Malam tu bulu roma terus tegak bila tengok kertas lipat lipat dalam beg roommate ada tertulis nama penuh kawan kawan dia, no ic, no pin card bank pun ada

Kehidupan Persahabatan

Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku perempuan dan nama aku Butan (bukan nama sebenar). Aku nak bercerita tentang roommate merangkap classmate aku.. aku belajar di sebuah ipta. first day daftar je terus dapat bilik.. bilik berempat dan ketiga tiga roomate aku adalah dari course yang sama.. Roomate pertama ialah Maria (bukan nama sebenar) Ana (bukan nama sebenar) dan Lisa (bukan nama sebenar).

First week kenal, Maria seorang yang sweet, peramah, baik dan sentiasa senyum buat kan aku rasa selesa berkawan dengan diaa.. Ana pulak seorang yang tak banyak cakap, pendiam tapi dia ikut je aktiviti aku, Maria dan Lisa. Lisa pulak more kepada socmed hadap phone 24 jam tapi dia selalu dengan kami wlaupon phone dia tetap tak lepas.

Kami berempat pon daftar kelas yang sama. Ana dengan aku tak serapat aku dengan Maria. Maria sangat baik smpai aku tak kisah takda kawan lain. Ye aku takda kawan rapat selain Maria di ipta ni. Aku baik dengan Ana tapi tidak seakrab dengan Maria dan aku tengok Ana dan Lisa lebih selesa dengan Maria.

Classmate kami yang lain sangat selesa dengan maria tapi mereka macam tak berapa berkenan dengan aku, Ana dan Lisa. Jiran bilik kami pon lebih selesa bergaul dengan Maria daripada aku Ana dan Lisa. Semester satu pun habis dengan jayanyaa.. Masuk semester kedua dengan roomate yang sama, classmate yang sama.. semua berjalan mcm first semester.

Masuk semester ketiga masih jugak roommate yang sama. Tapi pada semester inilah aku sedar ada something wrong pada Maria. Aku start perhatikan kelakuan ‘pelik’ dia sejak ‘penemuan’ aku pada hari Sabtu dan sejak hari Sabtu itulah aku tak pandang Maria sebagai seorang yang sweet dan baik lagi dah..

Pada pagi sabtu yang indah itu, kami berempat bercadang nak keluar shopping dan tengok wayang tapi malang nya aku dengan bangang nya pada malam sebelum nak keluar tu, aku pergi minum teh detox. memang cirit birit laa cerita dia sampai terpaksa tinggal kt bilik sorang-sorang.

Mula-mula dorang pon taknak pergi (sweet kan) tapi aku suruh jugak dorg pergi sebab aku nak pesan stok meggi. Hahaa. Tinggal sorang dalam bilik, aku pon menjadi jahat sekejap hahaha, aku stalk locker lisa, cantik baju-baju diaa nanti nak pinjam, stalk locker Ana, penuh makanan wau sedapnya, nak stalk locker Maria tapi kunci plak.

Tiba-tiba mata aku terpandang beg baru Maria, memang aku berkenan beg tu, baru seminggu Maria pakai bawak ke kelas. Aku pon belek-belek beg tu.. cantik. Lepastu aku selongkar beg dia, ye aku tahu aku salah sebab selongkar privasi orang tapi nfsu aku membuak-buak masa tu. Sebab aku dah terbiase selongkar beg kakak aku nak tengok dia ada beli lipstick baru ke tak.

Then aku nampak zip pocket dalam beg tu..aku bukak, ada envelope kecik dalam tu, mcm envelope yang kau dpt kalau kau tgkap gambar passport tu. Aku expect dalam tu ade gambar dia, aku pon bukak tapi bukan gambar dalam tu. Dalam tu mengandungi kertas kertas A4 yang dah dibelah dua yang dilipat-lipat , bila aku bukak meremang bulu roma aku .

Dalam kertas tu mengandungi detail aku dan roommate aku. No.ic, no.id pelajar, email, password fb, password student portal, password phone, no.pin kad bank dan segala password aku diaa ada laa senang cite. Bukan aku sorang je, details roommates aku pon dia ada.

Aku cuba bersangka baik.. tapi aku still rasa curious. Waktu dalam toilet sedang berjuang, aku try imbau balik, memang kalau kami study ke ape ke, aku type password depan-depan dia dan kadang-kadang aku sendiri bagitaw dia password aku. Tapi tak sangka pulak dia catit sume tu.

Dan pasal no.pin kad atm tu, baru aku teringat, setiap kali kitorg nak keluarkan duit, dia takkan duduk tunggu aku kt belakang, dia akan ada je kat sebelah aku tengok ape yang aku tekan-tekan, baki aku semua dia tahu. Masa tu aku fikir benda tu benda biase, kawan baik kan. Duit pon takde hilang pon.

Balik je dorg bertiga, aku tengok berbungkus-bungkus Maria belikan meggi untuk aku, nak taknak aku bayar jelaa sebab dia mmg slalu mcmtu kalau aku pesan apa2. Dia akan beli melebih-lebih. Dalam hati aku, takpe laa its okay. Lupa pulak nak bagitaw..antara kami berempat, Maria lah yang paling bijak student dekan. Aku ni setakat hampir-hampir dekan jee.. Ana dan Lisa, dorang agak kelaut sikit. Ada subjek yang dorang repeat.

Hampir 2 minggu kemudian, semua berjalan lancar, aku pon hampir lupa apa yang aku jumpa haritu dan teruskan hidup mcm biasa. Petang Jumaat tu Madam Laili cakap akan ada quiz next week. Malam Sabtu tu, kami pon study dalam bilik berempat. Then Maria pon bagi notes dia kat kami, dia ckp “ini info dari kelas sebelah, tapi korang jangan bagitaw siapa siapa ..ni kita-kita je”.

Lisa dan Ana laju je grab notes tu dan start study. Sejam dua study, Maria dan Lisa volunteer nak belikan air dan makanan kat bawah. Aku dengan laju nya pegi ambik buku Maria dan carik notes yang dia study dan ternyata notes tu berbeza dari yang dia bagi kami. Ana pandang aku, aku terus suruh dia study je semua chapter jgn ikut sangat soalan bocor orang bagi.

Pagi tu lepas je dapat paper, Maria buat muka terkejut sebab soalan lain dari notes yang dia bagi. Muka Lisa dah frust semacam. Bende ni dah berlaku jugak masa semester dua cuma masa tu aku percaya yang dia innocent.

Besok nya madam pulang balik paper yang dah di mark, aku sengaja sorok kertas aku pastu buat muka frust padahal takde la teruk sgt 84%. Ana dpt 58% dan Lisa 48%. Maria minta maaf sebab taktaw notes tu fake. Dan dia ckp markah dia pon rendah tapi dia tak tunjuk pon. Selalu dah dia ckp macam tu.. tetibe je dekan.

Satu hari masa aku dengan Maria berdua je dalam bilik. Ana dan Lisa balik kampung masa tu. Aku tidur.. tengah malam tu aku terjaga tapi aku tak bangun terus sebab aku perasan Maria ada dekat meja aku. Aku tahu dia tengah bukak laptop aku sebab bilik gelap.. cahaya laptop tu mmg menyinar.

Pagi tu aku check laptop. Folder assignment aku hilang, aku rasa memang Maria punca nya ..Maria tanya aku kenapa kusut.. aku bagitaw folder hilang. Dia ajak aku pegi kedai pc. Tauke tu pulak duk sibuk kencing aku macam-macam pasal virus makan folder aku walhal aku tahu siapa virus sebenar.

Tauke tu suruh aku beli antivirus rm100++ ..Maria pon yakinkan aku suruh beli ..tapi aku bgi alasan takda duit.. Spontan je Maria ckp “kat bank kau kan ada lagi rm****.” Bila aku tanye mcm mana tahu, dia cakap aku ada bagitaw dia. Okay takpe malas nak panjang cerita.

Setiap kali aku berdua dengan Maria, kami mesti akan mengumpat pasal Ana dan Lisa.. Maria selalu mulakan tapi aku join je.. Maria lebih rapat dengan Ana dan Lisa so dia lebih tahu sisi hodoh mereka. Dia jugak ade bgtw aku yang Ana ckp aku ni “banyak mulut” and Lisa cakap aku “bajet cantik”.

A month later, fakulti kitorang dah letak poster untuk event apa tah masa tu, semua duk cari dress. Aku dah ada dress aku pinjam dari akak aku. Tapi Maria ckp dress tu tak sesuai untuk majlis tu. Dia suruh kami berempat beli dress online yang harga rm200..

Rm200 tu untuk student yang mcm aku..besar beb rm200 tu. Dia cakap bukan selalu nak baju cantik-cantij. Setelah yakinkan kami yang hati lembut dan bangang ni. Kami pon beli termakan pujuk rayu diaa. 4 dress tu design berbeza sebab takkan nak boria pulak kan pakai sama semua. Maria tolong kumpul duit dan order.

Tak sampai seminggu parcel pon sampai.. Yang pelik nyaa dress tu ada 3 jee. Sekali Maria pon cakap “dress aku takde sebab design yang aku nak dah habis”. Dia minta maaf dan gunakan sweettalk dia untuk yakin kan kitorang.

Akhirnya sel sel otak aku berhubung, aku baru sedar Maria mcm nak lingkupkan aku, Ana dan Lisa. Aku ajak Lisa pegi beli makanan, Ana dan Maria just pesan jee. Sambil jalan aku tanya Lisa “kenapa kau cakap aku bajet cantik ha?”. Dia pon balas “habis kau ckp aku katak bawah tempurung apehal?”.

Terus aku ngn Lisa berterus terang cerita hal sebenar dan ternyata Maria sebenarnye reka cerita supaya aku benci Lisa dan Lisa benci aku. Lisa pon ckp yang setiap kali Maria cerita pasal aku, ayat last dia ialah “jgn bagitahu rambutan aku bagitahu kau ni tw”.

Aku syak dia buat bende yang sama dekat classmate aku yang lain dan jiran-jiran kami sebab dorg lebih suka dengan Maria.. lepas Ana tahu perkara ni.. kami bertiga pon siasat dan ternyata memang Maria ada burukkan kami dengan classmate dan jiran smpai dorg taknak rapat dengan kami. Aku lupa nak bagitahu.. lepas kejadian assignment hilang kt laptop tu.. aku terus tukar password segala password yang Maria tahu.

Aku teringat semester lepas Maria volunteer nak print kan assigment aku betul-betul sebelum kelas, dia suruh aku masuk kelas cepat untuk cop kan tempat duduk. Elok je nak submit assigment aku perasan ada page hilang.. masa tu aku fikir aku yang lalai kot sebab takkan laa Maria saja-saja nak delete certain page. Tapi sekarang aku rasa mcm yakin, Maria yang buat semua tu.

Banyak lagi perangai pelik maria ni. Tapi kalau aku cerita semua, tak jadi luahan dan, jadi novel. Buat yang tak faham cerita aku ni.. maaflah aku buat pencerita yang bagus. Kesimpulan dia ialah Maria selalu nak aku keluarkan duit, bukan aku je, Ana dan Lisa jugak, Maria selalu yakinkan kami untuk habiskan duit sedangkan dia sendiri tak keluarkan duit dia sesen pon.

Kedua, Maria berpewatakan manis tapi dalam diam selalu cuba sabotaj kami punya study. Selalu cuba nak fail kan kami. Ketiga, Maria selalu reka cerita atau sebarkan aib orang pada orang lain secara senyap-senyap smpaikan orang lain pulaukan seseorang itu. Ok kejap lagi kita sambung lagi rahsia Maria.. Bye..

Sumber : kuasa sihir

Dah la bulu roma naik sebelum ni. Kali ni Maria akan puji kami smpai kembang tapi aku tak faham nape dia gamak buat kami mcm ni

Cerita tadi memang ni tergantung. Ye memang takda ending lagi sebab aku tengah melalui lagi ‘cerita’ ni. Maria ada kat bilik tu..ada nak kirim salam ? Hehee. Sekarang kami di sem 4. Dan masih lagi buat-buat tak tahu bahawa kami sebenarnya sudah tahu tembelang beliau. Ada yang suruh aku berdepan je dengan Maria. Tak senang.

Kenapa tak senang? Aku dah bayangkan apa akan jadi kalau aku dengan Maria bergduh. Kalau aku pindah bilik pon, aku still kena menghadap dia kat kelas. Dia boleh gunakan mulut manis dia kat orang lain untuk tunjukkan bahawa aku yang salah, dia yang betul. Dia ada ramai kawan, dia bijak, peramah, mulut manis memang dia dah buat banyak kawan dekat sini.

Aku tak kenal Maria sepenuhnya, aku taktaw apa mampu buat, masa aku ‘kawan baik’ dia ni pon dia sabotaj macam-macam, cuba kalau aku jadi musuh dia. Risau weh risau. Itu kalau dia guna cara kasar, kalau dia guna cara halus? Habislah Rambutan tak berambut lagi.

Maria ni kalau kau lepak dengan dia, kau boleh kembang dan rasa di awangan sebab dia akan puji kau sentiasa. Dia akan puji kau cantik, baik dia suka cara kau bla bla blaa.. Aku antara orang yang selalu sangat terkembang bila kena puji dengan dia ni sebab bab kena puji ni jarang sangat berlaku dalam hidup aku sobsob.

