Kisah Rumah Tangga

Minum milo yg suami buat dan tertidur. Sedar sedar dah ada dalam bilik, terus tampar suami yang tengah peluk.

Ketika isteri masih lagi dalam fasa berpantang, si suami sepatutnya memahami keadaan isteri yang sedang lemah kerana melahirkan anaknya bukannya ‘serbu’ isteri dengan membabi buta tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang yang akan dialami isterinya itu di atas tindakan bodohnya yang hanya mementingkan kehendak semata-mata sedangkan isteri dalam tempoh berpantang selepas bersalin.

Para suami sila jangan pentingkan diri dan kemahuan anda. Kesiankan isteri anda, beri mereka rehat untuk memperbaiki dalaman mereka! Mari kita baca coretan sedih dari seorang isteri ini, baru berpantang 20 hari, luka dalaman pun belum pulih dan masih ada cairan merah nifas! Tetapi diberi ubat tidur dengan alasan sudah tidak tahan kerana ingin bersama.

Pantang Bersama Suami Selepas Bersalin

Salam warga Info ibu Hamil. Terima kasih admin sebab siarkan luahan hati saya. Hari ni saya berpantang 20 hari, semalam adalah kejadian paling buruk ketika berpantang yang berlaku pada saya. Sepanjang saya berpantang, suami saya yang selalu letakkan ubat dekat luka jahitan saya.

Semalam dia ada minta nak “bersama” tapi saya tak nak sebab saya cakap saya masih berpantang, cairan nifas belum kering dan luka bahagian dalam belum baik lagi walaupun luka luar dah baik. Lelaki biasa lah bila dengar jawapan macam tu terus buat muka tapi saya jenis tak layan sebab saya risau kalau saya sakit belum tentu dia peduli.

Lepas tu time nak makan, dia mesti sediakan makanan saya. Kita yang breastfeedkan anak selalu haus dan mesti cari air dulu sebelum makan, saya minum lah air milo panas yang dia buatkan untuk saya. Dalam beberapa minit lepas tu, kepala saya pening terus saya tak sedarkan diri. Tiba-tiba saya sedar, saya dalam bilik tanpa pakai baju dan suami saya ada dekat sebelah tengah peluk saya.

Saya kejut suami, tanya apa yang dah jadi? dia senyum je. Lepas tu dia cakap tak tahan sangat. Terus saya tampar muka dia. Rupa-rupanya dia bagi saya ubat tidur dan dia dah meratah saya time saya tak sedar diri. Hmmm… saya tak tahu nak buat apa lagi.

Apa yang akan terjadi dekat diri saya selepas ni sedangkan saya belum habis berpantang. Tolong bagi pendapat, saya risau kalau saya sakit. Satu hari saya berkurung diri dalam bilik. Suami pujuk minta maaf saya langsung tak hiraukan, yang saya hiraukan diri saya dan anak saya je buat masa sekarang. hmmm…

Suami sepatutnya kena faham situasi isteri yang baru sahaja melahirkan anak anda, proses bersalin bukan mudah ya! Terpaksa jahit jika ada koyak faraj berlaku, mengapa perlu tergesa-gesa minta untuk bersama? Jika perkara begini berterusan, isteri anda mungkin akan mengalami sakit meroyan kerana terlalu stress dengan tindakan anda. Jagalah isteri dalam pantang sebaiknya.

Suami Yang Baik

Seorang suami yang baik juga seharusnya memahami tentang hukum agama, cara berpantang dengan betul, pantang larang selepas bersalin mengikut islam dan dalam masa yang sama harus belajar untuk bersabar, mengapa harus diikut dengan kehendak hawa kemahuan sendiri? Berfikirlah secara rasional dan waras, isteri masih lagi belum sihat sepenuhnya,.

Jika suami mampu bersabar dan tidak berbuat demikian, terbukti suami itu sangat menyayangi isterinya dengan ikhlas dan sepenuh hati. Berapa lama pantang bersama suami selepas bersalin? Berdasarkan kajian yang dilakukan, sekiranya melakukan hubungan intim bersama suami selepas melahirkan anak dalam tempoh berpantang boleh menyebabkan embolisma udara yang akan menyebabkan berlakunya kehilangan terhadap isteri.

Embolisma udara yang memasuki ke ruang dalaman isteri itu akan berlaku apabila berlangsungnya hubungan ‘bersama’. Udara yang ditiup terus masuk ke dalam rahim dan kemudiannya memasuki ke saliran cairan merah. Kesan akibat tindakan ini akan membawa kehilangan yang sering dlaporkan di beberapa negara barat.

Itulah kepentingan mengikut garis panduan dalam Islam tentang keperluan ‘bersama’ bagi isteri yang masih lagi dalam tempoh berpantang. Inilah sebabnya mengapa Rasulullah sendiri tidak mengalakkan perbuatan ini yang akhirnya membawa kesan yang amat buruk. Oleh itu, seseorang suami itu harus lebih memahami tentang garis panduan dalam melakukan hubungan bersama isteri demi kesihatan yang lebih baik dalam berumahtangga.

Sumber: Info ibu Hamil

Bertuahnya Isteri Kalau Suami Yang Jaga Dirinya Ketika Berpantang

Jarang kita dengar suami yang sanggup jaga isteri dalam pantang. Selalunya isteri ‘dipos’ ke kampung. Alasannya suami tidak pandai. Masa anak pertama mungkin alasan ini bolehlah diterima tapi bila anak dah masuk nombor dua dan seterusnya, suami kenalah belajar menjaga isteri dalam pantang.

Tempoh berpantang akan lebih indah bagi seorang isteri apabila dijaga oleh suaminya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang menangis kerana hatinya begitu tersentuh dengan pengorbanan suami yang tidak cukup rehat dan tidur semata-mata nak pastikan isteri dan anak selesa. Kalau nak isteri semakin sayang, suami kena sahut cabaran menjaga isteri dalam pantang.

Berusahalah sepenuh hati pasti pengalaman ini mencatat memori indah dalam perkahwinan korang. Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam pantang kerana isteri penat dan melalui proses penyembuhan selepas ‘bertarung nyawa’. Jadi suami kena banyak bersabar dan bagi sokongan moral. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Jika baby berjaga malam, suami kena bergilir dengan isteri menjaga baby.

sumber: pesona pengantin