Artis

Nora Danish menyuruh suaminya bersabar, baru 4 jam tak main.

Pelakon Nora Danish ada memuat naik sekeping gambar ketika dia bersama suaminya, Nedim Nazri atau sinonim dengan panggilan Bossned di akaun Instagram miliknya. Kongsi Nora, hobi suaminya itu bermain aplikasi permainan popular, PUBG.

“Abam #pubg. Hati tidak keruan, jari jemari menggeletar…. nak tekan button, telinga pula rindu mendengar bunyi langkah berlari di Sanhok. Bibir tebal Itu , rindu nak bergelak ketawa dengan geng #pubg NED For life dia !!!! Sabar la sayang… baru 4 jam tak main, u can do this !!! isteri pun Nak ketawa ketawa ngan u…. bagi la sikit masa emas mu itu….. , p/s : I love u hubs. Pls don’t Marah me. Hahah.,” tulisnya.

Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Puteri itu mendapat perhatian daripada peminat. Rata-rata peminat berasa terhibur apabila membaca kata-kata yang dikongsi oleh Nora.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.

Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018. Foto : Instagram Nora Danish. Sumber : Media Hiburan via NewsKini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Artikel berkaitan : Tular foto Nora Danish memegang perut seperti sedang hamil, mengundang minat Jejai untuk komen, tapi ini jawapan selamba Nora Danish buat Jejai terdiam.

Nora Danish ada berkongsi sekeping foto di Instagram dengan menampakkan dirinya anggun berbaju rona ungu dengan kapsyen “selamat berbuka semua.” Seperti biasa, Nora tak pernah kalah gaya dan tampak cantik sentiasa, hingga ramai peminatnya memuji di ruangan kapsyen.

Namun lebih menarik apabila bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai dilihat turut tinggalkan komen yang ‘mengundang’ minat ramai. Gaya Nora yang seolah-olah memegang perut diandaikan seperti sedang hamil, oleh lelaki berkenaan.

“U pregnant lagi ke? Perut nampak tu.”

Dan nyata balasan pelakon jelita ini cukup ringkas dan humor.

Perut boroi kot,” jawab Nora ringkas.

Warganet nyata terhibur dengan gelagat kedua-duanya dan tinggalkan pelbagai reaksi.

Walaupun telah berpisah, namun pasangan ini masih mengekalkan hubungan baik antara mereka.

Sumber: Instagram Nora Danish via MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : Mh

Tidak lupa diri

MELIHAT kehidupannya yang agak mewah, pasti ramai menyangka Nora Danish seorang yang boros dan mahukan kesempurnaan. Namun janganlah menilai pada luaran, sebaliknya kenali lebih dekat isi hati dan watak sebenar seseorang itu. Walaupun berkahwin dengan lelaki berada, Nora tidak pernah lupa diri, malah sehingga ke hari ini masih mengamalkan sikap bersederhana dalam apa juga perkara yang dilakukan.

Begitu juga dengan persiapan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Nora yang bakal beraya di rumah baru tidak suka pembaziran.Baginya, bersederhana lebih baik, malah ia sudah diamalkan sejak dulu selepas pemergian bapa tercinta, Mohd Danish Hanif ketika Nora baru berusia 12 tahun.

“Walaupun bakal menyambut Aidilfitri di rumah baru tahun ini, saya tetap bersederhana saja. Tidak ada yang terlebih atau melebih-lebih, baik dari segi persiapan atau perhiasan.Saya menukar apa yang perlu saja seperti kain langsir, lain-lain itu mana yang masih elok saya pakai saja,” katanya. Nora berkata, walaupun akan beraya di rumah baru, berkunjung ke rumah ibunya tetap menjadi keutamaan.

“Setiap tahun adalah wajib untuk saya beraya di rumah emak dan emak mentua. Biasanya hari raya pertama kami akan berkumpul bersama-sama di situ.Kawan-kawan yang hendak datang beraya pun saya suruh datang ke rumah emak saja kerana rumah baru tidak ada makanan pun. Di rumah emak semuanya ada dan memang meriah dengan adik-beradik dan saudara-mara,” katanya.

Selain tidak berlebih-lebih dalam perhiasan, Nora juga tidak memerlukan pakaian raya yang banyak. Pada saya cukuplah tiga pasang saja untuk hari raya pertama hingga ketiga. Lagipun berpakaian terbaik pada hari raya itu disunatkan dalam Islam,” katanya.

Mengulas perkembangan seni sepanjang Ramadan ini, Nora berkata, dia lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga selain menghadiri jemputan majlis berbuka puasa.Bagi saya Ramadan adalah waktu untuk berehat selain dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Lagipun drama lakonan saya bertajuk Iman sedang ditayangkan di saluran Astro Oasis, jadi saya hanya fokus untuk mempromosikan drama berkenaan saja. Saya juga turut sibuk mempromosikan baju raya di bawah jenama saya iaitu OwlbyND. Insya-Allah selepas Aidilfitri nanti saya akan kembali sibuk di lokasi untuk beberapa drama bersiri,” katanya.

