Agong

Tunku Azizah bongkarkan masalah mata dah turun pada Puteri Afzan, bukan setakat juling air tapi juling teruk

SETIAP perkara yang dikongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Twitter pastinya menarik tumpuan. Selain update mengenai acara-acara yang dihadiri, baginda juga banyak berkongsi cerita yang selama ini tidak diketahui umum menerusi akaun @cheminahsayang.

Terbaharu, Tunku Azizah membuka cerita mengenai diri baginda serta salah seorang puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah yang mengalami salah jajaran mata (strabismus) atau dalam bahasa mudahnya disebut juling.

“Juling ialah topik hari ini. Sejak usia tiga hingga 12 tahun, saya pakai cermin mata untuk membetulkan juling. Foto imbas semula (throwback) yang dimuatnaik menerusi Twitter Tunku Azizah. “Selepas itu mata saya OK dan tidak perlukan cermin mata dah. Begitu juga dengan Afzan, dari umur tiga hingga 13 tahun pakai teropong.

“Alhamdulillah emak dan anak tak juling dah. Pergi doktor mata untuk betulkan mata anak,” titah Tunku Azizah pada Jumaat. “Saya pun juling juga, menurun kepada Afzan. Bukan juling air tapi juling teruk, pakai cermin mata dari umur tiga hingga 12 tahun nak straight kan mata. Juling itu menawan.” – TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH, RAJA PERMAISURI AGONG

Posting itu sehingga kini menerima lebih 1,300 ulang kicau (Retweet). Sambung Tunku Azizah lagi, keadaan mata juling boleh sembuh namun mereka yang mengalaminya perlu dibawa mendapatkan rawatan doktor sebelum masuk usia enam tahun. Tunku Azizah dan anakanda baginda Puteri Afzan (kanan).

“Afzan pakai 600++ multi focal, tiap hari tutup satu mata selama dua jam. Alhamdulillah mata dah OK. Saya pun begitu juga,” tulis baginda lagi menerusi ruang balas posting berkenaan. Dalam satu tweet terdahulu, Tunku Azizah turut mengakui masalah juling yang dialami puterinya itu diwarisi daripada dirinya.

Tunku Azizah berkongsi posting mengenai ‘juling’ di Twitter. “Saya pun juling juga, menurun kepada Afzan. Bukan juling air tapi juling teruk, pakai cermin mata dari umur tiga hingga 12 tahun nak straight kan mata. Juling itu menawan. “Kiranya emak dan anak sama. Juling dan juling.

It’s OK Afzan, kamu akan jadi permaisuri suatu hari nanti,” tulis baginda lagi. Gelagat Puteri Afzan yang memberi pose menjeling yang tular baru-baru ini. Sebelum ini, Puteri Afzan pernah tular kerana fotonya yang dirakam memberikan pose sambil menjeling.

Gambar itu dirakam sewaktu Puteri Afzan dan adindanya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah menghadiri majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini. Tweet Puteri Jihan yang menjawab soalan warganet.

Dalam pada itu, Puteri Jihan menerusi satu entri di Twitter turut menjawab soalan warganet berhubung isu itu. “Ampun Tengku, Tengku Jihan patik nak tanya, Tengku Afzan dah tak pakai spek ke sekarang? “Tak. Dulu pakai sebab juling. Sekarang tak juling dah tapi jeling,” tulis Puteri Jihan dalam nada berseloroh.

Sumber: mstar

Bersemut tengok gambar ni Tuanku. Tunku Azizah kongsi aksi kandid dengan Agong.

MALU-malu tuanku permaisuri”. Itu antara komen warganet terhadap aksi kandid Yang di-Pertuan Agong Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah yang dikongsi baginda di Twitter.

Gambar dengan kapsyen “fuyuuuuuuuu…” mendapat 3,000 ulang kicau dan 13,600 tanda suka. Dalam gambar itu, Al-Sultan Abdullah dilihat seolah-olah mahu memberikan ciuuman kepada Tunku Azizah. Kedua-duanya kelihatan segak dan anggun memakai busana diraja.

Antara komen warganet pada posting Tunku Azizah. Rata-rata warganet menyifatkan Tunku Azizah dan Al-Sultan Abdullah sebagai ‘sweet couple’. “Comel je merpati dua sejoli ni. Semoga tuanku sentiasa dalam jagaan Allah dan bahagia sentiasa. InsyaAllah… Amin,” kata Asyiqin.

“Bersemut patik tengok gambar ni tuanku,” kata Wanny. “Malu-malu kucing ke Tuanku?” kata DiyaAmin. “Thanks Tuanku for reminding our parents & guardians when they’re like this at home,” kata Nawal. Sumber : Mstar

Ini syarat yang ditetapkan Tunku Azizah kepada bakal menantu jika ini menjadi isteri Tengku Hassanal.

Umum mengetahui hubungan rapat pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Rizalman merupakan individu bertanggungjawab menyediakan persalinan buat Tunku Azizah dan suaminya, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu.

Terbaharu Tunku Azizah menjadi tumpuan warganet apabila tiba-tiba muncul dalam siaran langsung di Instagram (Live IG) Rizalman pada Khamis. Rata-rata memuji gaya bersahaja baginda yang tidak kekok bersembang di laman media sosial itu.

Semasa Live IG itu baginda sedang makan durian bersama anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang sempat melambai tangannya dan mengucapkan Assalamualaikum. Rizalman turut bertanya tempoh Tengku Hassanal bercuti di Malaysia. Baginda memberitahu anakandanya itu akan berada di negara ini sehingga September depan.

“September… lama dia cuti, enam minggu. Dapatlah mak berkepit dengan anak,” kata Tunku Azizah. Namun apa yang mencuit hati warganet apabila Rizalman dan Tunku Azizah mengusik Tengku Hassanal sama ada dia sudah berpunya memandangkan ramai memuji ketampanannya ketika hari pertabalan tempoh hari.

“Handsome kan Hassanal… Ada orang tanya Tengku Hassanal ni ada pilihan hati ke tak? Ada tak? Suruh dia jawab sendiri, saya tak nak jawab,” kata Tunku Azizah. Tengku Hassanal dalam reaksi balasnya menjawab belum ada. “Not yet,” katanya ringkas.

Bagaimanapun Tunku Azizah memberitahu sesiapa yang mahu menjadi isteri Tengku Hassanal perlu memahami minat dan sentiasa menjaga penampilan anaknya itu. “Siapa nak jadi isteri dia kena pandai makan durian, makan gulai tempoyak kena siap baju dari kepala sampai ke kaki. Kena siap semua sekali pasal dia sama macam ayah dia. Tengku Hassanal macam tulah,” katanya sambil menunjukkan anaknya itu menikmati durian menggunakan camca dan garfu.

Dalam pada itu, Rizalman turut bertanya kepada Tunku Azizah mengenai fungsi institusi raja-raja memandangkan baginda dan suami amat dekat dengan rakyat. Namun apa yang pasti jawapan baginda amat mengejutkan. “Fungsi sama jelah. Macam apa ye… itu kena interview Tuanku.

Saya hanya suri rumah tangga. Tuanku panggil saya permaisuri, suri yang permai di istana negara. “Dia kata suri yang permai di istana negara bukan permaisuri. Dia panggil saya suri permai, sama macam isteri yang lain lah kan memasak,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar