Artis

Warganet tak sangka rupanya Fad Bocey dan Naim Daniel adik beradik, ini pengakuan mengejut Naim Daniel.

Kehangatan Anugerah MeleT0P Era 2019 (AME 2019) dirasai apabila terdapat artis dan selebriti tanah air masih memuat naik gambar mereka di laman media sosial. Pelawak dan penyampai radio Era, Fad Bocey turut berkongsi gambar bersama penyanyi muda Naim Daniel dalam acara gilang gemilang di Axiata Arena, Bukit Jalil itu di laman Instagram miliknya.

Amacam? Sama bukan? Antara foto yang menjadi perhatian di Iaman instagram:

KOMEN WARGANET :

muka iras iras

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Astrogempak , CelotehSaje via Media Ohsem

Artikel lain : Terkejut, tak sangka rupa rupanya isteri Fad Bocey adalah adik Jihan Muse, Jihan tak suka Fad dengan adiknya

Perkenalan selama dua tahun antara pelawak kumpulan Bocey, Fad dengan ADIK ANGKAT kepada pelawak Jehan Muse iaitu Nur Syahirah A. Rahman 21, akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin. Berkongsi lanjut hari istimewa itu, Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, 24,

menyatakan majlis pertunangan diadakan pada waktu pagi disusuli akad nikah. Kedua majlis berkenaan akan diadakan di rumah pihak perempuan di Jitra, Kedah. Katanya, pada awal memang sukar dia mahu mengambil hati kekasihnya itu biarpun beberapa kali hasrat mahu berkawan rapat

dengan penuntut jurusan TESL (Teaching English as a Second Language) di Management & Science University (MSU) ini. Namun, dia tidak berputus asa sehingga memberanikan diri melamar gadis itu pada Oktober tahun lalu. “Saya kenal dia dua tahun selepas Maharaja Lawak Mega. Masa itu dia ikut kakak angkat dia, Jehan Muse.

“Dari situlah saya kenal dia tetapi sebenarnya Jehan tak suka saya mengorat adik angkat dia. “Namun, saya tetap juga mengorat dia. Susah sebenarnya nak tawan hati dia dan banyak kali saya kena ‘reject’ tetapi akhirnya dia terima dan kami berkawan,” katanya.

Fad berkata, dia sememangnya berhasrat terus bernikah semenjak mengikut bakal isterinya itu balik ke kampung. “Alhamdulillah keluarga dia menerima dan melayan saya dengan baik. “Sewaktu hari jadi dia pada bulan Oktober tahun lalu saya betul-betul cakap pada dia yang saya mahu

kahwin dengan dia,” katanya ketika ditemui pada sidang media Lawak Ker Der 2015 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam. Meskipun dia dan bakal isterinya masih muda, Fad menyatakan mereka sudah bersedia mengharungi alam rumah tangga dan menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.

“Saya rasa diri saya memerlukan seseorang untuk menjaga saya. Kami berdua sebenarnya berjauhan daripada keluarga,” katanya. Sementara itu, Syahirah yang turut hadir pada majlis tersebut ketika ditanya tarikan Fad, dia menyatakan kesungguhan pelawak itu tidak jemu-jemu cuba

mengambil hatinya membuatkan dia yakin untuk menjalinkan hubungan cinta. “Mula-mula memang saya tidak suka pada dia tetapi dia selalu mesej saya. Kesungguhan dia itu yang membuka hati saya untuk terima dia,” tuturnya yang turut memberitahu menangguhkan pengajian selama 6 bulan untuk menguruskan persiapan perkahwinan.

Sungguhpun menyedari bakal suaminya itu seorang selebriti, Syahirah mengakui dirinya seorang yang cemburu. “Saya sudah bersedia menempuh hidup sebagai seorang selebriti tetapi saya akui seorang yang kuat cemburu,” katanya tersenyum sambil melirik ke arah Fad.

Dalam perkembangan lain, Fad bersama kumpulannya Bocey terdiri daripada dua lagi anggota, Abam dan Aceh, akan menjayakan persembahan Lawak Ke Der 2015 yang akan diadakan di Istana Budaya pada 16 hingga 19 April depan. Selain Bocey, barisan pelawak hebat yang akan turut beraksi kali ini adalah Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim dan bakat baru, Redza Mukmin.

sumber- mD / mediaohsem.com