BERAT TURUN 8KG, HARAP TAK NAIK LAGI

Mempunyai suami yang suka memasak pastinya menyukarkan bagi sesiapa saja untuk kekal langsing. Begitu juga dengan Nora, selepas melahirkan anak kedua, Mohamed Neqayl Nedim, beratnya diakui sukar turun. Apatah lagi suaminya, Nedim Nazri seorang yang rajin memasak, secara tidak langsung menjebak Nora menjadi seorang yang suka makan.

“Selepas bersalin saya rasa berat memang susah turun. Untuk memastikan saya betul-betul dapat kembali berat asal sebelum bersalin, saya perlu mengawal pemakanan. Biasanya apabila di rumah saya tidak boleh amalkan diet kerana melihat suami masak pasti saya akan makan.

“Justeru, peluang berada di lokasi penggambaran drama saya gunakan untuk berdiet dan syukur berat saya turun sebanyak lapan kilogram dalam masa sebulan,” katanya.Walaupun lega sudah dapat kembali berat badan asal, Nora tetap perlu mengawal pemakanan supaya tidak terbabas.

“Selain perlu mengawal pemakanan, saya juga turut mengamalkan beberapa produk yang pernah saya buat dan ia berkesan. Memang rasa lega sangat-sangat kerana berjaya kembali ke berat asal, tetapi saya perlu meneruskan diet supaya berat tidak naik semula. Selepas Aidilfitri saya akan kembali ke lokasi penggambaran dan peluang ini saya harap dapat digunakan sebaiknya untuk memastikan berat badan saya kekal,” katanya.

Nora luah rasa kecewa

KONTROVERSI dan gosip seolah-olah sudah menjadi sebahagian daripada hidup selebriti. Situasi itu juga dianggap biasa dan asam garam dalam dunia hiburan. Mengharungi era baharu serba canggih ini adalah cabaran besar. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi maklumat dan ledakan media sosial yang membuatkan fitnah semakin berleluasa

Penghujung tahun lalu, Nora Danish terpalit dengan kontroversi apabila satu gambar tanpa seurat benang iras dirinya tersebar di media sosial.Apa yang mengecewakan adalah sifat masyarakat umum yang mudah percaya tanpa berusaha mengambil tahu sejauh mana kebenaran perkara itu.

Malah, ada yang terus menjatuhkan hukum dan turut sama menyebarkan perkara yang belum tentu lagi kebenarannya.“Zaman ini terlalu banyak benda mengarut berbanding yang betul. Bagaimanapun, pengalaman sepanjang dalam industri hiburan tanah air mengajar saya untuk tidak cepat melatah. Apa yang kita nampak dan baca itu tidak semuanya betul.

“Perkara seperti ini tidak hanya berlaku kepada saya tetapi juga rakan artis lain. Mereka yang bukan bergelar selebriti pun mungkin akan berhadapan kejadian sebegitu.Saya sangat berharap supaya orang ramai tidak cepat percaya dan menilai terlebih dulu mengenai sesuatu isu itu. Tidak semua apa yang kita nampak itu benar, terutama sekali yang ada di media sosial,” katanya.

Menurut Nora, kadang-kadang dia terasa hati dengan komen warganet. Namun, dia bersyukur kerana dikelilingi orang yang sentiasa positif dan tidak jemu memberikannya kata-kata semangat. Paling mengejutkan apabila sebahagian besar pengguna media sosial adalah mereka yang masih remaja. Golongan ini juga tanpa segan silu tinggalkan komen yang kurang manis selain menggunakan kata-kata kesat.

“Terlalu banyak perkara negatif yang ada di media sosial. Saya sendiri pun rasa takut untuk membaca segala komen tetapi perlukan platform itu untuk karier dan perniagaan. Suka atau tidak, saya terpaksa buka dan lihat maklumat yang saya cari.

“Kebanyakan individu yang memberikan komen itu adalah golongan muda. Saya rasa, ibu bapa perlu menilai kembali keperluan anak menggunakan media sosial. Ini kerana terlalu banyak perkara negatif yang ada. Ia kurang sesuai untuk golongan muda terutama mereka yang masih di sekolah rendah. Mungkin ibu bapa boleh pantau anak mereka setiap kali menggunakan media sosial,” katanya.

Orang kata saya nampak muda

Menyambut ulang tahun ke 37 pada 7 Mac lalu, tidak dinafikan wajah pelakon itu kelihatan masih muda daripada usia sebenar. Kata Nora, dia bersyukur kerana perkara itu membuatkan dia masih diberikan kepercayaan untuk membawakan watak wanita pertengahan berusia 20-an hingga awal 30-an.

“Kalau betul orang nampak muka saya muda dari usia sebenar, alhamdulillah. Itu bermakna saya masih boleh bawa watak wanita usia pertengahan 20-an dan awal 30-an. Saya belum puas berlakon dalam cerita cinta pada usia itu. Masih banyak yang ingin saya terokai.

“Sebenarnya, saya juga rindu untuk berlakon dalam naskhah komedi. Rasanya sudah terlalu lama saya tidak terbabit dengan mana-mana penggambaran genre komedi sedangkan saya mulai dikenali dengan genre itu,” katanya. Drama terbaru Nora ialah Surat Cinta Buat Tuhan bakal ditayangkan pada Ramadan nanti menerusi saluran Astro Oasis. Selain Nora, antara pelakon lain yang turut membintangi drama itu ialah Fendy Bakri dan Remy Ishak.