Aku pon fikir, macammana aku nak berdepan dengan dia, aku ni jenis manusia yang tak boleh berdebat, sebab bila bergaduh aku selalu kalah sebab aku selalu lupa point-point untuk aku attck orang. Kadang bila orang attck aku dengan soalan aku boleh duk nganga fikir nak jawab apa. Pastu dah kalah malu nangis pluk bantal, sejam kemudian baru dapat jawapan, masa tu dah terlambat dah, nasik dah basi.

Okay kalau aku bawak backup yakni roommate aku Ana dan Lisa. Sekali Maria bawak backup satu kelas, aku bertiga, dia bertiga puluh. Dibuatnya tengah perang mulut tetiba Ana ngan Lisa AFK, Ana krik krik Lisa pulak pegi layan live, kan naya DEFEAT terus. Lepastu nak pegi kelas kena pakai plastik kat kepala sebab malu sangat.

Okay lupakan pasal tu sekejap, aku nak cerita pasal dress rm200 tu. Hmm.. Dress tu hmm.. Kau orang tahu tak kain Lycra yang selalu orang buat telekung warna warni tu (betulkan kalau rambutan salah). Kain yang kalau kau pakai, segala liku kau semua nampak.

Kalau telekung ye besar labuh, tapi dress yang fit tu, kalau kau ada jerawat belakang badan pon boleh nampak timbul. Aku ni dahla berlemak manis kena pulak pakai baju berlapis-lapis . Selalunya aku nampak macam potato tapi malam tu nampak mcm mash potato dah.

And guess what, baju Maria nice sangat dan dia siap make up dengan freelance MUA dekat sini. Dia tak ajak kitorang pon. Dia cakap dia nak jumpa kawan, balik bilik muka dia nice je make up. Aku Ana Lisa dah berapi dah stress dengan dress. Aku tanya mana dapat baju then dia jawab “baju kakak aku ni”. Bagi yang dah baca luahan Rambutan sebelum ni je akan faham sobsob.

Baju tu pon, aku rasa membazir sangat sebab kau takkan nak pakai pegi kenduri kawin atau mana-mana event lagi lepasni. Dahla dress aku kaler Sand, kaler nude gitu, tudung pulak hijau pekat atas saranan Maria (bongokkan aku dengar cakap dia, dia ckp aku nampak nice) padahal aku rasa aku dah macam pokok bengkak berjalan.

Sekarang aku rasa macam nak ikut nasihat dari comment sebelum ni, aku tak payah berdepan dengan Maria, tak payah reveal Maria, just jaga diri aku sendiri dan privasi kan everything dari Maria. Maria, aku nampak apa yang kau buat kat aku, Ana, Lisa, aku just nak tanya, banyak lagi ke yang kami still tak nampak? Atau, ramai lagi ke mngsa kau selain kami?

Tak dapat nak sambung panjang-panjang, Maria panggil pulak huhuuhuu. Okay,sambung… mula-mula aku nak cerita apa yang jadi pada pagi Sabtu yang indah yakni sehari sebelum luahan kedua ini ditaip. Pada Sabtu pagi itu, burung pon berkicauan, hari cuti semua ada dalam bilik. Maria tidur lagi.

Aku nampak baju berlonggok dalam bakul tak basuh lagi, aku bawak laa baju tu ke mesin basuh yang kena bayar rm3 tu. Aku bawak phone sekali sebab nak bertapa dekat situ nak tulis luahan ke dua ni. Masa sampai dekat bilik mesin basuh tu. Kedua-dua mesin penuh baju. Satu mesin tu tinggal 10 minit, takpa boleh tunggu.

Mesin berbunyi tanda dah siap, aku keluarkan baju siapa tah tu aku letak dalam bakul tepi tu. Tengah aku masukkan baju aku, Maria tepuk aku dari belakang. Memang TERKEJUT sangat.!! Terkejut yang luar biasa ni huhuu.. Kering aku, aku rasa jantung aku dah gugur ke usus ni.

“Pinjam phone kau jap Butan”. Aku dah cuak, dahla aku tengah berkarya tentang hikayat hidup kau dalam phone tu, habis aku kalau kantoi ni. Aku pon buat-buat tanya dia sambil tangan aku memainkan peranan. “Alaa phone aku dekat bilik laa”, padahal dah selamat dalam mesin basuh.

