan datang. Nak dapat seat paling depan, kenalah berhabis sedikit. Agak mahal tapi apa salahnya, sekali seumur hidup orang kata.

Beli Sneakers Paling Mahal – Rasa cemburu membuak-buak bila melihat Scha Alyahya atau Sandara Park bergaya sakan dengan trend sneakers baru. Jadi inilah masanya upah diri sendiri, ada Balenciaga, Yeezy, Adidas Falcon, Saint Laurent dan pelbagai lagi di pasaran. Pilih dan ‘swipe’ kad sahaja.

Koleksi Mekap Kylie Jenner – Anda gila mekap? Idea admin upah diri dengan koleksi terkini dari si gojessss Kylie Jenner. Sebelum nak beli, pastikan tonton dan baca review supaya nanti tak menyesal beli mekap yang tak sesuai dengan muka.

Makeover Rambut Baru – Apa yang kamu boleh lakukan ialah dapatkan gaya rambut baru atau cuba warna rambut segar seperti pastel atau rainbow. Cool kan?

Masak Makanan Paling Teringin Nak Makan – Kalau suka makanan Korea, inilah masanya kamu praktikkan. Beli semua kelengkapan dan masak sambil menonton tutorial. Belajar saja dengan youtuber honeykki yang menyediakan resepi hidangan Korea, manisan serta pelbagai lagi aneka makanan yang mudah dan sedap.

Window Shopping di Kedai Vintaj, Antik – Cuci mata di pasar lambak, kedai antik, kedai vintaj atau perabot. Mana tahu anda jumpa yang berkenan boleh terus beli.

Enjoy Home Spa – Manjakan diri dengan spa mewah buatan sendiri. Boleh cuba aromaterapi, manicure ataupedicure, mungkin facial masak.

Sightseeing – Sebagai contoh ke tempat pelancongan tempatan yang sebelum ini anda tidak pernah berkesempatan berkunjung. Ala sesekali cubalah cuti-cuti Malaysia pula.

Beli Telefon Pintar Idaman – Dari dulu terasa nak tukar smartphone baru. Jadi inilah masanya anda self reward, ada iPhone XS, XR, Samsung Note 9, lihat mana yang paling berkenan dan sesuai dengan bajet.

Pesanan penulis, jangan sesekali kedekut dengan diri sendiri ye…

SUMBER : Wanista