Dia cakap okay jap lagi baru dia nak pinjam. Kedengaran macam dah selamat kan. Tapi belum lagi.. Dia boleh pulak ajak aku sembang-sembang dekat situ. “Asal kau tak start mesin lagi, duit dah letak belum?” . Aku rasa macam nak menangis. Aku pon sumbat duit sedikit demi sedikit, perlahan-lahan. Menangis hati ini, ku juga bersimpati…

“Maria ke tu? Weh Maria aku nak tanya ni blaa blaa blaa…”. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, jiran aku muncul, waktu Maria leka layan jiran, aku cepat-cepat carik phone aku, aku sangkut dekat seluar aku bla tinggalkan Maria dengan jiran. Masuk bilik terus guling-guling atas katil sambil ciium-ciium phone aku. Terima kasih ya Allah ..huhuu. Aku delete balik luahan yang aku dh type separuh. Aku teruskan hidup macam biasa.

Tak rasa aibkan Maria ke?.. Aku cerita dekat sini, takda siapa pon pergi serang Maria tu, takda siapa pon baling pasu ke baling chipsmore kat Maria tu. Nama Maria pon bukannya Maria. Nama aku pon bukannya Nur Rambutan. Takda siapa pon tahu Maria yang sebenar tu siapa. Dan tak terjejas pon reputasi Maria. Aku tulis kat sini, aku nak pandangan netizen dan mungkin boleh dijadikan pengajaran.

Maria tak baca ke?..Aku tak tulis secara membuta tuli. Aku dah betul-betul yakin bahawa memang Maria tak baca . Aku sekarang dah acah-acah Detective Conan. Aku siasat dulu, kalau rasa selamat aku teruskan. Sebelum aku decide nak tulis luahan dekat sini. Aku dah fikir masak-masak.

Kalau lah Maria terbaca jugak. Biarlah. Aku tunggu jelaa apa akan jadi lepastu aku datang balik luahan kat ini. Kalau aku tak datang balik luahan dekat sini… Tolong balas dendam kat Maria untuk aku..kk gurau jee huhuu. Tapi Lisa baca..Hari Jumaat, masa dalam kelas, Madam pon tak masuk lagi, Lisa ajak aku pergi toilet. Sewaktu nak ke toilet, perbualan ini pon terjadi.

Lisa: Butan, kau ada apa-apa nak bagitahu aku ke? Aku: Ha ada, aku pinjam gunting kau semalam. Aku dah letak balik dah. Lisa: Bukan tu..something lain, sesuatu yang merunsingkan kau ke..kau boleh jujur je kat aku. Aku: Hmm..aku dah lama nak cakap dengan kau. Kalau kau nak kentut lagi lepas ni, jgn dekat bilik, pergi keluar, kepam kau tahu.

Lisa: Huhhh..okay senang citer camni. Aku ada baca luahan dekat fb. Bila aku baca tang dress tu, aku terus teringat kita. Kita ke tu? *Lisa dengan Ana hanya tahu pasal Maria mengumpat kitorang, putar belit cerita. Pasal sabotaj assignment, nota fake semua tu dorang tak tahu. Jadi Lisa macam tengah terkebil-kebil lagi nak hadam semua tu.

Maria ada boyfriend?–Maria takda boyfriend. Tapi Maria ada ramai kawan lelaki. By the way, Rambutan pon single jugak (sambil angkat kening).. Kenapa Aku ni dengar je cakap Maria?– Okay aku nak explain yang ni tapi aku risau korang tak faham. Okay macam ni, antara Leader dengan Follower, aku more kepada Follower, aku jenis ikut je cakap orang.

Aku dari kecik memang macamtu. Aku tak reti sangat gaduh. Aku iye kan je semua. Lepastu kalau ada benda aku terpaksa sangat reject, aku akan explain panjang-panjang, minta maaf banyak kali supaya orang tak kecik hati. Maria lebih dominant. Tapi secara lembut, secara sweet. Okay contoh pasal nak beli dress pokok tu.

Bukan aku sorang tw, Lisa ngn Ana pon ada. Dia boleh yakin kan kitorang bertiga beli dress tu. Nak cakap aku lemah, Lisa dengan Ana tu? Lemah jugak kot ..berhuhuhu lah kita.. Dress tu?– Dah selamat disedekahkan pada insan yang lebih kurus. (Anak buah darjah 4).

Aku kecewa bila teringat dress ni. Sebab masa tu aku kena pakai korset sebab kalau aku tak pakai, aku nampak macam ibu mengandung. Faham tak kalau dh pakai korset tu apa maksud diaa..hmm..tabah Ram tabah.. Maksudnya tak boleh makan banyak… masa aku bayar duit untuk dinner tu (eh aku tak sebut event tu dinner ye sebelum ni?).. Dahlaa bayar duit dinner, duit dress, dapat makan dua tiga suap lepastu aku nampak buruk pulak tu..aku tak boleh move on lagi ni. Ok cau dulu..Nanti aku sambung cerita ni apa yang terjadi lagi..bye..